Sabtu, Disember 12, 2009

Si Kecil itulah Guruku!


Salam’alaik.

Hari ini seharian aku berkurung di bilik. Suasana yang sangat tidak enak bagiku. Kejap baring, kejap berdiri, kejap duduk. Aku tidak betah duduk diam. Memerhatikan ceiling sambil berfikir. Membaca buku, Membaca blog, Melayan Facebook dan akhir sekali baru aku terasa ingin menulis. Jarang sekali aku punya waktu yang selapang hari ini. Bukan tiada kerja yang harus dilakukan, hari pertama semester baru aku telahpun mendapat projek minor bertajuk ‘learning from the movie’. Aku tidak berapa gemar sebenarnya projek kali ini. Sebabnya kena menonton sambil menganalisis movie yang bersifat futuristik. Movie Bahasa Inggeris ini faham2 sahajalah. Projek berkumpulan, jadi aku membiarkan sahaja kumpulanku yang menentukan movie apa yang harus dianalisis. Bukan apa, jika aku yang perlu tentukan, jawabnya tidak bergeraklah projek kali ini. Jadi aku hanya menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja di dalam kumpulan.

***

Aku melayari blog sahabat2, ada sahabat yang telah meng ‘update’ blog mereka dengan catatan pengalaman Bakti Siswa baru2 ini. Benar, program Bakti Siswa yang aku dan sahabat ikuti baru2 ini banyak mengajar kami tentang banyak perkara. Rasanya berbanding pembacaan buku, pengalaman realiti hidup seseorang lebih akan kita rasakan, dan lebih mudah kita terima sebagai pengajaran.

Teringat pula, saban malam sebelum melelapkan mata, aku dan Kak Na pasti berbual2 tentang hari yang sudah berlalu. Maksudku sepanjang hari kami melalui program adhoc tersebut. Kami cuba bermuhasabah dan berbincang kembali tentang apa yang telah kami lalui. Ada satu perkara yang paling aku ingat. Kak Na pernah bercerita tentang seorang adik bernama Ain yang usianya baru 6 tahun. Aku cuba membayangkan wajah adik tersebut. Ya, aku sangat ingat wajahnya yang mulus itu.

***

‘Yan, Kak Na teringat sangat kat sorang adik ni.’ Suasana senyap seketika. Aku sekadar memerhatikan kak Na, ‘Adik mana?’ Soalku.

‘Ain.’ Aku cuba membayangkan siapa adik yang disebut Kak Na tersebut. Ya, aku ingat tapi, tika itu aku lebih banyak buat kerja di belakang tabir menyebabkan aku tidak berpeluang mengenali adik2 dengan lebih dekat. Kalau diikutkan hati, aku memang lebih suka bersama adik2 tersebut. Cuba mendekati hati mereka, itulah yang lebih menyeronokkan. Dan, sebenarnya di sebalik aku mengajar dan menasihati adik2, aku sendiri yang beroleh pengajaran dan pengalaman percuma.

‘Masa makan, dia menghabiskan selicinnya makanan dia.’ Sambung Kak Na. Wajah Kak Na menunjukkan seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Kemudian Kak Na sambung, ‘Bila tengok kawan2 dia tak habis makan dia bagitahu akak… Kalau boleh bawak balik, panaskan… boleh bagi adik beradik makan. Boleh simpan untuk petang karang ke…’

Aku dapat rasa apa yang cuba Kak Na sampaikan. Benar telahanku. Seperti Kak Na, aku berasa kagum dengan Ain yang satu ini. Ia membuatkan aku berfikir, bukan semua orang bernasib baik. Mampu memiliki sesuap nasi yang enak dan berkhasiat sebagaimana aku. Alangkah beruntungnya aku! Sedangkan baru sebentar tadi aku berasa tidak lalu makan. Lalu aku berhajat untuk tidak menghabiskan, namun, kisah Ain menyebabkan aku tersedar, betapa aku ini tidak mensyukuri kehadiran rezeki di hadapan mata. Aku cuba juga sedaya upaya menghabiskan makananku. Alhamdulillah~

***

Kisah adik bernama Ain membuatkan aku rasa lebih bersyukur. Betapa aku manusia yang mudah lupa apabila diberi cuma sedikit kekurangan. Terus terlupa bahawa Allah telah mengurniakan kepadaku melimpah ruah kelebihan dan nikmat. Di mana pula letaknya kesyukuranku? Tidak kutemui~

Sifat tanggungjawab Ain terhadap adik beradiknya juga harus dicontohi. Berbanding diriku yang kadang2 cuba melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Terima kasih Ain!

Ya Allah, kadang2 berasa tidak layaknya seorang aku untuk mengajar manusia tentang kehidupan sedangkan diri ini sendiri tidak mengerti apa sebenarnya kehidupan. Kadang2 mereka yang berumur 6 tahun lebih mengerti apa itu kehidupan berbanding diriku! Kadang2 mereka yang buta, mereka yang tidak mampu mendengar, mereka yang kurang upaya lebih mengerti apa itu kehidupan berbanding aku yang sempurna.

Ya Allah, tersedar… Kesempurnaanku inilah yang sebenarnya telah membutakan mataku untuk mengenali kehidupan sebenar, kesempurnaanku inilah yang sebenarnya telah memekakkan telingaku untuk mendengar ceritera realiti kehidupan dan kesempurnaanku inilah yang membuatkan aku kurang berupaya untuk menyelami hakikat kehidupan. Yang penuh mehnah dan ujian!

Ya Allah, Kau kuatkanlah hati kami pada pegangan akidah yang benar sehingga ke akhirnya walau kepahitan harus kami telan, kesusahan harus kami tempuhi, dan kekurangan harus kami syukuri.

Ya Allah, kepada mereka yang tidak bernasib baik… Kau limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka selayaknya dengan rasa kesyukuran dan pasrah mereka terhadap segala ketentuanMu.

Ya Allah, Alhamdulillah~ Alhamdulillah~

4 ulasan:

sayadalilah berkata...

salam yan..

kalo yan dok kat indonesia ni yan akn rase betapa cukupnya kita hidup slma ni..

tgk2 budak2 kecik dah bekerja pungut2 sampah utk recycle..tu budak kecik yan..betapa cukupnya kita selama ni yan..ila sgt2 bersyukur ila dapat dtg indonesia ni..dapat muhasabah diri ila yan..alhamdulillah..

istisyhad berkata...

salam yan...
betul2...
kesenangan yang kita kecapi merupakan satu ujian buat kita,
malah ianya lebih hebat daripada kesusahan...
Kita mudah alpa dengan kesenangan yang dah terbiasa dengan kita...
Mereka adalah guru2 buat kita...
Semoga kita semua sentiasa istiqomah dalam jln hidup yg kita pilih... hatta senang mahu pun susah..

keretasorong berkata...

moga kita tergolong dlm 'golongan yang sedikit' iaitu golongan org yg bersyukur.

'golongan yg sedikit itu ada dinyatakan dlm alquran. moga kita berada dlm dolongan tersebut.

pengigatan yg cantik :)


.:.surah Sabak ayat 13

lailafillah berkata...

salam dik..nilah takdir Allah..Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan..bersyukurlah kite berada dlm keaadaan sekarang..