KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Memandangkan senario politik yang melanda Perak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana mengenai isu-isu semasa serta pergolakan politik terkini yang berlaku di Perak.
Ceramah perdana tersebut akan diadakan di pada Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar7 Februari (Sabtu) jam 9 malam.
Ceramah tersebut juga akan menjelaskan penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi oleh zionis Yahudi Israel.
Turut berceramah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Adun Titi Serong (Perak), Khalid Idham.
Orang ramai dijemput hadir untuk mengikuti perkembangan terkini dan penjelasan mengenai isu yang berlaku di negeri Perak. - mks._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan