Alhamdulillah,akhirnya habis jugak projek minor 3..The transformation… Masa untuk membaca.. dan tadi,aku terbaca tentang malam untuk beristirehat, siang untuk bekerja dalam buku karya Harun Yahya yang bertajuk keindahan hidup dalam al Quran..Agak terkena dengan kehidupan ku yang kontra.. Malam bekerja siang berehat.. Antara isi tentang artikel ini adalah…
Firman Allah yang bermaksud
Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang supaya kamu mencari kurnia Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi orang2 yang mendengar. (Yunus : 67)
Pengkajian tentang badan manusia mendedahkan bahawa proses metabolismanya ditetapkan untuk berehat pada waktu malam dan bekerja pada waktu siang. Bila matahari terbenam, glan (kelenjar) pineal (terletak di bawah otak),mula merembeskan melatonin. Rembesan ini membuatkan manusia rasa kurang cergas. Fungsi otak mula menurun dan suhu badan mula jatuh. Semua tindakbalas badan terhadap keadaan gelap, lama-kelamaan merendahkan produktiviti seseorang.
Apabila subuh menjelang, paras melatonin menurun dan pelbagai hormon diaktifkan. Sementara itu suhu badan meningkat dan fungsi otak sampai ke tahap maksimum. Faktor ini menyumbang kepada kecergasan, perhatian, atau minat dan produktiviti seseorang. Fakta tersebut seiring dengan ketajaman ayat, ‘Dia menjadikan malam untukmu supaya kamu beristirehat..’
Cantiknya al-Quran, dan betapa sistematiknya aturan Allah, dari segi sains dan kesihatan sendiri mengakui bahawa setiap apa yang terkandung dalam al Quran itu merupakan hikmah dan kebenaran belaka.. dan aku terfikir, sudah empat hari aku tidak tidur malam, malah waktu siang pun langsung tak sempat untuk melelapkan mata.. Maksudnya sudah 4hari jugak lah aku telah menyiksa diri.. Teringat pula aku pada Ust. Shauqi yang selalu mengajukan soalan, ‘adakah kita telah berlaku adil pada diri kita?? sanggup tak tidur kerana submission, lupa untuk makan.. malah lebih teruk, ada jugak yang lupa akan hutangnya dengan Allah..Lalu,biarkan hutang tak terlagsai walaupun sebenarnya kita mampu untuk melangsaikannya…’ Emm.. ni baru betul orang kata.. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang… Memang betul kata Ust Shauqi, sebenarnya, aku tidak berlaku adil pada diri sendiri.. dah lama aku cuba mencari cara yang lebih efektif untuk menjadi ‘budak archi’ yang pandai arrange masa.. tapi, aku masih lagi tak berjaya mencapai objektif.. emmm…macam mane yep???!! Walau macam mana pun cara, aku mesti berusaha ke arah itu..
Kesibukan mengajar kita untuk lebih menghargai masa...
1 ulasan:
cubalah untuk menghargai masa dan uruskan ia sebaik2 nya..
semua orang di dunia ada 24 jam tapi masih dpt buat macam2. bkn skadar utk belajar dan siapkan projek.
make your life interesting. otherwise in the future, u'll regret it. cheer!
Catat Ulasan