Sabtu, Julai 17, 2010

Hadith Umara'

Daripada An-Nu'man bin Basyir, berkata;

Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa'labah dan berkata, Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara')? Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa'labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun 'Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian..."

(HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)

Tiada ulasan: