Ahad, Februari 15, 2009

Misi Dakwah di BESUT!

Hari ini(Jumaat) Kak Zizi ke bilikku. Menjengukku dari Mahallah Halimah. Memang selalunya aku jarang ada di bilik. Malah, aku terasa sesuatu yang amat pelik apabila aku pulang ke bilik awal.Tapi, malam ini aku agak kosong.Hari ini aku cek buku perancangan tahunanku. Ya Allah, aku terlupa sesuatu semalam. Liqa’ HISMAT. MasyaAllah, maafkan aku wahai warga HISMAT semua, aku terlupa! Selain itu, ada satukKuliah yang sepatutnya aku hadiri semalam tapi telah dibatalkan. Mungkin ustaz ada urusan. Dengan terbatalnya kuliah tersebut, dan aku terlupa tentang liqa’, Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Kehadiran Kak Zizi ke bilikku telah membuka ruang kepada kami untuk membincangkan tentang suatu perancangan yang besar.

Kenal kami secara kebetulan apabila aku menggantikan Kak Has mengendalikan Study Circle (halaqah)nya kerana secara tiba2 Kak Has dipanggil ke site. Dan sejak saat itu, Allah memanjangkan jodoh kami dengan pertemuan demi pertemuan. Alhamdulillah, aku tahu Allah ingin menunjukkan aku sesuatu. Ada hikmah apabila aku menggantikan Kak Has hari itu. Alhamdulillah.

Secara tidak sengaja Kak Zizi membuka topik tentang ‘hometown’ kami iaitu Besut. Aku dapati rupa2nya cita2ku dan Kak Zizi hampir sama. Aku sering bercita2 untuk membawa dan menggerakkan usrah di sekolahku (MRSM KOPU), tapi, dengan hanya tenaga aku seorang…Adakah aku mampu? Sehinggalah hari ini aku temui sedikit ruang dan peluang dalam menjayakan cita2 aku itu.

Aku hanya mengenali usrah ketika aku di PJ. Aku sangat sedih, mengapa sewaktu di sekolah dulu tiada dibuat sistem seperti ini. Di saat sahabat2ku sudah memahami mengapa perlu usrah dan sebagainya, aku masih baru ingin mengenal dan memahami maksud usrah itu sendiri… Lalu, dari situlah hadirnya cita2ku untuk menjayakan usrah di sekolah kerana aku tidak mahu adik2ku di situ menjadi sepertiku yang lambat mengenali dunia usrah.

Bagaimana ingin menjayakan perancangan ini? Kak Zizi sibuk memikirkannya, aku nampak kesungguhannya dalam menjayakan perancangan ini. Langkah pertama, kumpulkan warga Besut yang ada pemahaman mendalam tentang usrah dan halaqah. Tapi, ramaikah warga Besut seperti ini?. Insya -Allah mesti ada. Kami merangka dan terus merangka.

Kak Zizi sempat menuliskan sesuatu di dalam buku. ‘Pengurusan yang baik’. Kak Zizi mencoretkan tajuknya, lalu digariskan. 1) Al-‘iman al ‘amiq (Iman yang mendalam), 2) Al-takwin al daqiq (Perancangan yang rapi), 3) Al jihad al mutawasil (Jihad berterusan). Kak Zizi lalu menunjukkan kepadaku, kata Kak Zizi, dalam menjayakan projek ini, kita perlukan ini. Aku mengangguk dan mengiakan tanda faham.

Panjang bicara kami sebenarnya. Tapi, agenda utama pertemuan kami hari ini adalah untuk membincangakan tentang pengislahan yang ingin kami jalankan di Besut. Pada awalnya, Nampak seperti mustahil, tapi, insyaAllah, ia bukanlah sesuatu yang mustahil apabila disertai dengan kesungguhan, doa , usaha, ikhtiar, dan tawakkal. insyaAllah. Kata orang, dalam dakwah ini tiada rehatnya. Jadi mulai daripada hari ini aku perlu lebih gigih berusaha. Berusahalah!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
misi yang bagus,
sesungguhnya jika masa yang ada tidak digunakan untuk kebaikan maka pastinya kita akan melakukan sebalik dari itu,