Selasa, Jun 29, 2010

Teka-Teki, Suka-Suki


Seperti biasa apabila bersama sepupuku, pasti ada teka-teki yang akan diajukan padaku. Sebelum aku mulakan dengan 'tentang DIA (2)' nak teka dulu :

Teka Teki 1 :

Pada satu zaman, ada seorang raja yang zalim. Sebarang kesalahan yang dilakukan rakyat atau kerabat akan dihukum pancung semuanya. Sehingga pada suatu hari menteri dan pekerja istana datang menghadap untuk melaporkan atau mengadukan masalah. Ketiga2 mereka adalah Menteri Pertanian, Menteri Perhutanan, Dan Tukang Masak Istana.

Ketiga2 mereka diberikan syarat oleh raja, Raja hanya boleh menjawab satu jawapan sahaja kerana baginda dalam mood yang tidak baik. Andai raja perlu jawab banyak2 jawapan, ketiga2 mereka akan dipancung. Lalu melapor lah ketiga2 mereka dalam ketakutan.

Menteri Pertanian : Patik datang untuk melaporkan, padi di negeri kita sudah masak, jadi apa yang harus dilakukan pada padi tersebut?

Menteri Perhutanan : Pokok2 di hutan telah banyak ditumbangkan atas arahan tuanku, seterusnya apa hendak dibuat dengan kayu2 tersebut?

Tukang Masak Istana : Hari ini tuanku nak makan apa?

Baiklah, cuba teka apakah jawapan raja yang sepatutnya supaya ketiga2 mereka tidak dipancung kepala. Hanya satu patah perkataan sahaja yang perlu dijawab raja. =)

Dan sepupuku selalu cakap macam ni... 'sape yang dah tahu jawapan tolong diam. ;p '

Teka Teki 2 :

'Kalau kita tikam orang sampai mati, selain keluar darah, keluar apa lagi?'

Teka Teki 3 :

'Kalau makan isi, buang kulit, kalau makan kulit, buang apa?'

Teka Teki 4 :

'Ada 5 orang pakai satu payung, tapi mereka tak basah. Kenapa?'


11 ulasan:

a.j. berkata...

wah ... susah ini ...
tekateki1:entah
tekateki2:keluar surat khabar?
tekateki3:air?
tekateaki4:sebab tak hujan ... teehee!

NAK JAWABANNN!

munadhia berkata...

haha~ 2,4 betul...1,3 apekah?

a.j. berkata...

hu hu

Unknown berkata...

soalan 3..
nuang tebiat..
ngahahaha....

munadhia berkata...

haha..ja, slh juga...bukan nuang tebiat..buang tebiat la.. ;p sape dpt jwb num 1 memey hebat. ;p

Tanpa Nama berkata...

jwpan no 1...
sukati korang la

Adlan berkata...

salam nik. nak try. nombor 1.

raja tu cakap la nak makan nasi.

padi tu jadi beras untuk masak nasi. pastu kayu tu buat jadi kayu api. tukang masak tu masak le.

betul x?

jzkk

munadhia berkata...

haha~ bukan2... hanya 1 perkataan utk mnjawab 3 persoalan.apakah?

NaQiah berkata...

gape bnda muna ?? bebi pon pening pker .. fadeup doh ~ hehe . =p

munadhia berkata...

hehe~ bebi xdop ke mase dalam kete tu? ayah yee teka ke muna... ;p ce tanya ayah yee. kalu dapat jwpn baru muna proceed ngan next post.hehe~

naQiah berkata...

i know !!
haha ..
jwpn no 1 :- Ketam ...
betul kan ??????
haha .. =D