Ahad, Disember 13, 2009

SAAT AKU CINTA


SEBUAH PERMINTAAN

‘Kak Yan, lama tak jumpa!’ Sapa seorang adik usrahku dari jauh. Ayuni namanya. Sangat comel dan riang perwatakannya. Tika itu aku baru sahaja habis kuliah. Lalu dihulurkan tangan untuk bersalam dan berpelukan rindu.

‘Yuni sihat?’ Soalku. Sebenarnya aku agak tergesa2, mahu merebut tempat di ‘lab com’ untuk tambah subjek. Tapi, tak mengapalah.

‘Alhamdulillah… Kak Yan, bila kita nak buat usrah ni? Dah lama sangat!’ Terus sahaja dia bersuara. Aku cuba menariknya jauh sedikit daripada pendengaran orang. Jujur kukatakan, aku kadang2 segan digelar seorang naqibah. Dengan ilmu yang tersangat cetek, sangat tidak layak rasanya. Tapi, untuk adikku Ayuni, Radhiah dan Shazea, aku berasa sangat senang dengan sikap terbuka mereka. Tetap menghormatiku walaupun pada hakikatnya mungkin merekalah yang lebih mengetahui berbanding diriku. Shazea~ Aku rindu adikku yang seorang ini. Belum sempat aku mengenali dirinya dengan mendalam, dia terpaksa berpindah tempat pengajian. Tak mengapalah. Semoga Sha bertemu apa yang dicari.

‘Betul Yuni nak usrah?’ Soalku sambil menghitung hari mana yang aku tidak sibuk. Kelihatan Ayuni mengangguk.

‘Emm, kalau macam tu, nanti Kak Yan mesej Yuni balik eh. Mungkin hujung minggu ni.’ Ayuni tersenyum sambil mengangguk2 laju.

‘OK. Yuni kena gerak dulu kak. Ada hal.’ Aku tersenyum dan terus menghulurkan tangan untuk bersalam.

‘Assalamu’alaikum.’

‘Wa’alaikummussalam.’

Kemudian aku hanya memerhatikan Ayuni berlalu. Kepalaku ligat berputar. Berasa tersangat malu. Aku sendiri belum merancang untuk mengadakan usrah dalam masa terdekat ini. Semangatnya untuk menerima sesuatu yang baik seakan berkobar2. Tidak kira waktu, dia sanggup meluangkan masa bersama. Ayuni dan Radhiah. Mereka ibarat dua permata di KAED yang akan meneruskan dakwah Islam di sana.insyaAllah. Semoga aku mampu membawa mereka bersamaku andai benar aku membawa kebenaran Islam yang dicintai.

***

PENEMUAN DALAM PENCARIAN

‘Salam. Radhi, kita usrah pukul 10 am kat bilik Kak Yan eh. Ahad insyaAllah. Bagitahu Yuni dan Una.’ Setelah berkira2, aku mengambil keputusan untuk berusrah walaupun sekejap. Soalnya hatiku sendiri yang perlu dibersih~

Seperti biasa sebelum memulakan usrah. Aku yang sememangnya cetek ilmu perlulah mengaktifkan aktiviti pembacaan. Aku sangat bersyukur begini. Dalam kita ingin memberi, kita juga akan berusaha mencari. Tajuk ibadah... Sebenarnya sudah beberapa kali aku bawakan tajuk ini. Tapi, dulu aku sekadar membawa kisah2 teladan yang agak ringan dan tidak membebankan.

Kisah yang kuambil daripada buku U-Turn itu sangat bermanfaat dan menginsafkan. Betapa satu jiwa yang berpaling, yang meninggalkan ibadat menjadi tidak siuman tapi, kembali sihat apabila dia menghadap Allah kembali. Sebenarnya ubat bagi satu2 penyakit tidak lain adalah dengan merasa indahnya ibadah yang kita lakukan. Kembali pada Allah, bukan dengan berputus asa untuk hidup!

***

Aku men’google’, dan banyak aku jumpa artikel berkaitan ibadat. Ada satu artikel yang sangat menarik minatku iaitu tentang Ibadat itu Cinta. Lalu, kuringankan tangan untuk menulis sesuatu…

***

SAAT AKU CINTA

Bukankah saat seseorang itu jatuh cinta, maka pengorbanannya seakan melebihi segala sesuatu. Yang pasti dia sanggup demi yang dikasihinya. Sanggup melakukan apa sahaja. Kata pujangga, lautan api rela kurenangi. Itulah penangan cinta!

Bagaimana rasanya saat aku jatuh cinta? Saat jatuh cinta itu ibarat sesuatu yang tidak terucap dalam sebarang ungkapan. Sekalian alam seolah tersenyum indah, berlagak riang…Dengan hembusan bayu yang bertiup seakan meraikan. Adakah benar cinta itu begitu?

Saat aku jatuh cinta. Aku hanya ingin bertemu denganNYA. Hanya denganNYA! Saban sepertiga malam bangunku kerana cinta. Terasa seakan tiada lagi halangan daripada syaitan laknatullah. Semuanya mampu diatasi, nafsu berjaya ku tentangi…Pastilah cinta itu lebih indah… Hanya kerana jagaku di malam hari kerana cintaku pada Ilahi.

Kerana aku jatuh cinta, aku merasakan DIA sentiasa ada. Ke mana sahaja aku pergi, aku tahu DIA ada. Malah, betapa hebatnya, Dia Maha Melihat apa yang ada di hatiku. Tidak perlulah aku menyatakan bahawa aku cinta padaNYA… DIA sudah tahu terlebih dahulu sebelum aku ungkapkan… Subhanallah, hebatnya Dia yang menciptakan cinta.

Saat aku cinta, aku jadi buta. Tidak terlihat lagi olehku indahnya dunia kerana hanya kulihat indahnya Sang Pencipta.

Saat aku cinta, aku jadi tuli. Walau desir ombak pantai menghinggap telinga, aku hanya mendengar betapa setiap titis percikan airnya, sedang bertasbih memujiNya.

Saat aku cinta, aku menjadi bisu. Tidak mampu lagi aku berkata2. Bibirku kaku, lidahku kelu…Hanya hatiku berbisik, hidup dan matiku hanya untukMu!

***

Ya Allah, itulah anganku untuk mencintaiMu… Tapi, memang aku ini hanya hambaMu yang tersangat lemah. Kadang tidak termampu olehku meletakkan cinta ini yang tertinggi. Aku teringin menjadi sebagaimana Rabiatul Adawiyah yang tiada tara tinggi cintanya untukMu, begitu juga sebagaimana Fatimah Az Zahra yang dipelihara dirinya olehMu kerana cintaMu untuknya… Namun apakan dayaku… hanya hamba yang lemah yang masih tercari2 cara untuk istiqamah dalam jaga sepertiga malam. Juga hamba yang masih terkial2 dalam melazimi tahajud saban malam. Cintakah aku?!

***

Ringkasnya :

Ibadat itu tunduk dan patuh…Tunduk dan patuh itulah cinta…Makanya, ibadat itu cinta. =) Ayuh beribadat untuk memperkasakan cinta yang sebetulnya untuk Allah SWT.


Wallahu'alam. Wassalam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peringatan kpd diriku dan ashabi; jaga dan perbaiki solat,Insyaallah segalanya akan mnjadi lebih baik.
-s5

chec berkata...

selamat berusrah ya..=)

ili amirah berkata...

menariknya!lama dah kot tak berusrah, pengisian lain pun dah jarang. mungkin tu penyebab semakin jauh. astahgfirullah...

im_zi berkata...

gud2~ :D