Jumaat, Julai 02, 2010

Semua Tentang D.I.A (2)



SLOT 1 : THE RISE

R- Ready to change

I- Install new perspective

S- Shift your paradigm

E- Enter new beginning


Slot pertama bersama Saudara Imran Koyube, Pencetus Iluvislam.com. Beliau lebih banyak berkongsi pengalaman hidupnya. Sebagaimana kebanyakan orang, berbanding bercakap berdasarkan buku orang lain, lebih terkesan andai kita bercakap menggunakan buku sendiri. Maksudku, buku orang lain adalah kita bercakap menggunakan pengalaman orang lain, manakala buku sendiri, kita bercakap mengenai pengalaman sendiri.


Sebelum memulakan slot, pihak program menerangkan terlebih dahulu apakah DIA. Selama ini juga aku tertanya2 apakah maksud DIA sebenarnya. Rupanya Dia bermaksud, Dakwah Is Amazing. Dengan erti program DIA adalah satu program untuk melatih semua peserta berdakwah sesuai dengan kewajipan setiap manusia yang mengetahui iaitu menyampaikan.


Firman Allah SWT bermaksud :


‘Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan manusia yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.’ Ali Imran : 104


Saudara Imran Koyube terlebih dahulu memulakan dengan menceritakan tentang dakwah itu sebagai kewajipan semua kita.


Firman Allah SWT yang bermaksud :


‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.’ (An-Nahl : 125)


Apabila Saudara Imran Koyube menerangkan tentang ayat ini, aku teringat tentang penemuanku dengan seorang muallaf muda yang seusia denganku.


Saudara muallaf setelah Islamnya, dia menamakan dirinya sebagai Muhammad Adam. Tapi, dalam kad pengenalannya masih mengekalkan nama cinanya dan telah menukarkan agamanya daripada Kristian kepada Islam.


Di UIA sedang aku makan tengahhari berseorangan, datang seorang lelaki muda yang dari jauh aku menjangkakan bahawa dia datang dari Negara China. Dia meluru kearahku dengan berkopiah putih dan memegang beberapa naskah buku. Dihulurkan kepadaku satu kertas yang berbentuk artikel dan sebuah ‘printed book’ yang berwarna hijau. Di atas buku tersebut tertulis ‘Bagaimana Saya Tertarik Dengan Islam’. Aku mengambil kertas bertulis sepanjang satu muka surat penuh dengan ‘font’ sebesar 16 atau 18 lalu membacanya sedang dia(lelaki cina berkopiah) berlalu ke meja sebelahku.


Dalam isi kertas berlaminated tersebut menceritakan serba sedikit latar belakang kehidupan muallaf tersebut. Rupanya dia Cina-Malaysia. Muhammad Adam dilahirkan dalam keluarga yang senang tetapi dia telah dihalau keluarganya apabila dia memeluk agama Islam pada usianya 18tahun. Selain dihalau keluarga, segala sumber kewangan Muhammad Adam juga telah disekat dan tidak lagi mampu meneruskan pelajarannya di kolej. Justeru itu dia mula menulis tentang pengalaman hidupnya sebelum Islam. Dan, buku bercetak tersebut dijual kepada umum untuk membantu menjana kewangannya.


Aku tika itu berkira2, sebenarnya aku sangat memerlukan duit tapi apabila memikirkan, Muhammad Adam merupakan saudara baru yang harus dibantu. Lalu aku berfikir, ‘berbanding untuk kepentinganku sendiri, saudara baru ini lebih memerlukan wang.’ Jadi aku membeli kedua2 buku tulisannya. InsyaAllah, semoga Allah membantu perjalanan muallaf tersebut.


Sempat juga aku berborak dengannya sekejap bertanyakan pengalamannya selepas dihalau keluar daripada rumah. Dalam memeluk agama Islam, memang banyak ujian yang terpaksa dihadapinya. Dan, aku sangat kagum dengan ketabahannya yang masih bertahan dengan agama yang baru dipeluknya itu walaupun telah diuji dengan bermacam ujian hebat. Sedangkan aku? Senang sekali iman goyah saat ditimpa ujian walaupun sejak lahir lagi statusku sudah Islam. Allah, kuatkanlah~


Kubelek buku berkulit hijau tersebut, dalam buku penulisannya, dia lebih banyak menceritakan tentang perdebatannya dengan sahabat baiknya Mohd Afiq. Lalu setelah setahun mencari kebenaran daripada kata2 sahabatnya itu, dia akhirnya memeluk Islam walaupun pada awalnya dia berdebat untuk mempertahankan agama asalnya Kristian. Aku teringat kisah ini apabila mendengar Saudara Imran menerangkan maksud ayat daripada surah An-Nahl:


‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.'


Bagaimana mungkin kita mengetahui dengan sekecil2 perkara yang kita lakukan sudah mampu menarik perhatian bukan islam untuk memeluk islam? Dan, saat kita menyaksikan lafaz syahadah itu, pasti hati kita turut sama bergetar, dan mata turut merembeskan air mata jernih. Alhamdulillah, Allah telah memberi aku peluang untuk merasai dan menyaksikan situasi ini. Kerana itu, dakwah itu wajib bagi kita yang mengetahui walaupun dengan hanya menunjukkan akhlak yang mulia. insyaAllah.


Seterusnya Saudara Imran Koyube banyak juga memberikan perkongsian tentang ‘leadership’. Yang mana setiap antara kita adalah pemimpin, dan setiap daripada pemimpin itulah pendakwah. Sering Saudara Imran Koyube menyebutkan bahawa kepimpinan itu merupakan satu proses yang harus dibina setiap hari. Ia tidak boleh dibentuk dalam masa sehari sahaja. Sebenarnya banyak lagi perkara yang dikongsi oleh Saudara Imran Koyube, tetapi, buat masa sekarang aku tidak berniat untuk menceritakan semua. Sampai kalam menulis lagi selepas ini. Wallahu’alam.

2 ulasan:

k.kmal berkata...

oo..yan g DIA rupanya..makin baca catatan pglaman d DIA,makin nk tau apa lg yg yan dpt..kongsi pliss;)

munadhia berkata...

ehe.k kmal! rindunya... a'ah, g DIA sorang2 jek..alhamdulillah dapat byk sgt bnda. dapat kawan, dpt ilmu, dapat pengalaman, dan dapat kenangan... nt yan story2 lagi...bila ad mood nak nulis lg. ;p