9 Februari 2009-Liqa’ tafaqquh.
Kurasaka sudah lama benar jiwa ini kosong sehinggalah malam itu aku dijemput untuk menghadiri liqa’ tafaqquh. Banyak ilmu yang aku dapat dari mengikuti liqa’ tersebut. Dan ustaz ada menyebut tentang seorang syahidah yang bernama Ayatulakhras. Fikiran ku berputar, melayang2 mengimbas, di mana pernah aku dengar nama tersebut… Dan baru aku ingat, di dalam blog miliknya Kak Busra kalau tak silap.
Selama ini, tidak pernah ku tahu siapakah Ayatulakhras. Rupanya beliau seorang syahidah muda yang berani berkorban untuk Negara dan agamanya. Oleh kerana sangat tertarik dengan nama Ayatulakhras, aku segera mencari informasinya di internet. Dan, Alhamdulillah, hasil pencarianku berjaya. (sangat ketinggalan kerana seorang aku tidak mengetahui akan kisah ini)
Aku sangat mengagumi Ayatul Akhras yang masih muda tapi berjiwa besar…
“Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita? Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan, atau gugur di medan Jihad?”
Dia hanyalah seorang putri yang masih belajar.
Paginya dia mempersiapkan diri, berpakaian lengkap berseragam.
Bersiap sedia untuk ke sekolah.
Dia lantas mencium dan meminta restu ibunya.
“Ada tugas tambahan, hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu ibu,”
“Hanya doa ibu yang saya harap!”
Kemudian diam. Tiada kata2 lagi keluar dari bibirnya.
Mencium tangan ibunya dan memeluk erat ibunya.
Bersama Samaah adiknya dia bergegas ke sekolah.
Jam 10 Palestin. Radio Israel memberitakan tentang sebuah kejadian ledakan bom.
Ibu Akhras tidak sedap hati. Firasatnya…
Samaah pulang keseorangan, tidak dengan kakaknya Akhras…
Firasat sang ibu semakin dirasakan benar.
“Jangan cemas dan takut Allah selalu bersama orang-orang beriman, sampaikan salam buat semua dan berdoalah, mudah-mudahan Allah memberi pengampunan dan kemenangan!”.
Hanya sebuah bait kata Akhras ditutur Samaah.
Dulu Akhras selalu kata, ”Jihad itu kewajiban setiap Muslim, termasuk wanita, mengapa kita harus membiarkan nyawa kita terenggut sia-sia oleh kebiadaban Zionis Israel?” Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lainnya, bukan sebaliknya.
Cerita Samaah:
“Saya lihat cahaya di mukanya dan rona kebahagiaan tak pernah dilihat sebelumnya’
Sambil memberi sepotong Coklat manis, Ayat berkata lirih, ‘Solat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini.’
“Tugas apa?”
‘Hari ini kamu akan mendengar suatu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya pada Akh Saadi(bakal suami Akhras),’ tutur Akhras sambil memberikan secarik kertas.
Bila membaca kisahnya Akhras, aku sangat mengagumi semangatnya dan cintNya pada Allah melebihi segalanya. Itulah contoh seorang mujahidah yang benar2 sanggup berkorban demi Negara dan agamanya. Sehingga hari ini namanya masih disebut sebagai seorang mujahidah contoh begitu juga dengan Zainab Al Ghazali yang namanya tercatat dalam banyak tulisan perjuangan. Semoga mereka tergolong di kalangan syuhada terbilang. Amiin.
Andaikan sahaja kita rakyat Palestin!
Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan