Jumaat, Oktober 02, 2009

Sentuhan Hati


Awas! Coretan ini tersangat panjang. Sekadar sebuah coretan untuk menyedarkan dan mengingatkan diri sendiri kepada setiap perkara yang telah dan sedang dilalui.

Salam’alaik.

Aku tidak mahu menulis. Hatiku tidak tenang andai aku tetap menulis. Tapi, hatiku juga tidak tenang andai aku tidak menulis. Sesuatu yang perlu aku tulis dan merupakan sesuatu yang sangat besar bagi seorang penulis. Untuk menyedarkan dirinya juga untuk menyatakan setiap kekesalannya. Untuk meluahkan perasaannya yang tidak tertanggung hanya seorang dirinya. Hmmm.. Memang benar sukar diungkapkan perasaan sebenar. Tapi beginilah hakikat seorang penulis, perlu menjaga hati setiap yang membaca. Bahasa yang seakan kasar harus dilembutkan, bahasa yang seakan sukar harus dimudahkan, bahasa yang seakan melampau harus dimetaforakan. Akulah penulis yang lemah, yang cuba mengungkapkan perasaan dan kekesalan.

ADUHAI WANITA

Persoalannya yang cuba aku timbulkan, adakah wanita itu benar2 murah sehingga begitu senang digadaikan maruahnya? Adakah wanita itu benar2 lemah sehingga tidak mampu melawan bisikan syaitan yang direjam. Adakah wanita itu terlalu dungu sehingga termakan pujukan nafsu generasi sang adam. Inilah bahasa kekesalanku yang cuba aku lembutkan. Ahh… hakikatnya aku juga seorang wanita, seharusnya aku memahami tabiat dan fiil wanita juga. Aku tahu, wanita sukakan sesuatu yang cantik. Bahasa yang cantik susunannya mampu menjerat hati seorang wanita. Aku tidak terkecuali kerana aku juga seorang wanita!

Tidak sanggup aku nyatakan tentang kelemahan wanita. Aku tegaskan kerana aku juga seorang wanita! Aku sering ingin melarikan diri daripada isu ini, tetapi setelah aku menerima taklifan untuk menjadi seorang naqibah, baru kusedari, aku perlu memikirkannya, aku perlu menjadi lebih matang dalam situasi sebegini. Sesuatu yang bengkok harus diluruskan kembali melalui wasilah tangan sang murabbi. Bukan senang untuk melakukannya, hati2 lembut ini perlu dijaga, diketuk sedikit demi sedikit untuk meluruskannya kembali. Aku yakin, hati wanita itu sangat mudah tersentuh apabila disebut ceritera sebuah cinta. Cinta seorang hamba kepada Sang Pencipta. insyaAllah.

AKU DAN TARBIYAH

Aku yakin hati mereka masih boleh dibentuk biiznillah, InsyaAllah. Aku masih ingat, sebelum aku menulis blog, aku terlebih dahulu mencoretkan kata hati di dada2 journal yang setebal coretan sepanjang tahun. Apabila aku baca, aku terasa mahu ketawa, terasa sangat tidak matang pemikiran seorang aku dahulu, sehingga aku terbuka lembaran ‘Aku dan Tarbiyah’. Ketika itu bermulalah episod aku bertemu dengan seorang yang sangat bermakna dalam hidupku. Siapa? Dialah naqibahku. Aku sering bercita2 untuk menjadi sepertinya. Peribadinya, dan yang paling penting hubungannya dengan Allah SWT sangat aku kagumi. Setiap kali kupandang wajahnya laju sahaja air mata mengalir. Dan, aku tahu, ini kerana sebuah tautan hati terjalin kerana rabbnya. Aku sangat rindu saat itu. Aku masih di awal proses tarbiah. Aku tersangat inginkan pengisian rohani. Sungguh! Aku tahu mengapa UIA, mengapa aku disini. Untuk mencari sebuah ketenangan yang belum kutemui tika itu.

Sehingga sampai satu tahap, aku tidak mahu sesuatu yang lain lagi melainkan ingin sentiasa mendengar butir bicaranya yang sangat terkesan di hati. Aku berhutang kepadanya, kerana dia, aku di dalam medan ini. Medan yang sangat berat penuh ujian, namun tersangat manis kesudahan insyaAllah. Terima Kasih Kak Yani!

AKU SEBAGAI NAQIBAH

Sampai satu tahap, aku perlu menerima sebuah hakikat, kenyataan yang perlu kutempuh. Akhirnya aku pula yang perlu menjadi seorang naqibah. Pada awalnya terasa berat untuk menerima. Tugas ini tersangat berat bagiku. Aku benar2 takut tidak mampu menyentuh hati adik2ku kelak. Aku takut aku tidak mampu menjadi seperti nya yang aku rindui. Aku takut! Dan kerana takut aku sering menggunakan alas an, ‘aku tidak bersedia’. Kerana itu aku terfikir, sampai bila kita ingin tidak bersedia? Adakah apabila malaikat maut sudah di hadapan mata juga ingin kita katakan, ‘aku tidak bersedia?’ Adakah begitu? Tiada lagi masa untuk melengahkan sesuatu yang penting kepada agama tercinta. Dan kerana itu lintasan hidayah jangan ditolak, perlu disegerakan agar ia sentiasa datang menjengah hati kita.

Dan, hari ini aku mencuba sehabis daya untuk menjadi seorang naqibah yang baik. Aku tahu masih banyak yang perlu aku ubah pada diriku. Kekurangan ini harus ditampung. Apa yang penting aku dan mereka harus bertaut pada tujuan yang satu. Mardhatillah. Saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Aku seorang yang tersangat lemah, yang tidak lari daripada melakukan kesalahan, tidak lari daripada sesuatu yang melaghakan. Kerana itu, aku masih perlukan bimbingan sahabat2 dan adik2ku. Andai dikisahkan kelemahanku pasti tidak cukup karangan 100 muka. Terlampau banyak. Tapi, banyak antaranya Allah hijabkan agar tidak tertimbul fitnah pada diri ini. Alhamdulillah.

Hari ini, seorang murabbi datang dengan sebuah harapan, adik2 yang boleh menerimanya sebagai seorang kakak. Adik2 yang boleh berkongsi cerita dan masalah dan sebagainya. Dan, hari ini, seakan tidak percaya, aku benar2 menghadapinya. Aku tidak mampu memberikan banyak, dan aku tidak mengharap mereka memandangku tinggi. Aku hanya punya lulusan sebagai insan biasa yang masih cetek pengetahuannya. Aku tahu, inilah kelemahanku. Tidak mampu aku berikan banyak melainkan yang ada pada pengetahuanku. Tapi, aku tersangat gembira apabila ada antara mereka bertanya, ‘Kak Yan, bila kita nak buat usrah lagi?’ dan aku gembira apabila mereka bersemangat, ‘Izzy, cepatlah wat usrah, nanti kita sibuk ngan projek. Saya dah bawak banyak kuih raya.’ Dan aku gembira apabila mendengar, ‘Yan, maaf hari tu tak dapat datang tapi, memang teringin sangat nak datang. Kalau ada lagi bagitahu ya.’ Ya Allah, sungguh, hati2 inilah yang sedang mencari sesuatu sebagaimana aku dahulu yang mencari sesuatu. Dan, telah aku jumpai. Semoga aku terus istiqamah dan thabat. Semoga mereka juga begitu. Amiin.

HATI YANG TERCICIR

Dan, ada satu hati yang juga sedang mencari. Agak berat bagiku permasalahannya. Kerana dia seorang gadis remaja yang masih kurang mampu melawan nafsunya. Kerana inilah timbulnya di fikiranku tentang penulisan kali ini. Aku sayangkan dia sebagai seorang yang punya hati untuk mencari kebenaran. Kerana itu, aku tidak mahu melepaskannya. Kadang, aku terfikir mampu kah aku? Datang melawan fikiranku sebuah lagi pemikiranku, ‘mesti boleh sebab tu Allah hantar dia padamu!’ Apa yang mampu aku lakukan? ‘Cuba berdamping dengannya, paling penting mendoakannya!’ Aku ingin jadikan dia seorang pejuang Islam, yang cintakan Islam melebihi segalanya. Yang mencintai Allah pencipta setiap hambaNya. Aku tidak mahu melihat dia terjerumus dalam cinta manusia yang menyesatkan. Yang boleh menjatuhkan nilai keistimewaan seorang wanita. Dia terlalu dhaif sebagaimana dhaifnya aku dahulu. Dia terlalu naif sebagaimana naifnya aku dahulu. Tapi, hati wanita. Aku yakin pasti mudah tersentuh dengan ayat2 indah daripada Sang Pencipta Alam melebihi ukiran ayat indah ciptaan manusia yang diciptakan. Hati wanita memang rapuh, namun terkadang juga boleh jadi sekeras batu. Tapi, yakinlah batu juga boleh terhakis dek titisan air dan hembusan bayu yang lembut lagi dingin. Kerana itu, coretan yang amat panjang ini adalah satu kekuatan buat diriku untuk tidak putus asa dalam mentarbiyah mad’u dan adik2ku. insyaAllah.

TARBIYAH TIDAK PUTUS

Begitulah tarbiyah yang dicurahkan kepadaku. Namun, selamanya diri ini tetap masih tidak akan berhenti daripada melalui proses tarbiyah. Tika ini, aku ditarbiyah untuk mentarbiyah dan juga mentarbiyah untuk ditarbiyah. Dan aku sangat berharap hati2 yang ada padaku ini mampu kupegang dan bawa untuk mengenal keindahan Islam sebagaimana hatiku dahulu dipegang oleh sang murabbi untuk merasa keindahan Islam juga. Semoga para nuqaba tidak putus asa untuk menjaga hati2 ini. Sedarlah, Allah memilih kita untuk menjadi seorang pendidik, kitalah sang murabbi harapan agama. Pada kita tidak dikurniakan satu hati saja untuk dijaga, malah Allah kurniakan beberapa lagi hati untuk dijaga dan dibelai sebaik mungkin. Memang berat tugasan ini, terasa seakan tidak mampu apabila memikirkan kelemahan diri.

KITA CUBA!

Satu permasalahan : Kekangan masa dan sebagainya menjadi punca ikatan yang terbina kadang hampir terputus. Terkadang seakan sang murabbi berputus asa dengan situasi begini. JANGAN! Jika begini jadinya, cubalah disambung semula ikatan. Jangan berputus asa di pertengahan jalan! Itulah nasihatku pada diri. Mana tidak, setiap adik2 dan sahabat2 yang ada padaku hatinya sentiasa tidak punya kelapangan waktu. Begitu juga diriku, namun, kunasihati diri, la tahzan. Pasti ada juga waktu berkualiti bagi kami untuk berkumpul bersama kelak. Kerana tidak ternilai harganya sebuah jalan tarbiyah. Jalan tarbiyah ini jangan sengaja kita putuskan tanpa sebarang usaha dilakukan.

Sampai di sini. Wallahu’alam.Wassalam.

Bersabarlah sang murabbi, menuju satu matlamat tuk membina sebuah hati mengenal Sang Pencipta. Adakah cepat benar kita berputus asa tatkala ujian menimpa. Kesabaranlah kunci segala2nya. Hati yang baru ingin mengenal Dia memang sukar untuk kita fahami. Dan, sukar jua untuk kita selami. Dengan itu, tiada lain, bersabarlah.

4 ulasan:

amirah berkata...

Salam,Yan berusaha ya!!!Memang betul pun,Allah berikan lintasan hidayah utk sesiapa yg dikehendakinya.Bersedia atau tak bukan persoalan utama,yg penting cuba kerana mungkin peluang tak kan datang lagi.

amirah berkata...

Salam,berusaha Yan!!!Memang betul Allah berikan hidayah kpd sesiapa yg dikehendakinya.Bersedia atau tak bukan persoalan utama,yg penting kita kena berusaha dan mencuba.Kita kan tak sempurna.Allah dah berikan peluang,sekarang keputusan kat tangan kita,mana tahu tak kan ada peluang yg kedua kalinya..Nanti bg tarbiyah dekatku jugak yea sebab hamba Allah ini masih terkapai-kapai lg mencari "jalan pulang"..

emailku: miree_89@yahoo.com

Nur Ilyani Mohamed Nawawi berkata...

from kak yani..yan..akak terharu sambil bergenang air mata..Subhanallah..betapa Allah kurniakan akak seorg adik usrah yg hebat.. akak tidak sehebat apa yang yan tulis..akak hanya hamba Allah yang biasa2 saja.. yan yg mulia di sisi Allah..akak hanya wasilah dik...akak rindu yan sgt2..yan mehla kuantan..nanti akak bawa yan ke bilik mayat lepas usrah kat kuantan nanti..hehe..
yan doakan kita boleh masuk syurga sama2 k..insya Allah.. =)

http://wwwhalawah.blogspot.com

munadhia berkata...

salam. k.yani...
Ya Allah, tinggi sungguh pujian tu. Yan rasa x layak sangat2. sebab, Kak Yani tak tahu yan kat sini sntiasa main tarik tali dengan iman. kejap kat depn, kejap kat blakang. bila time projek smua bnda jadi x berapa nk btol. sbb tu sdikit tertekan. tapi, insyaAllah, yan ingat smangat kak yani masa jadi naqibah dulu. yan kalu blh nk jadi mcm kak yani. Tapi, rupanya yan x mampu. yan pgang adik2 kaed. tapi, d awl prmulaan biasalah, masing2 msih x tahu apa erti pengorbanan. yan x nak slhkan diorg bila xle attend usrah sbb projek. yan kna faham jgk. nature kaed. tapi, sdikit sbyk timbulkan kesdihan la jgk.

yan terfikir, knapa diorg xbleh bagi komitmen padahal yan dah cba cari waktu yg terbaik iaitu d saat x brapa sbuk ngan projek. tapi, susah rupanya nk membentuk sekeping hati yang mahu. tapi, tetap kena kuat sebb yan masih d awl prmulaan. belum smpai ke garisan penamat selagi itu pecutan tidk boleh dikurangkan insyaAllah, kemenangan pasti milik kita. =)

trima kasih kak atas segala2nya. kak yani byk tolong yan. dan, tringin gak nk g kuantan, tgk mayat hari2 msti menginsafkan kan. ;P insyaAllah doakan smoga ada kesempatn. syukran. wassalam.