Hari ini..Rabu, kelas pukul 10 am..
Aku bersiap awal untuk ke kelas..macam biasa di lobi aku tunggu mereka..
Memang merekalah sahabat setiaku setiap kali ingin ke kelas..
Aku buka buku maza yakni untuk dibaca sementara menunggu mereka..
Macam biasa setiap kali lif terbuka, akan ku toleh kepala, dengan harapan mereka yang akan keluar daripada lif..Seperti yang diketahui, Mahallah Khadijah memang mewah kerana mempunyai tiga buah lif yang dapat membantu mengangkat student ke level yang tinggi..Pandangan daripada luar mahallah memang cantik. Bangunan setinggi 9tingkat menjadi kemegahan UIA PJ..Bangunan yang kelihatan seperti hospital lama menjadi tempat penginapanku-Mahallah Khadijah..Berbalik pada kisah lif yang banyak berjasa..Bagiku lif di KC amat unik.. Tidak boleh berada di tengah atau bunyi yang best akan kedengaran..Aku faham benar dengan kerenah lif2 KC..Kesabaran menjadi tunggak utama apabila ingin menggunakan khidmat lif ini..Maza yakni di tangan sempat ku baca beberapa muka, beberapa kali juga lif terbuka..Tapi, yang mengecewakanku, mereka tak juga muncul.. Tanpa melihat jam di tangan, aku meneruskan pembacaan..Seketika, aku rasa semacam..'Lama nya diorang!!' Dengan khidmat sms aku taip, 'mane korang?', Sahabat ku reply..'kitorang dah nak sampai..' Dengan sabar aku tunggu, dan terus menunggu.. betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan..Tapi, sabar itukan separuh daripada iman..Aku tidak mahu kehilangan nikmat iman walau sedikitpun kalau boleh..
Tiba-tiba seorang sahabat lagi hantar mesej, katanya diorang semua dah ada kat kelas..Tanpa membuang masa aku terus bergegas ke kelas.. Di fikiranku bercampur baur perasaan..1001 perasaan bercampur aduk membentuk pelbagai ulaman..Ulaman yang terdiri daripada perasaan kecewa, geram, marah, kecik hati...Sekali lagi kunasihati hati, 'Sabar..sabar..Jangan lah iman itu lari walau sedikit daripadaku hanya kerana benda yang kecik ni..'
Tiba di kelas, rasanya memang aku tak dapat nak sembunyikan ekspresi amarahku..Tapi, ku cuba untuk senyum..Tak boleh!!Aku penat lorh!!Penat memecut ke kelas.. Ku cuba untuk bertenang..Tarik nafas dalam2, masukkan udara ubat nyamuk di kelas LY007..dan aku sedikit tenang.. dan,saat itu juga mereka mintak maaf..
Apa yang ingin aku sampaikan disini..Setiap saat walau aku marah macam mana sekalipun, ia takkan lama..Sebab, memang tiada sebab untuk aku marah, tiada guna nak marah dengan sesuatu yang dah berlalu walau baru sesaat tadi ia berlaku..Untuk semua sahabat, maafkanku andai raut wajahku tadi tidak menyenangkan kalian..Aku tak sengaja untuk bertindak demikian, kerana saat itu nafsu lebih menguasai diriku..Saatku tenang barulah aku dapat bertindak dengan waras..'Ya Allah, kau kurniakanlah kewarasan sentiasa menguasai diri ku, bukan nafsu yang durjana itu ..Ya Allah, kau berilah aku ketenanagn wajah yang juga dapat menenangkan sahabat yang banyak berjasa kepadaku, yang sentiasa di sampingku ini..Kau jauhkanlah daripadaku sifat dendam dan benci..Sesungguhnya, sesuatu yang berlaku pada hari ini, atas kehendakMu jua..Aku hanyalah hambaMu yang lemah, yang dhaif, yang cuba sedaya upaya untuk menempuh hari mendatang dengan tabah..Ya Allah, sesungguhnya, aku amat sayangkan mereka, sahabat-sahabatku..Janganlah kau bawa mereka pergi dariku..Janganlah kau menyusahkan mereka keranaku, janganlah kau sedihkan mereka kerana ku juga..Ya Allah, Kau jadikanlah mereka sebagai pendampingku yang setia..Yang turut sama mendapat limpah dan rahmatMu bersama, yang turut sama, dapat merasa hari gembiraku, yang turut sama dapat merasa nikmat persahabatan sejati..Hanya padaMu jua segala yang baik itu datang, dan atas kehendakMu juga yang buruk itu menimpa..Tapi, ku tahu semua itu ada hikmahnya..Alhamdulillah, syukur padaMu yang mengurniakanku sahabat seperti mereka..Hanya Kau yang tahu betapa aku menghargai mereka..'
Buat sahabat, tiada salah untuk kita sentiasa mengalah dalam bersahabat..Kata orang dalam bersahabat tiada kata2 maaf atau terima kasih yang perlu diucap..Tetapi, bagiku, kata2 itulah yang dapat menguatkan ukhuwah antara kita..Sesungguhnya kita tidak akan gembira hidup bersendirian kerana yang menambahkan warna dalam hidup kita hanyalah mereka yang bernama sahabat..
Sahabat, andai hari ini aku marah atau terkasar bahasa..Ketahuilah, itu bukan dari hatiku, tetapi dari nafsu dan egoku semata..Oleh itu, maaf jua dariku..
Aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang baik, tetapi kadang2 aku sendiri tidak mampu..Oleh itu, bantulah aku, ingatkanlah aku tentang itu..TERIMA KASIH SAHABAT untuk hari semalam, untuk hari ini, untuk seketika nanti, untuk hari esok, dan selamanya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan