Rabu, Mei 28, 2008

Sesupik gula, dua supik kopi..

Sebagai warga AED, ku tahu betapa pentingnya qiam bagi kami..Lalu. segelas kopi menjadi minuman utama..
Untuk menahan kantuk yang makin menjadi-jadi..
Maka, tersebutlah al kisah tentang sesupik gula dan dua supik kopi kapal api...
Selasa-malam..
Sebagai tanda ingatan yang terakhir di bumi cenfos.. Kami warga Studio9 mengadakan satu majlis makan malam iaitu majlis fishball hangus aka BBQ..Majlis yang dijangka bermula pada pukul 9 agak teranjak sedikit waktunya gara2 bara api yang malu2 untuk menyala.. Kami menanti dengan penuh kesabaran.. Perut yang sedari siang tidak diisi mula menangis kebuluran..Nampaknya, aku telah menyeksa perutku sendiri semata-mata untuk majlis malam tersebut.. Tapi, aku tak kisah, kerana aku ada hadiah lumayan buat perut andai ia bersabar dengan sesabar-sabarnya.. Hadiah tersebut ialah koktail pekat buatan makcik2 kc (aja, aku, bee), ayam bakar(BBQ) air tangan jejaka2 ABC (budak2 studio), air sarsi khas made by Nad's hand, nasi goreng tempahan AIKA, sotong (yang disiang tanpa mencabut matanya terlebih dahulu yang akhirnya disalut arang khas buat John..), kek tunjuk buatan Secret Resipi dll..
Malam penuh gemilang itu dihadiri oleh seorang VIP yang tidak asing lagi iaitu Bro Amir..
Bukan pasal majlis bbq yang ingin aku ceritakan, tetapi, hanyalah cerita sebuah pemberian dari Amar yang bakal mendirikan rumah tangga buatku.. Oleh kerana tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga..tiada lain dalam kepalanya melainkan tentang barang2 dapur..Lalu, semasa majlis pertukaran hadiah, aku orang yang paling bertuah kerana mendapat hadiah daripada Amar yang kukira paling besar dan paling berat..Ku buka balutannya dan ku dapati, sesuatu yang amat best untuk dinikmati..Hadiah yang berupa sesupik gula dan 2 supik kopi..Thanx Ammar.. Aku tak kisahpon dapat hadiah tu..cuma kurasakan teramat lucu.. Takpelah, hatiku kata, ia berguna untuk sem1 di Gombak nanti..Pasti hadiah Amar tu lah yang akan banyak berjasa untuk menyiapkan projek nanti..Buat semua warga studio 9..Hanya kata2 dapat kuberikan.. 'di sana nanti buatlah dengan penuh kesungguhan dan keazaman.. Biar kita semua sama2 menjadi KAEDian yang berjaya dan sukses.. Moganya, ketemu lagi di sana.. Dan ingatlah.. sesibuk manapun kita, janganlah sesekali kita lupakan kewajipan kita sebagai abdiNya.. GAMBATTEY!!!'

Semalam yang Hilang...


Semalam kurasakan saat terakhir kami bersama..
Adakah benar itu semua??
Berat kurasakan untuk meninggalkan mereka semua..
Di saat ukhwah terjalin erat..
Akhirnya aku terpaksa merelakan pemergian ini..
Aku dengan membawa sepenuh keazaman dan kekuatan..
Akhirnya terpaksa meninggalkan bumi CENFOS bersendirian..
Yang mana aku cuma membawa semangat perjuangan..
semangat perjuangan yang aku harap tidak putus dariku..
Berat kurasa..hatiku kadang-kadang tidak merelakan..
Terfikir aku, bagaimana aku di sana??!!
Aku takut berseorangan..
Mujurlah ada mereka yang memberi kekuatan..
Kata2 mereka aku telan sebagai penguat semangatku..
Walau hanya ada aku...
Aku kena kuat menegakkan kebenaran..
Aku kena kuat..
menjadi seorang pendakwah hebat suatu hari nanti..
Buat sahabat2 yang satu angkatan..
Aku amat terharu untuk hari semalam..
Yang penuh dengan kenangan..
Terima kasih sahabat..
Ketahuilah, aku sentiasa sayangkan dan rindukan kalian..
Diri ini juga amat kelaparan..
Lapar dengan santapan rohani dari kalian..
Yang sering mengejutkanku dari lena yang panjang..
Yang sering mengingatkanku dari kealpaan..
Syukran kathiran..
Sebagai wakil AED..
Aku akan kuat meneruskan perjuangan..
Untuk hari esok yang bakal datang..
Ya..Aku akan ingat pesanan daripada kalian...
Untuk hari esok...di bumi Gombak aku melangkah...
Untuk hari esok...di bumi Gombak aku berjuang...
Untuk hari esok...di Bumi Gombak ku tempuh cabaran...

Isnin, Mei 26, 2008

Dari 231 ke 916


Terima kasih sahabat yang menjadi teman sebilikku,
yang masih bertahan dengan kerenahku..
Kadang2 aku lupa bahawa kalian juga punya hati..
Mungkin ada terkasar atau tersalah bahasaku..
Maafkanlah..
Andai ada tersilap atau tersalahnya aku..
Maafkanlah..
Halalkan segalanya bagiku..
Makan minumku..
salah adabku..
dan ribuan lagi kekuranganku..
Aku gembira mendapat teman sebaik kalian..
Yang, Tiha, Inaz..
Terima kasih jutaannya ku ucapkan..
Walaupun kadang2 kulupa untuk nyatakan..
Tapi ketahuilah bahawa..
Aku sayangkan kalian..
Nama kalian tetap terpahat di hatiku..
Trimas kuucapkan..
Buat kalian yang sudi berkawan..
ARIGATO GOZAIMAS!!

Jumaat, Mei 23, 2008

Menggamit Kenangan..



Mula-mula aku melangkah ke UIA PJ, memang nekad dalam hatiku untuk mencari sesuatu yang baru..
Yang baru yang aku maksudkan ialah aku mula ingin berdikari sendiri, aku ingin mencari haluanku sendiri..Aku ingin mula mengubah diriku sendiri..Memang sejak dulu aku bercita-cita untuk masuk ke sekolah agama. Tapi, aku langsung tidak berkesempatan untuk berbuat demikian..Alhamdulillah..Aku telah diberi wasilah oleh Allah SWT melalui peluang ke UIA PJ..
AED-Architecture and Environmental Design..Memang merupakan satu kos yang agak berat bagi seorang perempuan..Tapi, demi minat..segalanya relaku tempuh..GAMBATTEY!!
Keistimewaan student AED ialah kami belajar dalam sebuah studio, tak perlu banyak subjek membaca, tak banyak juga subjek menghafal..Yang ada cuma subjek yang memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif..Aku bukanlah kreatif sangat pun sebenarnya..Tapi, selagi mimpi tu ada pasti boleh jadi kenyataan..Aku dijodohkan untuk bertemu dengan ahli-ahli Studio 9 yang best lagi sporting..Dengan seorang Studio Master bernama En. Amir Zuhairy yang kami panggil Bro Amir..Seorang representative yang bernama Fairuz, dan penolongnya, sahabatku Neena.. Dengan ahli yang pada mulanya seramai 23 orang..sehinggalah sesikit 18 orang..Banyak sejarahnya mengapa ahli studio kami begitu ketara kekurangannya..Feroz, Nesh, John, Punch, Mat Hard, Paez, Pipi, Apih, Payeh,Ammor, Harith, Ishak, Syahmi, Paaris, Neena, Nik, Bella, Nad, Leha, Aja, Nelza, Bee, Myra..23 dwellers Studio 9 yang macam-macam ragam..Maka, dari Studio 9 ke Pangkor..Banyaklah kisahnya...Dari Studio 9 ke Bagan Lalang, dari Studio 9 Scary Zeroes....Baru ku tahu kenapa bagiku Studio9, AED, dan UIA begitu istimewa dan amat bermakna..Sesuatu yang amat istimewa apabila banyak kenangan yang tercipta..Bukan sahaja sebagai ahli Studio9, tetapi juga..kenangan aku mengenali sahabat2 usrahku yang banyak membantuku dalam masalah akidah dan agama..Juga moment aku bersama teman2 sebilik yang cukup memahami diriku..Di kala suka mahu duka..mereka tetap di sampingku, memberi kata semangat dan meredakan ku.. Buat mereka, 231,916 dwellers-Yang,Tiha, dan Inaz..THANX ALOT!! Dan sekarang aku tahu..Mengapa sahabat dan teman itu ibarat cermin dan bayang-bayang kita...Dan aku tahu UIA memang banyak kelebihannya..Segalanya bermula di sini..UIA PJ-GOMBAK..

Rabu, Mei 21, 2008

Kisah Ditinggalkan Sahabat

Hari ini..Rabu, kelas pukul 10 am..

Aku bersiap awal untuk ke kelas..macam biasa di lobi aku tunggu mereka..

Memang merekalah sahabat setiaku setiap kali ingin ke kelas..

Aku buka buku maza yakni untuk dibaca sementara menunggu mereka..

Macam biasa setiap kali lif terbuka, akan ku toleh kepala, dengan harapan mereka yang akan keluar daripada lif..Seperti yang diketahui, Mahallah Khadijah memang mewah kerana mempunyai tiga buah lif yang dapat membantu mengangkat student ke level yang tinggi..Pandangan daripada luar mahallah memang cantik. Bangunan setinggi 9tingkat menjadi kemegahan UIA PJ..Bangunan yang kelihatan seperti hospital lama menjadi tempat penginapanku-Mahallah Khadijah..Berbalik pada kisah lif yang banyak berjasa..Bagiku lif di KC amat unik.. Tidak boleh berada di tengah atau bunyi yang best akan kedengaran..Aku faham benar dengan kerenah lif2 KC..Kesabaran menjadi tunggak utama apabila ingin menggunakan khidmat lif ini..Maza yakni di tangan sempat ku baca beberapa muka, beberapa kali juga lif terbuka..Tapi, yang mengecewakanku, mereka tak juga muncul.. Tanpa melihat jam di tangan, aku meneruskan pembacaan..Seketika, aku rasa semacam..'Lama nya diorang!!' Dengan khidmat sms aku taip, 'mane korang?', Sahabat ku reply..'kitorang dah nak sampai..' Dengan sabar aku tunggu, dan terus menunggu.. betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan..Tapi, sabar itukan separuh daripada iman..Aku tidak mahu kehilangan nikmat iman walau sedikitpun kalau boleh..

Tiba-tiba seorang sahabat lagi hantar mesej, katanya diorang semua dah ada kat kelas..Tanpa membuang masa aku terus bergegas ke kelas.. Di fikiranku bercampur baur perasaan..1001 perasaan bercampur aduk membentuk pelbagai ulaman..Ulaman yang terdiri daripada perasaan kecewa, geram, marah, kecik hati...Sekali lagi kunasihati hati, 'Sabar..sabar..Jangan lah iman itu lari walau sedikit daripadaku hanya kerana benda yang kecik ni..'

Tiba di kelas, rasanya memang aku tak dapat nak sembunyikan ekspresi amarahku..Tapi, ku cuba untuk senyum..Tak boleh!!Aku penat lorh!!Penat memecut ke kelas.. Ku cuba untuk bertenang..Tarik nafas dalam2, masukkan udara ubat nyamuk di kelas LY007..dan aku sedikit tenang.. dan,saat itu juga mereka mintak maaf..

Apa yang ingin aku sampaikan disini..Setiap saat walau aku marah macam mana sekalipun, ia takkan lama..Sebab, memang tiada sebab untuk aku marah, tiada guna nak marah dengan sesuatu yang dah berlalu walau baru sesaat tadi ia berlaku..Untuk semua sahabat, maafkanku andai raut wajahku tadi tidak menyenangkan kalian..Aku tak sengaja untuk bertindak demikian, kerana saat itu nafsu lebih menguasai diriku..Saatku tenang barulah aku dapat bertindak dengan waras..'Ya Allah, kau kurniakanlah kewarasan sentiasa menguasai diri ku, bukan nafsu yang durjana itu ..Ya Allah, kau berilah aku ketenanagn wajah yang juga dapat menenangkan sahabat yang banyak berjasa kepadaku, yang sentiasa di sampingku ini..Kau jauhkanlah daripadaku sifat dendam dan benci..Sesungguhnya, sesuatu yang berlaku pada hari ini, atas kehendakMu jua..Aku hanyalah hambaMu yang lemah, yang dhaif, yang cuba sedaya upaya untuk menempuh hari mendatang dengan tabah..Ya Allah, sesungguhnya, aku amat sayangkan mereka, sahabat-sahabatku..Janganlah kau bawa mereka pergi dariku..Janganlah kau menyusahkan mereka keranaku, janganlah kau sedihkan mereka kerana ku juga..Ya Allah, Kau jadikanlah mereka sebagai pendampingku yang setia..Yang turut sama mendapat limpah dan rahmatMu bersama, yang turut sama, dapat merasa hari gembiraku, yang turut sama dapat merasa nikmat persahabatan sejati..Hanya padaMu jua segala yang baik itu datang, dan atas kehendakMu juga yang buruk itu menimpa..Tapi, ku tahu semua itu ada hikmahnya..Alhamdulillah, syukur padaMu yang mengurniakanku sahabat seperti mereka..Hanya Kau yang tahu betapa aku menghargai mereka..'

Buat sahabat, tiada salah untuk kita sentiasa mengalah dalam bersahabat..Kata orang dalam bersahabat tiada kata2 maaf atau terima kasih yang perlu diucap..Tetapi, bagiku, kata2 itulah yang dapat menguatkan ukhuwah antara kita..Sesungguhnya kita tidak akan gembira hidup bersendirian kerana yang menambahkan warna dalam hidup kita hanyalah mereka yang bernama sahabat..

Sahabat, andai hari ini aku marah atau terkasar bahasa..Ketahuilah, itu bukan dari hatiku, tetapi dari nafsu dan egoku semata..Oleh itu, maaf jua dariku..

Aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang baik, tetapi kadang2 aku sendiri tidak mampu..Oleh itu, bantulah aku, ingatkanlah aku tentang itu..TERIMA KASIH SAHABAT untuk hari semalam, untuk hari ini, untuk seketika nanti, untuk hari esok, dan selamanya...

Ahad, Mei 18, 2008

MEREKA YANG DERITA ITU...




Hari ini kita bersuka ria..

Sedangkan kita lupa,

di bumi sebelah sana..

Masih banyak penderitaan berlaku,

Masih banyak tangisan pilu,

Masih banyak kekejaman dan penindasan,

Kita di sini terlalu kaya..

Kaya dengan keamanan,

Kaya dengan kemewahan,

Kaya dengan kasih sayang,

Kaya dengan kegembiraan,

keseronokan, dan kedamaian..

Tapi insan di sana..

Benar-benar kaya dengan harapan..

Harapan agar negara mereka aman..

Harapan agar mereka bebas dari belengu penjajahan..

Harapan agar agama tercinta dapat ditegakkan..

Alangkah bertuahnya kita..

Yang hidup dalam keamanan..

Yang hidup dalam ketenteraman..

Tapi, kadang kala,

dengan kelebihan yang kita miliki ini...

Kita mudah lupa, kita mudah alpa..

Kita lupa bahawa ini semua bukan milik kita..

Hakikatnya ia hanyalah pinjaman daripada Allah semata..

Mengapa tidak kita tolong mereka??!!

Dengan segala kudrat yang kita ada..

Jangan hanya melihat sahaja,

Dengan mata yang dua ini,

Dengan anggota yang sempurna ini..

Bantulah mereka dengan apa yang kita mampu..

Sekurang-kurangnya tanamlah jihad dalam diri..

Tanam keazaman yang tinggi..

Andai sahaja aku boleh terbang ke sana..

Relaku mati mempertahankan bumi mereka..

Menegakkan agama tercinta..

Takut dipijak oleh mereka yang durjana..

TAKBIR!!!!

Sabtu, Mei 17, 2008

PUTERA PUTERI dunia atau akhirat??

Putera/i dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling duniawi tanpa menghubungkannya dengan akhirat.Mereka hanya mempunyai kepentingan untuk dirinya sendiri...
Orang lain seolah-olah tiada kaitan dgn dirinya, sekalipun di sekeliling mereka ramai orang yan g menderita..

Sementara itu, putera/i akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Putera/i akhirat adalah org yang mempertahankan kebenaran Islam, sedia mempertaruhkan jiwa raga demi Islam, selain menghindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.

Renungkanlah sahabat,

yang mana satu pilihan kita..

Kita sendiri yang mencorak diri untuk mnjadi putera/i dunia atau akhirat..Wallahu'alam..

petikan: nota kpd diri, tuan guru nik abd aziz nik mat..

Ada apa pada hati


Ada apa pada hati??!!
Merupakan seketul daging yang andai rosak ia maka rosaklah jua diri...
Apa perlu pada hati??!!
Hati perlu cinta bukan duniawi tapi ukhrawi..
Mengapa mesti hati??!!
Kerana di situ segala yang tersirat tersimpan rapi...
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di situ..
Sungguh, sebenarnya hati begitu rindukan cinta Ilahi..
Mengapa harus didera hati yang rindu itu..
Biarkanlah ia merindui dan terus merindui penciptaNya..
Sebagai pengubat rindu yang sudah lama berbekam itu...
Bacalah kitab itu..jangan disimpan sahaja di atas almari..
Fahamilah dan selamilah akan bacaan itu..
Tangisilah andai engkau mampu...
Aduhai hati yang rindu!!!

SMILE


It cause nothing and worth alot,
It makes the receiver richer without making the given poorer,
It is as brief as lightning but often lingers in memory forever,
Nobody so rich that he can do without it,
And nobody so poor that he cannot afford it,
It makes for a happy home,
Creates goodwill in business
And is the sign of friendship,
It gives strenght to the tired, uplifts the disheartened, cheers up the sad,
And is the best remedy against annoyance.
It cannot be bought or begged,
Borrowed or stolen,
Because it is valuable only when given as a present,
And nobody needs it more desperately,
that someonewho has none left for others..

Awalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt..
Awalan blog..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan segala kurniaNya ke atas diriku dan semua makhlukNya..dan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..don't know yet what is exactly to write on here..Apa yang aku tahu, aku memang suka menulis..Tak kisah lah apa yang bermain di kepalaku akan ku tulis..InsyaAllah, aku akan terus menulis selagi mana aku mampu..Sebelum ini, aku penulis jurnal..Jurnal ku mengisahkan kehidupanku sejak lahirnya aku hingga remajanya aku..Ya..aku masih berada pada pangkat remaja, tapi bakalan dewasa, bakalan tua..dan juga bakalan meninggalkan dunia yang fana ini..Sudah lama aku mengimpikan blog sendiri, dan akhirnya apa yang diimpikan itu hampir sukses..Harapnya, ia berterusan sukses dengan infiniti usaha.Insya-Allah..

Apa ada pada MIFTAHUL NAJJAH??!!
-ingin ku catat setiap apa yang aku rasa...
-ingin ku utarakan pendapat...
-ingin berkongsi ilmu pengetahuan...
-ingin berkongsi pengalaman...
-dan lain-lain..

Buat Sahabat...
Aku amat perlukan sokongan kalian dalam menyampaikan apa yang aku tahu dan apa yang ingin ku sampaikan..Semoga dengan terbinanya ruangan ini, jalan dakwah kita semakin luas dan semakin dapat diterima umum..Apa yang aku harapkan adalah semoga ruangan ini dapat membantu sahabat-sahabat juga diriku sendiri dalam memperbaiki dan mentarbiyah diri..Apa yang salah di sini, harap dibetulkan..Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak sempurna yang bersalut ribuan dosa,ribuan kesilapan, kesalahan dan kelemahan..dan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, begitu juga yang buruk mengenai diriku yang juga datang dariNya tetapi disandarkan pada kelemahanku sendiri...Syukran kathiran..Wassalam..