Jumaat, Disember 11, 2009

Warkah ke Makkah


‘Bismillahirrahmanirrahim

Aku dari Malaysia benar2 mengharapkan warkah ini sampai ke Tanah Suci. Warkah ini adalah surat cintaku buat Rabbku Tuhan sekalian alam. Pertamanya aku panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Dia Yang Maha Esa yang telah mengurniakan aku 4 anggota yang berfungsi dengan baiknya. Kuangankan kedua belah kaki ini akan melangkah ke tanah suci. Namun, apakan daya hajat si miskin tidak kesampaian lalu aku terfikir untuk mengutus sepucuk warkah ke Tanah Suci. Aku harap tiada salahnya dengan warkah ini yang merupakan seuntai doa daripadaku untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang menemuinya.

Ya Allah, surat cinta ini layangan dari bumi Malaysia, semoga ia sampai walau pada jarak beribu batu jauhnya.’

Pada suatu hari ibu saudaraku menyatakan hasratnya untuk ke Mekkah menunaikan ibadat haji. Apabila tiba waktunya, lalu disuruhnya aku menulis doa yang akan dibacanya di sana. Aku tahu surat cinta buatNya ini pasti sangat panjang kerana andai diikutkan hati seorang manusia kerdil seperti aku, beribu permintaan dan permohonan yang ingin kupinta.

‘Macam lah tak boleh doa di Malaysia. Kat mana2 pon boleh doa kan?’ Soal sepupuku membantutkan penulisanku. Aku sekadar tersenyum. Betul tu. Tapi, sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Andai tidak dapat diriku ke sana, sepucuk surat tulisan tanganku sampai ke sana pun sudah memadai. Sebagai wakil diriku yang entah akan sampai atau tidak di sana.

‘Ya Allah, andai sahaja aku boleh menulis segala hajatku, pasti tidak cukup kertas setebal 10 muka surat. Aku akui akan kelemahan diri yang sentiasa inginkan sesuatu yang lebih daripada segala kurniaanMu. Aku harap hajatku ini tidak keterlaluan.’ Aku meneruskan penulisan tanpa menghiraukan sepupuku di sebelah.

‘Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu ini, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru2ku…..’ Aku terus menyambung tulisan essei dengan khusyuknya. Andai sesiapa baca pasti akan tergelak. ‘Macam tulis surat cinta!’ Sindir sepupuku dengan riak gurauan. ‘Mestilah!’

***

‘Muna, cepat sikit. Nak gi dah ni.’ Laungan suara ibu saudaraku daripada tingkat bawah terus mematikan perjalanan penaku di atas kertas.

‘Nak gi dah? Tak dan nak tulis doa ni…tak abes lagi’ Laungku kembali. Komunikasi jarak jauh memang memerlukan lantunan suara yang mantap dan kuat! Itupun masih sayup2 kedengaran suara ibu saudaraku dari bawah.

‘Laa… dari tadi tak sudah lagi?’ Soal ibu saudaraku yang sudah berada di hadapanku. ‘Panjangnya… tulis pendek2 sudah! Susah Che Nani nak baca nanti.’

‘Ni surat cinta untuk Allah kenalah jiwang2 sket.’ Aku sekadar tersengih. Sebenarnya rasa tersangat malu. Kantoi! Ku capai kertas kajang baru dan mula menulis kembali dalam bentuk point.

Che Nani, tolong doakan Muna:

· Semoga Muna dan keluarga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki. Semoga dapat ke Makkah cepat.

· Semoga beroleh jodoh yang terbaik yang boleh membimbing dan boleh sama2 berjuang di jalan yang diredhai Allah. Jodoh yang beriman dan beramal soleh.


Cukup 2 point. Tak sampai 5 minitpun! Sebenarnya banyak lagi yang ingin kuminta doakan, tapi, tak mengapalah.

Ibu saudaraku mencapai kertas doa yang kuhulur. Dibuka lipatan. Dan dibaca perlahan. ‘Ni… tambah, suami yang kaya!’ Aku memandang macam tidak percaya. ‘Buat apa nak suami kaya?’ Soalku kembali.

‘Nanti nak sara guna apa?’ Aku sekadar tersenyum. Dalam diam aku menghabiskan penulisan suratku yang awalnya dan kuselitkan di sebalik beg ibu saudaraku. ‘Semoga sampai ke Makkah!’ bisik hatiku.

***

Firman Allah yang bemaksud :

Dan orang-orang yang berkata , ‘ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa.’ (al-Furqan : 74),

Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada kami jodoh yang terbaik. Dapat menuntun kami ke jalan lurus, jalan yang diredhaiMu. amiin~

3 ulasan:

ayub berkata...

=D hu hu

sayadalilah berkata...

moga kita di beri peluang untuk sampai ke sana~

ila pon sgt2 teringin yan!!!

munadhia berkata...

ilah> nk g saaangaat. ad org tawarkan g umrah bulan 5 ni...tp, cek kalendar. dopleh coz cuti bln 4..kalu ikutkn nk amek je cuti 2mgg. tapi, 2 la... smoga brkesempatan dan smoga mampu satu hari nt. insyaAllah. kt g sama nk ;P