Selasa, April 12, 2011

Pre Dhaka 3 : Pesan Doktor

Pertamanya, maaf sebab asyik cerita pasal Dhaka saja. Ini sekadar buat sementara waktu. Time2 tengah demam memikirkan bagaimana agaknya keadaan kami 33 orang di sana.

Oleh kerana badanku ini sangat manja dan tidak boleh menerima bahan kimia, aku terpaksa menggunakan alternatif perubatan yang lain. Dan yang dipilih adalah homeopathy. Membawa bekalan ubat2an sewaktu di Dhaka nanti. Pesan doktor :

1) Sewaktu di Bangladesh, jangan minum air batu. Walaupun kat sana panas, jangan sesekali minum air batu sebab banyak penyakit bermula daripada minum air batu.

2) Jangan makan makanan yang baru masak atau masih panas sebab di sana ada amoeba yang lambat mati dalam makanan. Makan sebaik makanan tersebut suam untuk mengelakkan penyakit (lupa namanya).

3) Bila nak makan buah, basuh dengan air, tapi, kupaskan kulit dan jangan basuh lagi. Sebab, di sana air tak semuanya bersih.

4) Jangan beli air mineral sebarangan.

5) Jangan keluar berjalan seorang.

Itulah antara pesan doktor tersebut. Pengalamannya berada bertahun2 di India negara jiran Bangladesh menyebabkan beliau juga tahu keadaan di Bangladesh. Kata doktor, Bangladesh antara negara termiskin di dunia dan keadaan di sana malahan lebih teruk daripada Calcutta India. Cuma, bila di sana harus jaga2 dengan makanan yang diambil. Jangan makan sebarangan lebih2 lagi yang di tepi jalanan.

Teringat, sebaik aku memberitahu keluargaku bahawa kami akan ke Bangladesh, semuapun akan terkejut. Kenapa Bangladesh? Sebab... Hmmm...rasa macam adventure di Bangladesh. ;p Ni lah masanya nak melihat negara lain yang jarang orang lawat. (cuba bersifat positif =)) insyaAllah, semoga kami dapat sesuatu di sana. Sampai sini, mohon jutaan kemaafan daripada semua teman dan taulan serta yang mengenali diri ini.

Doakan kami. =)


Wallahu'alam. Wassalam.

Tiada ulasan: