KEMALANGAN
‘Assalamu’alaikum.’
‘Wa’alaikumussalam.’ Aku mendengar suara ayahku di hujung talian. Tika itu aku masih di CFS IIUM.
‘Ayoh ado 2 brita. 1 burok, 1 baik. Nok dengar hok mano dulu?’
Sebaik mendengar begitu, jantungku berdegup kencang. Kenapa? Apa berita tu?
‘Brita gape yoh? Muna nok dengar hok burok dululah.’
‘Kalu gitu, berita buroknya… Pade accident!’ Allahu Akbar. Terkejut aku mendengar perkhabaran tersebut. Terasa ingin balik dengan segera. Adikku kemalangan! Macam mana boleh kemalangan?
‘Ya Allah, ghane die? Eksiden dengan gape?’ Aku sudah tidak sabar lagi. Rasa nak menangis pun ada.
‘Sabarlah, dengar pulok berita baiknya. Alhamdulillah, dio selamat, tapi, keno tehe (tahan) di wad lah. Jahit jah banyok. Daroh lecer2 (macam mana nak eja ni? Maksudnya lebih kurang darah tak henti2 kot). Dio sdiri dop tahu eksiden nga gapo. Dio pese (pengsan) maso eksiden tu. Nasib baik saeng2 dio napok. Eksiden pakai kain pelekat pulok tu. Haha.~ Saeng dio ata gi spital’ Boleh pulak ayah ku gelak. Tapi, bila dibayangkan memang agak kelakar kemalangan pakai kain pelikat. Macam mana agaknya rupa Fadhil.
‘Die merempit ke?’
‘Dop, dio nok gi kedai, beli topup.’ Aku lega, sekurang2nya adikku itu bukan kemalangan sebab merempit. Tapi, aku tetap rasa ingin pulang segera. Telefon diberikan pula pada emak. Aku dengar suara emak. ‘Jangan risau!’katanya. Dan aku minta ingin bercakap dengan Fadhil pula.
‘Mu eksiden nga gape? Ghane buleh jadi lagu tu? Mesti bawok laju ni?’ Bertalu2 soalanku tidak sabar ingin tahu. Fadhil tenang saja menjawab seolah2 dia memberitahuku, ‘relaks la sis, aku kan hero!’ Memang adikku yang sorang ni hero segala2nya. Ingat lagi, masa kecik2 dulu. Dia menerima satu jahitan di dahi akibat jatuh longkang. Kemudian terima lagi jahitan di matanya kerana terjun ke dalam cermin almari (aku tertolak dia tak silap.huhu~), dan dua jahitan di lutut akibat panjat pasu besar (berebut denganku untuk mengangkat telefon). Hero jahitan. Dan sekarang terima lagi jahitan di mukanya akibat kemalangan. Memang muka jahitan! Huhu~ (rasanya akulah heroin, kebanyakan jahitan diterimanya kerana bermain denganku. kesian dia.)
Aku tidak tahu bagaimana rupanya kemalangan, lalu aku suruh ayahku hantarkan gambarnya. Aku sentiasa begini, saat keluarga pergi melancong, bergembira, saat keluarga ditimpa malang, sedih, saat keluarga dalam apa jua keadaan, aku jarang ada bersama. Fikirku, nasib baiklah aku tidak belajar di luar Negara, ini baru luar negeri, sudah susah untuk pulang apatah lagi kalau belajar di luar Negara.
Apa2pun aku mengharapkan ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa adikku. Dan benarlah, daripada setiap kejadian yang menimpa adikku, Allah telah membuka ruang dan peluang buat dirinya untuk berubah.
RUANG DAN PELUANG
Aku benar2 terkejut apabila Fadhil terima tawaran ke Politeknik Dungun dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Pelik juga memikirkan, Fadhil mengambil kelas sastera semasa ‘upper form’ tapi, yang diterimanya adalah cabang yang berbeza. Inilah aturan Allah buat dirinya. Aku melihat ini sebagai satu peluang buat dirinya. Subhanallah.
Aku menceritakan ini semua bukanlah kerana apa, cuma, aku mahu tulisan kali ini menjadi tatapan adikku sendiri, semangat buat dia untuk terus berubah. Aku dedikasikan ini semua buat Muhammad Fadhil bin Jamil untuk melihat dan merenung sendiri perjalanan hidupnya yang penuh liku. Aku tidak mahu dia mensia2kan peluang yang ada. Aku teringin benar melihat dia berubah. Malah, aku berharap agar dialah salah seorang dalam keluargaku yang akan berjuang menegakkan Islam bersama2ku.
Bagi semua yang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan di luar sana termasuklah diri yang menulis ini, janganlah sesekali merasakan tiada lagi pintu kebenaran buat diri kita. Hayat yang masih bersisa inilah peluang yang kita ada. Selagi masih punya masa, selagi itulah kita masih boleh membina tapak yang baru untuk masa hadapan kita. Perjuangan kita masih belum tamat. Kalau dahulu pernah kita perjuangkan suatu kebatilan, masih ada masa untuk kita beralih perjuangkan kebenaran. insyaAllah.
Rasanya sampai di sini dahulu. Sedikit nasihat dan pesanan juga buat diriku dan pembaca, janganlah sesekali kita memandang rendah akan kelemahan orang lain, hakikat diri kita juga bukanlah sempurna, cuma mungkin kita lebih sikit bernasib baik berbanding mereka yang lain. Janganlah juga melihat kegagalan orang lain itu sebagai satu kegagalan yang hakiki, hakikatnya, Allah jualah yang menentukan segala. Kita yang punya sedikit kekuatan ini cubalah juga untuk menguatkan mereka yang lemah ya.
Buat Fadhil : Maaf aku keluarkan kisah perjalanan hidup mung. Kalau ada salah dan silap bagitahu aku deh! nanti aku betulkan. Terima kasih jugak sebab benarkan aku tulis semua ni. All the best bro!
‘Biarlah mati kita dalam melangkah ke jalan yang lurus bukan kerana merempit atas jalan yang lurus.’
Sekali lagi entri yang panjang. Maaf yep! Sampai di sini. Wallhu’alam.
p/s : maaf andai penggunaan loghat di atas tidak difahami. Pelik pula andai diterjemahkan ke dalam BM baku. Loghat yang digunakan oleh aku adalah loghat Terengganu yang kurang pekat (percampuran loghat Kelantan), dan ayahku loghat Kelantan sepenuhnya.