Selasa, Januari 27, 2009

Mengapa tutup aurat 1

Aku meninjau2 laman sahabat2ku. Lalu kutemu satu isu yang jarang sekali aku kemukakan. Berkenaan tudung. Baru2 ini kebetulan aku telah diberi buku percuma yang bertajuk ‘Mengapa Aurat Haram Didedah: Satu Realiti Masa Kini’ oleh seorang tabligh ketika berjalan2 bersama ibuku…Mungkin boleh aku ulas sedikit isinya. Sebelum itu, terima kasih buat sahabat se’studio’ ku yang telah menyedarkanku tentang isu penting ini.

Mengapa tutup aurat?

Pengertian Aurat pada bahasa
Pendapat 1 : Berasal daripada kalimah arab ‘ariya bererti sesuatu yang perlu ditutup.
Pendapat 2 : Berasal daripada perkataan aura/awara bererti telanjang yakni ‘aib atau memalukan dan tidak elok dibiarkan kerana keadaanya buruk dan kurang sopan.
Pendapat 3 : Aurat menunjukkan sesuatu yang hodoh sekiranya didedahkan.

Pengertian Aurat pada syara’
Setiap anggota yang diharamkan oleh Allah untuk didedah atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya.

Firman Allah yang bermaksud :
‘Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah turunkan ke atas kamu pakaian untuk menutupi aurat (sau’ah)kamu yang hodoh sebagai lapisan pakaian yang melambangkan ketakwaan yang demikian itu adalah lebih baik, demikianlah tanda2 kebesaran Allah mudah2an kamu mengambil peringatan.’
(Al-A’raf : 26)

Daripada ayat di atas, aurat diistilahkan sebagai sau’ah bermakna buruk atau keji, menunjukkan wajib ditutup dan malu andai dibuka di khalayak ramai. Melalui maksud aurat itu sendiri, bolehlah kita ketahui mengapa aurat wajib ditutup dan haram didedah, satunya kerana aurat ini boleh membawa fitnah kepada seseorang individu.

Aurat lebih ditekankan kepada kaum wanita. Mengapa? Kerana wanita lebih banyak mendatangkan fitnah. Itu satunya. Wahai sahabat2ku, lupakah kita untuk berpegang pada satu ayat, firman Allah khas untuk kaum wanita?

Firman Allah yang bermaksud :
‘Katakanlah (olehmu hai Muhammad) kepada wanita2 beriman supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jangan memperlihatkan perhiasan mereka,kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada, dan janganlah memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi yang tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak2 yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya, bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman mudah2an kamu mendapat kemenangan.’
(An-Nur : 31)

Tidak aku spesifikasikan di sini tentang tudung sahaja kerana, bertudung itu juga termasuk dalam hukum menutup aurat. Mungkin masih ramai yang memerlukan bimbingan dan kefahaman tentang mengapa tutup aurat.Bukanlah salah mereka bila tidak menutup aurat, mungkin kerana kurang kefahaman atau tidak tahu cuma. Aku juga bukanlah seorang yang fasih tentang semua ini, tapi, aku akan berusaha sedaya mungkin untuk menyampaikan apa yang aku tahu. Aku ingin sekali melihat sahabat2ku yang awalnya tidak bertudung tapi, akhirnya bertudung kerana kefahaman yang diperolehnya.insyaAllah.amiin…Setakat ini sahajalah dahulu daripadaku. Maaflah andai tidak sampai apa yang ingin dan cuba aku sampaikan. Tulisan ini sekadar ingin mengingatkan juga diriku dan menambahkan juga pemahaman dalam diriku tentang aurat…insayAllah… Wallahu’alam.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm, dik..
mcm kenal je muka2 dlm gmbr ni..
wpun nmpk mata je, ttp blh cam sorg2, hehe..
rindu kenangan blaja kt pndok..(^^,)

Tanpa Nama berkata...

hehe..ye2.. knal mata ye..k.jie, yan cbe leave cmmnt kt blog k.jie, tp,x blh...da byk kali try bukak..mgkn tenet x brape ok kot..huhu..ntikan komen yan ye..=)

Ceksue berkata...

salam, hmm satu perdekatan yang baik, harapnya nanti boleh perhalusi lagi dan kemukakan peringkat aurat yang patut dilitupi kerana klu kita lihat kebanyakkan perempuan yang memakai hijab tidak mengerti mengapa harus dipakai dan bagaimana harus dipakai?adakah hanya mengenakan tudung itu sudah selesai atau perlu mengikut beberapa lagi step yang perlu diikuti.klu kita lihat aktiviti tersebut lebih kepada mengikut adab, jadi teruskan berbicara mengenainya dari hijab sehinggalah hujung kaki, insyaAllah, perempuan lebih mengenali perempuan itu sendiri....

Tanpa Nama berkata...

trima kasih ceksue.. sy masih lagi dalam research...byk bnda jgk yg saya baru tahu bile baca buku tu..insyaAllah, i'll do my best! arigato!

chentatiku berkata...

izyan,nice post.mcm ceksue cakap, cuba hurai a lil bit more.ramai xnmpak.ramai yang tahu tutup aurat hanyalah ekadar pakai tudung, tapi diorg tak faham what kind of cloth they should wear.adakah pakain ketat, jarang tu menutup aurat??keep it up sis!

Tanpa Nama berkata...

slm. thanx k.wani..yan sdg dlm proses pmbacaan lagi skang..dan agk bz.. nt, ada mse yan sumarize kn pe yg yan bce eh..arigato! =)