Rabu, Ogos 20, 2008

Tanggal 21Ogos...


Masjid Al-Aqsa


Kanak2 mati di Gaza

Hari ini merupakan 21Ogos.. Andai aku tidak dimaklumkan, pasti aku terlupa terus akan hari ini yang penuh sejarah.. Pada tarikh inilah Masjidil Aqsa dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland,Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila…Mungkin ramai yang tidak menyedari malah ada yang tidak mengendahkan langsung akan hal ini.. Ada yang kata aku amat bersemangat dengan berpakaian serba hitam.. jadi, adakah kita ingin berdiam diri sahaja di bumi Malaysia yang dikatakan aman ini???Aku tidak mampu menyumbangkan apa2, tapi aku amat berharap aku dapat menyumbang apa2.. Andai saja aku dapat terbang ke bumi Palestin, rasanya ingin saja menyelami nasib diri mereka di sana..Ingin berjuang b

ersama2 mereka.. Tapi aku tahu, sukar bagiku untuk menjadi setabah anak2 Palestin..Mungkin aku tidak kuat untuk menahan peluru dengan badan sendiri.. Mungkin juga aku tak sanggup untuk melihat darah memancut dari tubuhku..Entah lah.. aku amat lemah.. Oleh itu, hanya satu yang dapat aku lakukan saat ini, aku ingin membawa sahabat2 semua untuk menghayati kisah ADIK dan ISRAEL.. Kisahnya amat menyayat hati. Tapi, di sini aku hanya sertakan ringkasan ceritanya.. Kalau boleh, kita turut berjihad bersama mereka dengan menyelami semangat jihad mereka.. Cuba letakkan diri kita pada diri mereka…Wallahu`alam.

ADIK DAN ISRAEL

Adik ada seorang walid.

Walid adik syahid seusai solat sunat Aidil Fitri.

Adik nampak walid ditembak.

Adik sedih sangat.

Adik baru berumur 3tahun.

Adik selalu dengar orang bercakap tentang Israel.

Adik tahu Israel jahat.

Israel mahukan negeri adik.

Israel jugak yang bunuh walid adik.

Adik benci Israel.

Hari ini adik bangun awal pagi.

Adik sedih, adik nak menangis.

Walid tiada lagi untuk kejutkan adik. setiap pagi.

Tapi adik seorang lelaki.

Adik kena kuat.

Ummi kata walid pergi ke tempat yang sangat cantik.

'Ummi, adik mahu ikut walid'

Satu hari, adik nampak abang bersiap2.

Abang cium tangan ummi.

Abang bawa bola di tangannya.

Abang kata itu bukan bola tapi bom.Adik terpinga2.

Abang datang dekat adik.

Abang dukung dan usap kepala adik.

'Adik jaga ummi ya..'

Adik tanya,'Abang mau ke mana??'

Abang tersenyum. 'Abang mahu berjuang.'

Selepas abang pergi,ummi banyak bercerita tentang Israel pada adik.

Adik bencikan Israel sebab Israel bencikan Islam.

Israel hina Islam.

Israel jahat.

Adik bencikan musuh Allah, adik bencikan musuh Islam.

Adik mahu ikut abang.

Adik mahu berjuang.

Adik berlari keluar rumah.

Adik nampak kanak2 sedang membaling batu pada seorang tentera.

Adik tahu itu tentera Israel.

Tentera itulah yang bunuh walid.

Adik ambik beberapa biji batu.

Adik baling padanya.

Begitu juga kanak2 yang lain.

Kadang2 tentera itu menyerang balas.

Tentera yang jahat.

Kawan2 adik ramai tumbang angkara pelurunya.

Adik terus berlari pulang. menyelamatkan diri.

Pulang kerumah, adik dapat tahu bahawa abang sudah tiada.

'Syukur ya Huda, anakmu Yassin, telah syahid.'

'Anakmu salah seorang pengebom berani mati.'

'Kerana anakmu, ramai tentera Israel terkorban.'

Adik dengar Mak Cik Fatima maklumkan pada ummi.

Sorang lagi orang yang adik sayang telah syahid.

Semoga abang ditempatkan dalam golongan yang beriman. Amin.

Esoknya, rumah adik dikepung Israel.

Mereka berniat untuk membalas tindakan abang.

Adik nampak ummi disepak terajang.

Ummi tetap sabar.

Tidak lekang dari bibir ummi perkataan Ahad, ahad.

Adik takut.

Adik takut ummi mati.

Adik tiada sesiapa lagi di dunia ini.

Adik nampak, seorang tentera Israel mengacukan senapang pada ummi.

Ummi tetap tenang.

Tiada garisan gusar pada wajah ummi.

'Ummi, jangan tinggalkan adik!!'

Adik pejam mata.

Adik dengar bunyi tembakan yang kuat…….

KEJAM!! Peluru tetap dilepaskan…

MUHAMMAD!!!!!

Adik dengar suara ummi panggil adik..

Adik dengar ummi menangis.

Adik rasa sentuhan ummi pada tubuh adik.

Ada sesuatu mengalir dari tubuh adik..

Adik raba tubuh adik.

Ada darah. Merah. Pekat.

Adik rasa sangat sakit.

Sakit yang mencucuk2.

Adik nampak air mata ummi mengalir.

Adik cuba untuk tersenyum.

'Ummi, adik mahu jadi mujahid.'

'Ummi, adik rasa mengantuk. adik mahu tidur..'

'Ummi, adik nampak walid, adik nampak abang, adik nampak Jamal kawan adik..'

'Ummiiii……'


Buat para syuhada..Semoga syurga menanti mereka kelak.. Amin…


Zi yadii in maddati dunya yada

kami mempunyai kekuatan jika dunia memberikan kekuatan.

Abadan lan tastakiini abada

selamanya kami takkan menyerah selamanya.

huwa mai`e qalbi wa `azmi lil jihad…….

bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad.

likifaahi wal jihadi lil bilad……

untuk perjuangan dan jihad membela negeri…..

(Islami Ya Quds)


Betapa semangat juang mereka tinggi. Mereka perlukan kekuatan dari kita. Andai mampu untuk menyumbang, sumbanglah.. Kita mempunyai segala kekuatan, kita mempunyai sebuah keamanan..Kita berkongsi satu tali yang sama iaitu Islam.. Tidak rugi merasakan sedikit kesusahan mereka walaupun hanya terlahir di hati..


Buat yang membaca...Andai ada tersalah di mana2, harap ada yang sudi membetulkan…Walahu'alam

1 ulasan:

Adlan berkata...

salam. sungguh menyentuh perasaan skali cerita dia.

seharusnya semua umat islam perlu sedar tanggal 21 ogos ini..

agaknya apa aktiviti di UIA yg hari tu?