Sabtu, Julai 10, 2010

Ingatan & Peringatan

MASA IBARAT PEDANG

‘Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotong, ia akan memotong kita’,


Sungguh cepat masa berlalu. Masa ibarat kilat, manusia ibarat guruh. Tak pernah guruh berdetum mendahului pancaran kilat. Begitulah kita, masa sentiasa berjalan di hadapan, dan kita sentiasa tertinggal di belakang. Sehingga begitu cepat masa2 yang sudah berlalu hanya meninggalkan bekas dan kesan memori kepada ingatan manusia. Masa tidak boleh diundur pada satu zaman yang kita gemari kerana masa sentiasa maju kehadapan. Masa hadapan terpaksa juga kita tempuhi samada suka atau tidak.


MEMORI

‘Awas, Sekolah merbahaya di hadapan.’ Semasa abang baru pandai mengeja, beginilah disebutnya sedangkan yang sepatutnya, ‘Awas, selekoh merbahaya di hadapan!’ Semua ketawa. Kanak2 memang gelagatnya mencuit hati. Waktu itu abang sudah darjah tiga tapi baru pandai membaca. Jadi, abang berasa sangat teruja, suka menyebut nombor plat setiap kereta yang lalu dan suka membaca tulisan2 di kiri dan kanan jalan.


‘j…a…m…ba…tan…’ bapa saudaraku mengeja sambil menunjuk2 pada huruf di dada kamus bergambar kanak2 di hadapannya. Nenek tanya, ‘j.a.m.b.a.t.a.n. Jadi?’ bapa saudara yang tika itu hanya baru mengenal abjad menjawab dengan pantas, ‘ghetok!’ (jambatan dalam bahasa kelantan.) Berderai lagi tawa semua yang mendengar. Jawapan bukan mengikut ejaan tapi, jawapan mengikut gambar.


Sekarang, masa sudah berlalu…sangat pantas… Sedikit lagi abang akan menginjak ke angka 30 manakala bapa saudara sudahpun punya anak dua. Aku, sedikit lagi (insyaAllah) akan tamat pengajian, (tapi banyak lagi harus memulun). Zaman sekarang sudah berubah. Kalau dulu pernah mengikut abang menangkap ikan laga di belukar berdekatan rumah. Kemudian ikan tersebut diletakkan di dalam simen merekah. Dimasukkan air. Tak sampai sehari ikan laga pun mati. Sebab air meresap masuk ke dalam tanah. Itulah permainan kanak2 dahulu. Zaman itu zaman aku masih tidak mengerti apa2. Saat, seolah2 perkataan ‘bahaya’ tidak wujud dalam kamus hidup.


Kalau dahulu permainan yang aku main semuanya berbentuk realiti, sekarang semua berbentuk maya. Kalau dulu aku lihat abang2ku main perang2 guna senapang kayu yang dibuat sendiri, hari ini, main perang2 guna playstation. Hanya tekan2 pada ‘remote control’nya sedang dulu tekan pada picu senapangnya. Sepupu2ku yang masih kecil berumur 5,6 tahun pun sudah pandai ber ‘muka buku’ sedangkan waktu aku baya2 mereka aku hanya pandai ber’ulat buku.’ (yolo ko?) Ohh, zaman sudah berubah!


Masa lalu mana mungkin akan kembali, tinggal masa hadapan yang harus ditempuhi dengan tabah. Kita juga semakin berusia, tidak lupa dunia juga sebenarnya semakin tua! Manusia terlupa janjinya pada penciptanya bahawa akan menjadi khalifah dan mengimarahkan dunia. Tetapi, akibat tangan manusia jugalah dunia ini tidak bertambah sihat tapi bertambah uzur dengan pelbagai kerosakan di atasnya. Oh, apakah yang sedang aku katakan dan cuba sampaikan?! (saya telah hilang punca!)


DUNIA YANG UZUR

Selalu sahaja apabila diberikan nikmat kita akan terasa hanyut dalam lautan dunia. Hanyut kerana dirasakan indah hidup di dunia ini sedangkan dunia ini sendiri sudah berusia umurnya. Kerana dunia ini tidak kekal.Sampai masa dan ketika ia akan mati sebagaimana matinya manusia semua bila sampai masanya. Dunia juga kan makhluk Allah. Makhluk yang pasti ada tarikh luputnya. Tiba2 terjumpa lirik nasyid Raihan : Dunia


Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa
Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan yang disangka
Dunia negara beda
Penuh dengan tipu daya

Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa


Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia memang fana

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia pura - pura


Dunia
Yang kecil mahu yang besar
Yang besar makan si kecil

Yang miskin nak jadi kaya
Yang kaya miskin jiwa
Yang muda hilang malunya
Yang tua lupa usia

Yang lemah malas usaha
Yang kuat tindas sahaja
Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan di sangka


Apa kaitan dunia telah tua dengan kisah zaman kecik2? Tiada apa2. Sekadar tiba2 teringat memori dulu2 dan terfikir tentang betapa cepatnya masa telah berlalu. (sebab tu lost tadi) Bukankah bila semakin bertambah usia kita bertambah dekat juga kita dengan kematian? Dan semakin bertambah usia kita, dunia tidak pernah semakin muda. Ia turut tua sama~


DUNIA INDAH MENIPU

Terlari topik. Sebenarnya pada awalnya aku ingin bicara soal lain. Tapi, tak mengapalah. Aku teringat tentang dunia ini yang tidak kekal abadi. Jadi aku lupakan untuk menulis tentang kenangan manis dulu2. Kerana terkenanglah, aku teringat manis hidup di dunia ni sekejap cuma, jadi jangan terlalu leka dengan keindahan dan kemanisan dunia ini. (peringatan buat diri!) Wallahualam.


Sekadar ingin berkongsi kandungan buku setebal seratus mukasurat yang dibeli daripada sahabatku beberapa tahun yang lepas. Tajuk : Karena Dunia Ini Tak Abadi. Buku dalam bahasa Indonesia itu sangat aku sayang. Banyak peringatan2 yang disertakan didalamnya. Tentang dunia menipu, tentang kematian, tentang pelaku maksiat, tentang taubat dan beberapa lagi topik yang berunsur peringatan.


Di awal tajuk, tertulis :

‘Kita telah benar2 tenggelam dalam lautan maksiat, dan waktu telah begitu lama berjalan sementara kita masih saja lalai dan berpaling dari Allah. Hingga akhirnya kita memiliki hati yang tidak lagi dapat memahami kebenaran, mata yang tidak lagi mampu melihat, dan telinga yang tidak lagi mampu mendengar dengan benar. Berapa banyak ayat2 Quraniyah dan kauniyah berlalu dalam kehidupan kita sehari2, tapi, tak sedikitpun kita merenungkan dan memikirkan makna2 yang dikandungnya. Kita hanya tertipu oleh kehidupan dunia, lalu bersandar padanya seolah2 kita akan hidup kekal selama2nya di dunia ini.’


Persoalannya adakah kita akan hidup kekal di dunia ini. Jawapannya kanak2 kecilpun boleh jawab. Semestinya tidak!


Jadi di mana letaknya dunia pada diri kita? Tanpa sedar kita kadang2 meletakkan dunia di hati. Sedangkan, dunia itu tidak layak berada di hati kita, dunia itu biarlah sekadar digenggaman tangan. Sebagaimana doa Abu Bakar As Siddiq, ‘ Ya Allah, Jadikanlah dunia ini ditangan kami, bukan di hati kami.’ Kalau dunia di tangan senang dilepaskan, tapi, kalau letaknya di hati, sangat susah dikikis dan dibuang.


Apakah nikmat dunia yang menyebabkan kita sering tertipu? Kekayaan, Kecantikan, Kemahsyuran, Darjat dan Pangkat, Keselesaan, dan banyak lagi. Semua inilah yang sering menyebabkan kita hidup dalam penipuan. Betul, tak tipu!Kita sebenarnya sedang tertipu oleh keindahan dunia! Siapa yang tidak suka apabila segala yang dihajati tertunai dengan senang sekali dan siapa yang tidak suka andai segala kesempurnaan terletak atau berpihak pada dirinya sentiasa? Tapi, kerana itu jugalah manusia senang terlupa bahawa kehidupan dunia ini hanya sebuah persinggahan yang sementara. Tiada yang kekal abadi padanya.


Oh ya, apabila bercakap tentang keindahan dunia aku teringat kisah Al Rabi’ Ibn Khaitsam, seorang tabi’in yang sentiasa berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah, tetapi ada yang tidak menyukai dia dekat dengan Allah lalu merancang rencana untuk menjauhkan Ar Rabi’ dengan Al-Khaliq. Kisah ini aku terbaca sewaktu mengoogle artikel teladan islami. Untuk tahu kisahnya klik sini.


TEKNOLOGI MELAWAN KEMATIAN

Dalam mencari2 artikel untuk dibaca aku terbuka satu lagi artikel tentang teknologi menunda kematian yang dicipta di Russia. Dengan perbelanjaan sebanyak jutaan ringgit, manusia sanggup menggunakan teknologi tersebut untuk melawan kuasa Allah SWT. Astaghfirullah… Inilah golongan manusia yang begitu cintakan dunia sehingga sanggup berhabisan demi untuk hidup secara abadi. Tanpa disedari dialah golongan yang tertipu dengan dunia. Disangkakan hebat melawan kuasa Allah Yang Maha Hebat. Sedangkan juga dia tidak menyedari azab Allah itu sangat dasyat. Naudzubillah~ semoga kita menjadi golongan yang sentiasa celik pada kebenaran.amiin~ (klik)


Firman Allah yang bermaksud,

‘ Ketahuilah sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat(nanti) ada azab yang keras dan ampunan Allah serta keredhaan-Nya. Dan, kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.’ (al-Hadid:20)


‘Dan, tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main2. Dan, sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.’ (al-Ankabut : 64)


Seorang penyair bersyair :

Engkau terlalu obses dengan kehidupan dunia dan terlalu berhasrat pada dunia

Apakah engkau tahu, wahai manusia yang tertipu… apa yang engkau kejar?

Jika seseorang terlalu berusaha gigih untuk dunianya,

Hingga terlalai daripada akhirat, tiada ragu padanya bahawa dialah manusia rugi.


Dan, Firman Allah SWT bermaksud :

‘ Sesungguhnya apa yang dijanjikan pada kalian itu akan terjadi. Dan, kalian tidak akan mampu untuk menghalanginya.’ (al-An’am : 134)


Dan, salah satu janjiNya adalah :

‘ Setiap jiwa itu akan merasai kematian. Dan, sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka akan dimasukkan ke dalam syurga, maka, sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. ‘ (Ali-Imran : 185)


MATI ITU PASTI

‘Hati pasti mati jika lalai mengingati mati’


Ada manusia apabila dia terleka lalu menyangka dia akan bermukim di dunia ini untuk selamanya sedangkan perjalanan ini tetap berterusan. Kita akan terus berjalan, dan kematian juga berjalan tetapi mendekat kearah kita sedang kita berjalan menjauhi waktu muda. Kerana…dunia sedang dilipat2 dari arah belakang, hakikatnya usia takkan pernah kembali pada kita. Yang muda pasti kan tua, Yang hidup pasti kan mati. dan, begitu jugalah hal2 yang lainnya. Tinggal amalan kita yang akan menjadi saksi kelak saat kita berada di mahkamah pengadilan.


Dalam buku ‘Karena Dunia Tak Abadi’ dalam tajuk kematian tertulis :

‘ Sekarang telah tiba masanya, wahai hamba yang bermaksiat pada Tuhannya, yang melalaikan kewajipan Allah. Sebab usia tidak lebih dari sekadar sekumpulan nafas yang dapat dihitung, dan dunia telah pergi beranjak meninggalkanmu, sementara kematian selalu saja mengawasimu dari satu nafas ke nafas yang lain. Saat perhitungan dan hisab itupun semakin dekat, dan yang pasti alam kubur itupun ikut pula mendekat. kain kafan pada penghuni kubur itu telah robek, jasad mereka telah terkoyak dan darah mereka juga telah lama mengering.


Mungkin esok pagi, kita pun akan menjadi santapan ulat, kalajengking dan ular berbisa dalam kubur kita. Kerana itu, marilah kita berusaha untuk melakukan apa yang kelak dapat kita semaikan kebaikannya setelah kematian kita; ibadah, ketaatan, berbuat kebaikan, menjauhi maksiat dan kemungkaran. Sebab kematian pasti akan memutuskan semua kesempatan manusia untuk beramal dan menyemai benih di dunia. Kelak akan datang kepada kita satu zaman yang sangat panjang iaitu di celah himpitan tanah dan batuan (barzakh), seorang diri tidak berteman melainkan yang akan menjaga kita adalah setiap amal soleh di dunia.’


Sampai di sini sahaja coretan dan sedikit perkongsian daripadaku. Sekadar sebuah peringatan buat diri sendiri yang sering lalai dan terlupa sedang desah nafas itu belum tentu terhela sesaat akan datang.


Wallahu’alam. Wassalam.


‘Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di ahirat dan selamatkanlah kami dari azab api neraka.’ (al-Baqarah ; 201)


‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjukk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia). (ali-Imran : 8)


‘Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami, tindakan2 kami yang berlebih2an dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir.’ (ali-Imran : 147)


‘Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa2 kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami bersama2 orang yang berbuat baik.’ (ali-Imran : 193)


amiin ya Rabb~

Tiada ulasan: