Isnin, Ogos 18, 2008

Kiblat yang satu..Jom solat...



Lets solat campaign

Solat-satu perkara yang amat penting tetapi, kadang2 amat dipandang remeh oleh kita…sekadar memenuhi tuntutan wajib, tanpa mengira kehadiran hati seiring dengannya.. Seringkali yang bergerak hanyalah jasad di atas sejadah, tetapi, hati dan fikiran entah di mana letaknya...

Jom Solat…

Memang senang untuk menunaikan solat.. Dalam masa lebih kurang lima minit.. maka, langsailah hutang kita dengan Allah.. Tapi.. Adakah kita telah memenuhi kriteria solat yang sempurna???

Firman Allah SWT yang bermaksud,

Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang2 yang lalai dalam solatnya..

(Al-Ma’un : 4-5)


Persoalan...adakah kita benar2 mengingati Allah dalam solat kita??Adakah hati kita benar2 hadir bersama nya??


Petikan Khusyuk Dalam Solat-TG Nik Abd. Aziz Nik Mat,

Hadir hati dalam solat itu adalah nyawa kepada solat tersebut. Sesungguhnya sesiapa yang tahu rahsia hadir hati dalam solat, maka dengan sendirinya ia perlu tahu bahawa lalai itu ialah lawan bagi solat, kerana lalai itu bercanggah dengan tujuan solat seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui firman Allah yang bermaksud :


Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu.
(Thaahaa:14)


Terkadang aku sendiri gagal untuk meletakkan Allah di hadapan segalanya.. teringat pasal projek dan sebagainya.. Kadang2 bila kesuntukan masa, sentiasa saja solat dalam terkejar2.. Langsung lupa untuk menghayati maksud solat… Sedihnya saat tu.. Kadang2 bila mengantuk..pergerakan ku amat longlai, malah dirasakan mahu rebah menyembah tanah..Dan kadang2, bila saat tenang datang, seratus peratus penumpuan pada solat yang akan didirikan, ada pula suara2 yang mengganggu di sekeliling… Bila kufikir balik.. Jadi, bilakah masanya aku benar2 dapat menghayati solat?? Macam mana dengan solatku pada tahun2 sebelum??? Aku menulis tentang solat kerana tertarik dengan Lets Solat Campaign yang sedang berlangsung di UIA .. Satu langkah dan kempen yang bagus bagi anak2 muda sepertiku yang mudah lupa…Jom bermuhasabah!!!Jom solat..dengan sebenar2 solat.. jom...~ =)

5 ulasan:

Adlan berkata...

wa. masih diteruskan ye kempen Let's solat.

yep.terkadang susah utk kita meletakkan hati dalam solat. urusan2 dunia membuatkan kita leka dan sibuk memikirkan tatkala menghadap Tuhan.

berusaha la utk kita perbaiki diri kita. dan perbanyakkan ibadah juga menjelang bulan Ramadhan nnt. ;)

chentatiku berkata...

i hate tuesday..i've straight class from 2pm till 6pm n sometimes it will be continued till 6.++ pm n i have to pray at the end of waqtu..

kakak pun slalu rase gtu..start dr pj rase marah n bengang ngan diri sndri..tapi..kita ada cara..n stop bangau-ing..asyik nak bg alasan n salahkan itu ini, tapi snanye kite sndri xnk cr solution..

n i found my solution now..curik 8 minutes smthg from my class n g solat sbb bile dah sampai bilik sure dah pengsan coz penat :(

Adlan berkata...

wah.. pandai estimate masa..
cukup eh 8 minutes nk solat sume..
slalu kalo pompuan mesti amek masa lama nk setel..
pegi toilet pun lama apatah lg solat..

munadhia berkata...

hehe.. btol tu.. pmpuan byk benda prlu dsetelkan b4 solat.. ok, dah ada kempen solat.. pasni nak berkmpen psl 21ogos plk.. hari al quds sedunia....

chentatiku berkata...

hehe..kene la gune otak..siapkan diri ngan wudhu', sampai surau terus la solat.jangan susahkan bende yg mudah~