Rabu, Oktober 21, 2009

Wanita, Ibadat dan Masjid


Salam’alaik.

Hari ini bicaraku berkaitan satu persoalan yang bermain di fikiranku. Benarkah kaum wanita itu tidak digalakkan untuk solat di masjid?

Aku masih mencari jawapan yang kukuh untuk persoalan ini. Dan akhirnya Allah temukan satu jawapan yang meyakinkanku bahawa sangkaanku benar. Wanita boleh solat di masjid.

WANITA DAN IBADAH

Wanita dan ibadah. Ada macam2 jenis wanita di atas muka bumi ini. Ada segolongan wanita yang sangat suka beribadah kepada Allah. Ada juga wanita yang tidak begitu. Golongan wanita yang sangat suka beribadah kepada Allah kerana dirasakan dia benar2 bertanggungjawab untuk menjaga hubungannya dengan Allah. Sudah kita maklum, solat adalah tiang agama. Imam Al-Ghazali ada menyebut di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin, ‘barangsiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agamanya.’ Semoga kitalah wanita yang cintakan ibadah itu.

Ibadat adalah jambatan menghubungkan antara kita sebagai hamba dengan Allah al-Khaliq. Tanpa disedari sebenarnya solat atau ibadat lain merupakan sumber kekuatan, keteguhan, kasih sayang dan penyucian jiwa bagi kita. Jadi, sangatlah tidak patut andai kita tidak memenuhi tuntutan yang satu ini. Andai begitu, seolah2 kita telah mendera jiwa sendiri. Jiwa rindukan Tuhan yang menciptakannya, jadi, janganlah kita jauhkan.

WANITA DAN MASJID

Wanita dan masjid. Adakah salah andai seseorang wanita suka bertemu Penciptanya di rumahNya? Sudah lama aku mencari jawapan untuk menjawab persoalan seorang sahabat ini. Sebenarnya tidak salah wanita mengerjakan solat jemaah di masjid. Sesetengah yang lain pula berpendapat tidak sepatutnya wanita solat di masjid. Sedikit perkongsian daripada apa yang telah kubaca, Islam membenarkan wanita untuk solat di masjid tetapi dengan bersyarat. Wanita muslimah seharusnya berpakaian menutup aurat dan terhindar daripada fitnah. Jika kita lihat, wanita pertama yang keluar dan solat di masjid bersama Rasulullah SAW adalah isteri baginda, ‘Aisyah RA berkata :

‘Muslimah selalu menyertai solat subuh bersama Rasulullah SAW dengan menutupi tubuh mereka dengan pakaian luar mereka. Kemudian mereka pulang ke rumah setelah selesai solat sehingga tiada siapa pun yang mengenali mereka kerana keadaan cuaca yang masih gelap’ HR Bukhari dan Muslim.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

‘Janganlah kamu menghalang wanita-wanitamu dari keluar ke masjid, meskipun rumah itu lebih baik bagi mereka.’ HR Abu Daud.

Solat wanita adalah lebih baik di rumah. Tetapi, andai seorang wanita itu ingin turut serta berjemaah di masjid, tiada salahnya dan tidak seharusnya disekat keinginan tersebut. Bagiku, dalam keadaan dan situasi berada di UIA, hanya ini sahajalah wanita punya peluang untuk sentiasa mendirikan solat berjemaah di masjid. Ini sahaja peluang dan kelapangan yang kita ada. Wanita muslimah pada zaman Rasulullah juga menuntut ilmu di masjid memandangkan masjid pada ketika itu menjadi pusat tarbiyah dan penyampaian ilmu. Jadi, wanita pada ketika itu juga tidak mahu ketinggalan daam menuntut ilmu di masjid.

PRIORITI

Persoalan kedua : Bagaimana pula keadaannya andai seseorang itu sentiasa solat di masjid sedangkan sahabatnya di bilik tidak pula mendirikan solat? Di mana peranan kita sebagai seorang dai’e? Persoalan ini sering bermain di fikiranku. Andai sudah menjadi kebiasaan seseorang itu untuk solat di masjid, tetapi dalam pada masa yang sama dia menyedari bahawa temannya tidak memenuhi tuntutan agama, tidak mendirikan tiang agama sebaiknya. Bagaimana? Penyelesaian yang aku mampu cari setakat ini adalah berada di samping teman tersebut adalah lebih baik. Keutamaan kita dalam situasi ini adalah untuk berada di samping teman kita tersebut. Semoga dengan dia melihat kita solat, membaca al-Quran akan terbuka hatinya untuk menunaikan kewajipan tersebut. Dan, kita perlu cuba untuk menasihati dan sentiasa berdoa untuknya.

Memang berat untuk menasihati seseorang, memang tersangat sukar untuk mempengaruhi fikiran seseorang yang ‘sesuatu’ itu telah menjadi tabiat dan kebiasaannya. Tapi, kita perlu juga mencuba kerana kita tahu sebesar mana tanggungjawab yang kita pikul. Kadang2 Allah sengaja menghantar kita di sisinya untuk menguji kemampuan kita sebagai seorang dai’e. Itulah cabarannya. Bukan sekadar amar ma’ruf, tetapi juga nahi munkar. Tetapi aku tahu, terasa tersangat sukar untuk kita melakukannya. Tapi, segera aku teringat kata2 Ustazah sewaktu di sekolah dahulu, ‘kita tahu tentang sesuatu itu salah, takkan kita nak biarkan saja. Takut2 kelak bila kita berada di hari perhitungan sepatutnya kita dah boleh masuk syurga, tiba2 ada pula yang menarik kita masuk neraka. Nanti orang yang tarik kita tu kata sebab dia tak nasihatlah kita masuk neraka.’ Aku gerun apabila teringat kata2 tersebut. Ya Allah, besarnya tanggungjawab ini! Inilah pentingnya kita di sisi mereka. Prioriti kita dalam situasi seperti ini adalah di sisi mereka berbanding sentiasa berada di masjid. Itu pendapatku.

Rasanya sampai di sini dahulu. Aku tidak faqih berkaitan hukum hakam agama, sekadar yang aku tahu itulah yang aku sampaikan. Andai ada sebarang kesilapan pada penulisanku dan telahanku, segeralah tegur dan perbetulkan agar yang salah tidak selamanya salah.

-Semoga kita menjadi hamba Allah yang cintakan ibadah dan sentiasa cintakan kebaikan-

Wallhu’alam.Wassalam.

Rujukan : Keperibadian Seorang Muslimah dari al-Quran dan as-Sunnah

Baca juga : Abul-Jauza

7 ulasan:

sigembala berkata...

maafla hari raya hari tu saya raya kat cheras. spupu saya masuk wad. saya tak sempat nak pergi rumah arwah.

a.j. berkata...

muslimah penyelamat ummat... saya sedar hakikat dan urgensi statement saya

munadhia berkata...

bagaimana caranya muslimah boleh menjadi penyelamat ummat dengan segenap kelemahan yang dia miliki?

a.j. berkata...

that very idea revolves on muslimin failed to observe their duty ...

in keeping the right order in their worldly and family affairs...

i seek refuge from destruction of my very own hand and to protect my descendant from the fitnah of this very age and time....

im afraid i dun have a direct answer for that ...

what i can tell you is ... ramai lelaki yang terbelenggu dgn fitnah nafsu sendiri termasuk saya sendiri ... hati dimalap dgn serangan dunia ...

tapi alangkah payahnya, demand untuk jalan keluar dari semua belenggu ini terlalu tinggi ... shggkn ade yang risau samada kite semua akan mati dalam belenggu ini



may Allah guide us out of this ...

Tanpa Nama berkata...

tertarik ngn kenyataan nti: "Memang berat untuk menasihati seseorang, memang tersangat sukar untuk mempengaruhi fikiran seseorang yang ‘sesuatu’ itu telah menjadi tabiat dan kebiasaannya. Tapi, kita perlu juga mencuba kerana kita tahu sebesar mana tanggungjawab yang kita pikul. Kadang2 Allah sengaja menghantar kita di sisinya untuk menguji kemampuan kita sebagai seorang dai’e. Itulah cabarannya. Bukan sekadar amar ma’ruf, tetapi juga nahi munkar"

Skrg ana brhdpn ngn 11 org mad'u(1floor + 1course) yg plbgai karenahnya:
1-tramat sgt liat utk solat melainkn disuruh n mgimamkn mrk.Tiang agame druntuhkn oleh diri sndiri dgn mdh.Pdhl Esok itulah Soaln Utama akn ditanya.Rasa dri amt brdosa jka dbiarkn mrk trus dbelenggu begi2.
2-hanyut dlm arus pemujaan cintan-cintun sesame mnusia. Ya bab ni amat susah. Disekat memberontak. Dibiar rosak binasa..Fitrah mnjadi Sebab Yang Mghalalkan Cara..Hakikatnya inilah a/bila Fitrah mnjadi Fitnah.
3-Barah hedonisme sebati ngn jiwa."Young life 4 Enjoy" n "Pay First Pain Later" mnjadi visi hidup. Artis2 n pemuka barat mnjadi idola n snjungn hgga rasul junjungn dilepar ketepi
4-jahil ttg basic agama evn prsoaln brkaitn dgn rutin harian. Begitu mdh kita dijerat musuh2 kita baik yg zahir @ ghaib lntaran kejahilan ummat awam n pengabaian para daie


#Menyedari hkikat bhw tgs kita hanyalah penyeru n penunjuk ajar n bkn pengubah.Pun bgi2 tgs menyeru memakn mase yg pnjang n brperigkat2. Ana amat brsetuju dgn pndpt sdare Zaki time AGM smlm bhwa Nahi Munkar Jauh lbh sukar dr Amar Maruf. Prsoaln mlm trsebut ana hnya mnzahirkn kebimbangan trhdp teman2 yg smakin hanyut yg prlu dibri prhatian oleh mrk yg faham.

sedarilh “Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan” tidak ada dateline. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai…”it’s a journey not a destiny”...itulah yg ana sdg fahami

*rijal88*

munadhia berkata...

salam.
ayub- syukran. agk tinggi bahasnya. insyaAllah, smoga sy sgt memahaminya. dunia sekarang memang penuh fitnah. x dpt dinafikan.
neway, smoga kt smua dilindungi Allah. amiin.

rijal88- lagi sorg bhasanya sgt tinggi. boleh dikatakn ana stuju dgn pndpt nta dlm byk pkara jgk. insyaAllah.ana ni trsangat cetek ilmu, stakat yg ana mpu kongsi, ana kongsi.

begini, ana malu nk glarkan diri sbg dai'e. sebab apa? sbb, teramat masih byk kekurangan, dn teramat masih byk tjwb yang masih belum trlaksana. kdg2, diri terguna alasan 'sbuk' menyebabkn ana trlupa untuk follow up dan brtanya khabar mad'u. kdg2 terfikir. 'adakh aku ni bnar2 dai'e?' kdg2 rasa sgt down bila kt x mpu melaksanakn tjwb dgn sebaiknya, malah pnah merasakan diri x bguna. tapi, ana cuba utk bangkit. ini bukan fikiran dan attitude sorg dai'e. dai'e itu msti kuat dalam segenap segi. itulah yg sepatutnya.

yep. byk cubaan. mad'u trdiri daripada plbagai sifat manusia. kdg2 rasa mahu menyerah saja. tapi, adakh kita sekdar ingin putus asa tnpa berusaha?

mngikut abbas as-sisi dalam karangannya 'bagaimana menyentuh hati.' :

terdapat 3 jenis golongan manusia,

1) manusia berakhlak islamiah. mreka ini yg rajin beribadah. dan golongan inilah yg harus dinomborsatukan.

2) manusia dgn akhlak asasiyah. org ini x taat agama. tapi, x terangan mlakukan maksiat krn masih ad prasaan malu pada mnusia lain.

3) manusia berkhlak jahiliah. bukan golongan ptama mahupun k2. x mpedulikan org lain dn sering menyakitkan hati org. berada pada urutan terakhir.

apabila abbas as-sisi meletakkan turutan golongan yg pelu diutamakan, ana terfikir adakah yg jahil akan selamanya dibiarkan jahil(oleh kerana ia mnjadi turutan terakhir yg diutamakan). memang golongan inilah yg paling sukar ditarik kepada islam. tapi, adkh ingin dibiarkan saja? ana x pasti jwpn utk prsoalan ini.

lagi prkongsian dan mgkin lbih kpd peringatan...ana suka dgn tulisan abbas as-sisi bhw kt xkan memaksa mereka menerima ajakan kita, tapi, andai diterima itulah rahmat daripada Allah. Walaupun kita memberikan segenap hati kita utk mengajak mad'u kita ke arah kebaiakn, tapi, hanya Allah yang berhak ke atas hati tersebut. Ana rasa smua pun tahu akan hakikat ini. insyaAllah.

ana x pasti samaada ana mnjawab sesuatu yg menjadi persoalan nta atau ana sdg mengutarakan sebuah hujah yg baru. tapi, ini hanyalh sekadr sedikit prkongsian drpd apa yg ana baca dn faham. ana x mampu meletakkan diri pada situasi nta sebagai seorg dai'e trhadap mad'u (lelaki). memang tersangatlah x mampu, sbb ana yakin sifat perempuan dan lelaki itu sgt berbeza. ana juga punya sorg mad'u yg sgt ta'sub dgn cinta manusiawi. ana sndiri msih mncari jln penyelesaiannya. insyaAllah.

akhirnya, kt mgkin x mpu membentuk dan mncorak kehidupan manusia secara total. ianya harus secara berperingkat2. hati manusia ini apabila sudah keras, sgt susah utk dibentuk kembali. tapi, yakinlah, hati yang keras itu kelak akan menjadi lembut juga apabila dibalas dengan kelembutan. biiznillah.insyaAllah.

semoga kita semua berada dalam lindunganNya. dan smoga kt terus kuat menjadi seorg penyeru agama Allah.insyaAllah.amiin.

Maafkan dan perbetulkan sebarang kesilapan pada kenyataan ni. wallahu'alam.wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Salamullahialaik,

Khalil bin Ahmad, sorg ulama tlh mggolongkan manusia kpd 4 golongan(faham molek2):

1- Orang yang Mengetahui yang dia tahu bahawa dia tahu(e.g, Ulama..).
2- Orang yang Mengetahui tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu(mrk yg trlalai).
3- Orang yang Tidak Mengetahui tetapi dia tahu bahawa dia tidak tahu(mrk yg jahil).
4- Orang yang Tidak Mengetahui tetapi dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu(???!!).

Agaknya kita pada golongan yg mana?


FIQHUL WAQI’

Alhamdulillah msih brkesempatan brusrah dgn Ust Tarmizi dlm kekangan mse ini. Sdikit mnyntuh prsoalan Fiqhul Waqi’ iaitu suatu kefahamn, pemikiran dan kmahiran utk melihat n mganalisis sesuatu situasi.

Tidak rmai yg yg benar2 mmpunyai kebolehan trsebut, pd ana kbnyakn kite lebih slesa utk mnuggu arahan @ disuap sgala2nya drd Gerakan. Amat malang jka situasi ini tidak diubah mk trhasillah kader2 dkwah yg lesu,lemah n dgkal dlm segenap aspek. Hnya mgharapkn gerkan yg mngatur sgala2nya. Mnjadi Jundi xbrmakna ‘mind setting’ hanya trpahat prkataan “YES BOSS”, sbaliknya trpikul sama akn soal tggungjwab(memahami situasi,mrgka strategi,perlaksanaan).Otak akan tumpul jka kte brhnti brfikir. Prsoalan dri blum smpurna,ilmu msih krg, ibadah msih huru-hara trus mnjadi alasan. Ya, kita xkn sesekali smpurna tetapi pahat dihati bhwa kita mnuju ksempurnaan. Hentikan mncari plbagai alasan sbaliknya brusaha mncari jln penyelesaian. Be Proactive not Plastic. Allah sygkn orang2 Mukmin yg kuat.

Kesan drpd itu, ahli gerakn malas utk brfikir akn masalah ummah baik di medium kmpus,nasional n global. Takut n malas utk brdiskusi isu2 kritikal. Hanya kritikan yg kosong tnpa fakta n input2 ilmiah. Jika ilmu krg, mka sntiasalh Top up. Jika ibadah xsmpurna, mka tgkatknlah…..usah mnggu Gerakan mnyediakn kita segalanya, tp brmulalh pd dri sndiri.


BERSYUKURLAH

La Tahzan, Dr ‘Aidh Al-Qarni:

“...anda sring memikirkn sesua2 yg tlh hilang, shgga nda lupa mensyukuri apa yg ada dhdapan nda….”

Maka dsaat nti diuji dgn ujian ke’Busy’ian, msih byk lg nikmat lain yg Allah krniakn, I’Allah mnjadikn nti lbh mghrgai n bjak mngurus masa. Dan ana sring duji dgn kondisi ksihatan yg xstabil, bhkn inilh fktor yg mghntui n mmbataskn ana diJalan ini. Dibmbangi tiada apa lg utk dsmbang dimse hadapn, trkadang cuba utk snyum plg kurang dpt mghiburkn shbt2 disekeliling..krn cba utk memahami prkataan ”Erti Hidup Pada Memberi”. Wallahu a’alam..wasaalam..

RiJaL88