Sabtu, Julai 03, 2010

Khazanah Berharga


Hari ini ayah membawa kami makan di luar. Selalunya memang apabila aku mahupun abang pulang ke rumah, pasti dibawa kami ke mana2.

Di Restoran (Terlupa tengok nama) keadaannya sangat klasik, dengan sekadar bunyi radio, dan tiada TV (selalunya pada World Cup pasti semua Restoran menyediakan tayangan percuma, tapi tidak di restoran ini. Kata abang, TV telah disimpan sejak pukul 12semalam masa Brazil kalah perlawanan.Aduhai, begitukah? ;p) Bila berada di restoran aku rasa seperti zaman bertukar ke zaman 80-an (persis di rumah Raju Rastogi. ;p) dengan bunyi radio lagu2 lama berkumandang, dan lampu pelita yang tergantung di siling restoran, dan suasana suram yang menyelubungi. Betul seperti sedang berada di zaman hitam putih. ;p

Sambil menunggu makanan, kami berborak2. Ayah kata, ‘orang Kelantan ni bijak2 sebenarnya.’

‘Kenapa?’

‘Banyak perkataan Kelantan berasal daripada bahasa inggeris.’

Abang sebut satu, ‘Knaling = Adrenalin.’ Knaling merupakan satu perasaan (macam mana nak jelaskan?) semacam debaran, ketakutan atau siapa boleh menjelaskan dengan baik? Silakan. Secara biologi nya, perasaan itu turut disebabkan oleh perembesan hormon adrenalin yang menyebabkan badan kita kadang2 terasa terketar2 dan berpeluh seperti dalam ketakutan. Dan mungkin bahasa mudahnya ‘rasa tidak sedap badan atau tak sedap hati.’ Daripada adrenalin, maka lahirlah knaling. =)

‘Bijak2.’ =)

Mak sebut satu, ‘Juto Naire = Millionaire.’ Aku terfikir, apa kaitan Jutonaire dengan millionaire? Apabila dijelaskan baru aku faham. Jutonaire dalam bahasa Kelantan bermaksud banyak sangat. Nak menggambarkan situasi atau keadaan atau sesuatu yang sangat banyak tidak terhingga. Aku kenal perkataan ni semasa mula2 berpindah ke Machang Kelantan. Kusangkakan Jutonaire adalah bermaksud sejuta enam. Rupanya gabungan million =juta dan naire yang masih dikekalkan dibelakang. Maka, jadilah jutonaire. =)

Dan, perkataan biasa, ‘ Bekwoh = Big Work.’ Bekwoh adalah kenduri. Kenduri di kampung sangat meriah, memerlukan tenaga yang ramai untuk menjayakannya. Selalunya menggunakan tenaga orang2 kampung. Maka, akibat kerja2 besar ini, orang2 tua memanggilnya big work, tapi, apabila dikelantankan ia menjadi bekwoh. =)

Dan, banyak lagi perkataan Kelantan lain yang sangat mencuit hati dan sangat pelik yang asal usulnya kebanyakan daripada bahasa arab dan inggeris. Yang terlintas di fikiranku tika ini adalah :

Bok = Book = Buku

Kale = Kalam = Pensil

Ghok = Rob = Hutan/Belukar

Bahasa Kelantan juga sangat unik apabila satu2 perkataan dijadikan kata ganda yang membawa maksud sangat,

Putih lepuk = Putih sangat

Pucat lesi = Pucat sangat

Manih letting = Manis sangat

Masing pekok = Masin sangat

Comel lote = Cantik/comel sangat

Jauh sapok = sangat jauh

Nakuk Paik = Penakut sangat

Keghah kekong = Keras sangat

Mak selalu cakap, orang2 muda sekarang kadang2 banyak dah tak tahu perkataan2 pure Kelantan. Aku mengaku, aku bukan tahu semua perkataan Kelantan memandangkan aku sendiri bukan asalnya Kelantan. Tapi, betullah, risau juga kelak bila zaman berganti zaman, keunikan sebegini akhirnya terkubur begitu sahaja. Rugilah kita, rugilah anak2 kita apabila khazanah ini dibiarkan terkubur begitu sahaja tanpa diterokai dan digunakan.

Sekadar terfikir dan memikirkan. Wallahualam. Wassalam. =)

*definisi versi mak, ayah, abang*

3 ulasan:

a.j. berkata...

Salam uhuh .. Raju rastogi :) .... Thnx for kelantan 101 course. Manih letting deyh

munadhia berkata...

hehe~ lepas ni kna wujudkan kamus bahasa klantan plak.

a.j. berkata...

huhuh bahasa iban ade orang buat kamus. sbb waris bangsa gusar bahasa dimakan zaman.