Selasa, Julai 06, 2010

Bila Kita Graduasi




Semasa di sekolah selalu dialog ni berlaku, 'Tak sabar nak habis SPM...', 'Tak sabar nak masuk U', 'Tak sabar nak jadi dewasa...' ...Bila tengok cikgu2 di sekolah, memang sangat merasakan mahu cepat2 dewasa. Rasa macam seronok apabila sudah bekerja. Sekarang, sudah semakin bertambah umur, hampir2 menginjak ke alam dewasa. Murid dan cikgu pun dah boleh jadi kawan. Tapi... Ada sesuatu yang sudah hilang iaitu alam persekolahan.

Kawan kata, 'kan seronok kalau ada mesin yang boleh mengembalikan masa lalu.'

Aku kata, 'Yang boleh mengembalikan masa lalu hanyalah putaran memori. Tiada mesin yang mampu bawa kita ke alam lalu sekalipun teknologi secanggih seribu tahun akan datang.'

Dulu nak sangat cepat2 tamat sekolah, bila dah tamat sekolah rasa mahu kembali memakai pakaian seragam sekolah. Memori di alam persekolahanlah sebenarnya yang terindah. Apabila bersama kawan2, lebih2 lagi bila bersekolah asrama. Lebih banyak memori manis dan pahit tercipta.

Malam kadang2 dipanggil roll call secara mengejut. Kami benci tapi bila dikenang, kami suka. Bila pakaian di ampaian tidak diangkat, akan berlaku lelongan baju di koridor. Apabila tak disusun kasut, ada kasut yang akan hilang esoknya. Apabila tak tutup lampu jam 12, maka, LDP menjerit dari bawah, 'Lights OFF!!!' sehingga ada yang mengeluh,'Kata nak kitorang berjaya, bagilah bukak lampu lama sikit!' Dan, bagi yang bersifat tidak kisah, akan ramai2 duduk merempat di koridor asrama demi mencari sinaran cahaya bagi menyuluh rujukan bio, fizik, kimia. =)

Apabila BWP melaksanakan peraturan baru di sekolah, ada yang memberontak, tertampal di pintu bilik 'Kami Boikot BWP 05/06' Bukan BWP yang kena lebih tapi, selalunya LDPlah yang sering di'benci' lebih...Hanya kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Lembaga Disiplin Pelajar. Dan, kadang2 berlaku perselisihan antara BWP dan LDP. Badan Wakil Pelajar dan Lembaga Disiplin Pelajar berselisih sehingga terbawa kepada sesi muhasabah BWP LDP pada satu malam~ (saat yang paling aku ingat. peristiwa yang sangat menyentuh hati-Terima kasih pres LDP05/06.)

Apabila lapar, ada yang siap membawa periuk nasi ke bilik. Apabila bosan di asrama, ramai yang 'fly' ke luar pagar lalu mereka terlepas sehingga ke bandar. Apabila Spot Check, maka ramai yang menyorokkan telefon bimbit di dalam bekas sabun. Dan, dalam.... tudung. ;p Tapi BWP sendiri bagi nasihat, 'Nak bawak handset boleh, pandai2lah~' =) Pernah sekali Spot Check mengejut, puluhan Handset berjaya di rampas. Haih, sangat tak sampai hati~

Dan, apabila cikgu mengajar di hadapan ada yang sepanjang kelas tidur di belakang, tapi akhirnya merekalah yang mendapat keputusan paling cemerlang. Seolah2 mereka memberitahu , 'untuk berjaya kena banyakkan bermimpi, untuk bermimpi, kena banyakkan tidur...' hmmm...kemana mereka sekarang?

Bila di akhir sekolah semua sedih, kawan baik akan bertanya, 'Lepas ni kita mesti terpaksa berpisah.' Dan hari ini perpisahan terjadi juga. 'Tak boleh ke kalau semuapun sambung belajar di tempat yang sama? Dan, kita cipta memori bersama2 sebagaimana kita cipta memori di zaman persekolahan kita.'

Hakikatnya, semua punya cita2 yang berbeza, dan aku benar2 berbangga ramai antara kalian sudah hampir mencapai cita2 masing2. Tapi, satu saja...Jangan lupakan semua pendidik kita, jangan lupakan tempat kita bertatih untuk mendaki gerbang jaya, jangan lupakan memori kita di alam persekolahan. Kerana pengalaman dan kenangan itu yang membawa kita ke tempat di mana kita berada sekarang. Menjadikan kita sebagaimana kita sekarang. Ingatlah saat itu!~

Semoga satu hari kita dapat berkumpul kembali, memutar memori di satu zaman persekolahan. Aku benar2 menanti saat itu, waktu kita janjikan-satu masa pasti kita akan berjumpa lagi. Kerana ikatan persahabatan ini takkan putus dek kerana jarak memisahkan kita atau kerana berapa lama kita tak bersua. Ikatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. insyaAllah. Ini janji kita saat kita tamat persekolahan dulu. Sampai ketemu. Wallahu'alam. Wassalam.

5Julai2010 :Lawatan ke KOPU
Ini Sekolah Kita









Ini Cikgu Kita









*SKPKI, SKM, SMKM dan SMKH juga. rindu teman2 dahulu. semoga bertemu lagi*

1 ulasan:

rijal88 berkata...

salam, hampir 3mggu xmnjengah ke blog ni...wahhh byk prubahannya.

mga2 brubahnya 'template', maka signal +ve si blogger n content dblog ini...

hrpnya xde lg, coretan yg brbntuk -ve tp pgkgsian y brmnfaat kpd semua...

mnarik post kali ni, pdnya mnggalkn 1001 nostalgia ttg Si Dia yg xprnh sesekali ana peduli sblm ini...jgn slh fhm, y psti bkn pmilik blog ini..tp yg jauh lbh rpt n pnting kpd ana. Si Dia yg trut melakar sejarah di KOPU. haha yg pasti.

pe pn msih brusaha n trus brusaha mngenali Si Dia. walaupn mkin mnjauh n mkin mnjauh.

"jgn sesekali mlpskn sesuatu YG PENTING kpd kte, skali trlepas susah di ikat kmbali"

~slm prjuangan sem bru@final yr