Tujuan aurat ditutup mengikut istilah syarak ialah :
1) Wajib ditutup di dalam solat untuk mengelak daripada godaan syaitan dan tidak sah andai terbuka kerana tutupan waktu itu khusus untuk waktu solat.
2) Khalayak ramai atau sebaliknya aurat adalah haram didedah dan dilihat untuk mengelak daripada kejahatan dan maksiat.
3) Untuk menjaga maruah dan harga diri, aurat wajib ditutup dan malu sekiranya dibuka, sesiapa yang membuka aurat tanpa rasa malu maka, ia tergolong dalam golongan orang yang tidak malu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
‘ Maka sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang kamu suka.’
Ketika aku menuntut di Madrasah Diniyyah Bakriyah, Pondok Pasir Tumbuh, setiap pelajar perempuan (muslimat) dikehendaki memakai niqab. Tidak terkecuali aku dan sahabat2ku. Dalam satu Kuliyah Fiqh (Kitab matlain badrain), kami mempersoalkan mengapa harus berpurdah. Ustaz dengan dalil2nya sangat meyakinkan kami bahawa wanita itu memang wajib berpurdah. Aku tidak pandai untuk menjelaskan di sini kerana aku sendiri tidak arif dengan istilah2 hukum yang dinyatakan. (masih mencari buku hukum berniqab) Tapi, dengan keadaan tempat, waktu dan persekitaranku di KAED dan UIA aku memegang pada hukum yang lebih ringan iaitu boleh tidak memakai niqab. (minta bantuan sahabat2 untuk menjelaskan lebih terperinci di sini).
Di sini bukanlah aku ingin mengemukakan tentang hukum berniqab dan sebagainya(sungguh, aku tidak arif dalam menyatakan hukum). Cuma aku ingin berkongsi perasaan apabila aku berniqab. Apabila aku berpakaian lengkap berniqab, aku merasakan satu perasaan yang sangat tenang. Terasa diri ini lebih terjaga dan dihormati sebagai seorang perempuan. Begitulah juga kata sahabat2ku. Itulah juga sebenarnya tujuan menutup aurat. Untuk merasa lebih terjaga akhlak kita, sahsiah kita, begitu juga pandangan orang terhadap kita. Dan, yang paling penting…peroleh ketenangan insyaAllah.
Seorang makcik bertanya di dalam kuliyah tersebut, ‘Ustaz, kalau macam makcik yang dah tua ni, perlu berniqab jugak ke? Ye la, kita ni kan dah tua… Takde orang pandang dah…’
Aku cuma ingin gunakan jawapan ustaz di sini, ‘ Makcik, makcik tahu ke apa ‘taste’ orang lelaki? Boleh jadi dia minat orang yang berumur, boleh jadi dia minat orang yang muda, boleh jadi dia minat yang putih, boleh jadi dia minat yang gelap dan sebagainya…’ Err..Kami terdiam. Ya tak ya juga. Zaman sekarang ni macam2 boleh jadi.
Begitulah hakikatnya menutup aurat. Tidak dinafikan lagi, menutup aurat ini salah satu cara untuk mengelakkan fitnah dan maksiat. Tidak perlulah melihat kepada keperluan niqab dahulu. Di sini aku sekadar ingin membuat perumpamaan. Bagi yang masih dalam fasa cuba2, jangan segan…silalah cuba2 pakai tudung sedikit demi sedikit. Moga2, kalian terus istiqamah dengannya insyaAllah. Perlahan2 membuat perubahan. Tidak perlulah mendadak dan drastik kerana Rasulullah SAW sendiri suka akan sesuatu yang dibuat sedikit tetapi istiqamah.
Maaf. Satu ungkapan bagiku untuk menyangkal fikiran sesetengah golongan yang masih tidak faham tentang keperluan menutup aurat. Ada yang bertegas, ‘ Dalam Islam sendiri Allah melihat pada hati seseorang kan? Dalam hati tidak sama dengan di luar. Siapa tahu hati mereka yang tidak bertudung lebih baik daripada hati mereka yang bertudung…Jadi, apa gunanya bertudung??’ Huh.. susah juga untuk aku mencari jawapan kepada persoalan seperti ini… Sekali lagi aku bukanlah seorang yang arif. Tapi, akan kucuba perbetulkan apa yang aku tahu…
Memang Allah melihat pada hati kita. Malah, tak usahlah kita mengatakan hati kita ikhlas terhadap sesuatu perkara sedangkan pada hakikatnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui, siapakah di kalangan hambanya yeng lebih ikhlas… Tapi, kita sebagai orang Islam bukankah hidup berpandukan Al- Quran dan Sunnah? Adakah kita ingin menolak perlembagaan dan hukum yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah semata2 kerana hati kita lebih baik?!! Ohh..tidak, what I’m trying to say?? (sangat berharap sahabat2 dapat memberikan hujah yang lebih baik dan MANTHOP! Hujah yang terang dan jelas.) Apa yang ingin aku sampaika ringkas. Bagiku, hati, akhlak dan perlakuan yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah itulah yang terbaik. Menutup aurat, ada garis panduannya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, bukankah itu yang terbaik?!
Firman Allah SWT yang bermaksud,
‘Wahai nabi, suruhlah isteri2mu, dan anak2 perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh apabila mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik2. Maka dengan itu, mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun dan Penyayang.’
(Al Ahzab : 59)
Jika ingin bercakap tentang aurat, sangat panjang perbahasannya. Aku ingin sekali berterima kasih kepada sahabatku yang telah mengemukakan tentang isu ini menyebabkan aku lebih banyak berfikir dan mentelaah buku2 rujukan… Mungkin, aku perlu mencari lebih banyak buku rujukan selepas ini. Benarlah kata orang, semakin banyak kita belajar, semakin banyak rupanya kita tidak tahu… Sungguh, perbahasan tentang aurat sangat panjang. Aku perlukan bantuan sahabat2 untuk memberikan hujah yang lebih bernas. Yang lebih berhikmah untuk menarik sahabat2 kita di luar sana…Aku masih baru merangkak dalam dunia penyampaian ini. Masih cuba2 untuk menyampaikan sedikit ilmu yang aku tahu…Andai ada yang salah, perbetulkanlah. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk juga datang daripada Allah tetapi disandarkan pada kelemahanku sendiri…
Wallahu’alam…
4 ulasan:
fehem.. fehem...
tapi awak tak rasa ke bagi kita ni, lebih senang nak pakai tudung sebab memang dah diajar oleh ibubapa dari kecil dan dah lama dipraktikkan?
aku tak pernah rasa tudung ni susah. Mungkin dul pakai sebab kena je, tapi bila dah baligh tu faham maksud sebenar dia.
tapi bagaiana denan kawan2 kita yg tak ada pengalaman yg sama? to most people changing the apearance means changing their whole lifestyle, and they are not ready for something like that. tu lah tertanya-tanya... macam mana nak mendekati.
btw artikel kamu bagus apa.
tapi almaklum... saya admit saya ada ruang utk improve lagi. yea, nobody's prefect...
slm moon. thanx 4 ya coment. bg kt mgkn pkai tdung tu dah jd kebiasaan. tapi, tu la, kt smua x sama kan?
Sebenarnya salah tanggapan sesetangh org dgn anggapn pkai tdung ni akn sekat kebebasn sesorg. sape kate?
sy sgt respek moon sbb moon sgt ada jiwa islamik dlm diri.trus istiqamh ya moon. =)
tp, sy tau ramai lg kwn2 kite yg x sdr tntg kwajipn brtudung. dn mgkn mreka blom blh membiasakn diri walaupun mrk da cuba.
itu xpe. jgn slhkn mreka. sy ada bce bku Seninya Berdakwah karangan Dr 'Aidh Al Qarni. Slh satu sninya adlh seru manusia sesuai dgn kemampuan berfikir mrk dn menemptkn sesuatu dgn kadarnya.
prtama, utk kwn2 kte yg rpt dgn kite, kt blh encourage die utk pkai tdung. jgn lmahkn smangat dia ats apa shj prubahn baik yg bkal dia lkukn. jgn jga kt sokong dia apbila dia keluarkn persepsi yg slh ttg mentup aurt... jap eh moon. kt xley komen pjg2. psni ad prgram. nt kt gtau blik eh. slm =)
salam. nice article. kat UIA ni saya cuma ada sorang je kwn pompuan yg berpurdah. mcm sweet je tgk time makan atau minum tapi payah la sket sebab ada purdah kt depan mulut.
here's my opinion kalau org still persoal hatinya baik even tak bertudung. mereka boleh cakap mereka 'baik' hati tapi sapelah kita sebagai manusia yg nak judge yg kita ni baik? baik dari pandangan seorang manusia ke baik dari pandangan pencipta kita? renung2kanlah
Catat Ulasan