Isnin, Mei 02, 2011

Rupa Dhaka

Salam. Sangat lama tidak berblog. Sekadar ingin menceritakan pengalaman sepanjang berada di Dhaka Bangladesh selama 15hari.

Penerbangan kami 17hb April 2011 pada jam 9 pm Malaysia. Kami tiba di Dhaka 4 jam kemudian. Sebaik masuk ke perut pesawat bernombor MS 197, tempat dudukku bersebelahan dengan lelaki Bangladesh. Tidak senang duduk aku dibuatnya. Aku hanya berselawat dan berdoa mengharapkan lelaki tersebut berganjak tempat. Dan, sebelum pesawat berlepas, lelaki tersebut beralih ke tempat kosong di sebelahnya. Aku sedikit lega. Alhamdulillah.

Dalam pesawat lagi, macam2 gambaran bermain di mata. Bagaimanakah rupa Dhaka sebenar? Seorang kawan kepada kawan berpesan kepadanya, 'Aku taknak apa2, melainkan harap kau balik dengan selamat je.' Mendengarkan begitu, kami sekali lagi menggambarkan keadaan Dhaka. Ramai akan cakap, Dhaka satu negeri yang sangat teruk dan sebagainya. Tapi, aku sentiasa cuba bersikap positif. Nothing bad will happen insyaAllah. =)

***

Kami tiba dengan selamat Alhamdulillah. Dhaka sangat gelap di malam hari. tapi, ia sangat hidup dengan penuh manusia menarik bec0a, ada yang masih bekerja dan sebagainya. Malam tersebut, kabur pandangan dalam kegelapan malam, tapi, aku masih mampu melihat banyak kelibat manusia berjalan dan tidur di tepi jalanan. Rasa hati berdebar untuk menanti hari esok. Apalah yang akan kami hadapi dan alami esok? Allah, bantu kami, mudahkan urusan kami!

***

Subuh di Dhaka sekitar 4.30 pagi, jadi kami perlu bersiap lebih awal. Beza masa Dhaka hanya 2 jam lebih lambat daripada Malaysia. Bermaksud 4.30 Dhaka bersaam dengan 6.30 di Malaysia.

Malam itu aku hanya tidur tidak sampai satu jam, kemudian bangkit untuk solat subuh. Badan masih berasa terlalu penat. Lalu lepas subuh aku tertidur kembali. Jam 6 pagi, aku dikejutkan dengan bunyi riuh rendah di luar hotel. Bunyi hon yang bertalu2. Now, I heard the sound of Dhaka~ Tapi aku hanya mendengar masih belum melihat.

***

Macam mana rupa Dhaka? InsyaAllah, sebaik tiba di Besut aku akan ceritakan dengan lebih panjang lebar. Cuma, aku simpulkan, Dhaka sangat berbeza dan unik daripada tempat lain di dunia mungkin. Till now~ salam. =)

2 ulasan:

mstraa.ns berkata...

menarik ;) sambung ler cpt. x sabar nak tau

Moon berkata...

suka cara izyan bercerita... rasa mcm ada kt situ balik.