Banyak juga susah senang sepanjang berada di Bangladesh. Majoriti rakyat Bangladesh pengikut mazhab hanafi dan segelintir bermazhab syafie. Yang menarik tentang Bangladesh, Dhaka khususnya, ia dikenali sebagai kota masjid. Masjid berada di mana2. Paling mengagumkan, sebaik masuk waktu solat, bersilih ganti azan berkumandang di udara. Waktu kami pertama kali berada di Lalbagh Fort, azan berkemundang di setiap ruang udara Dhaka. Aku terdiam. Pertama kali mendengar azan yang tidak henti2. Subhanallah.
Aku bertanya kepada teman2 baruku di Bangladesh iaitu pelajar tempatan sana, ‘where can I pray?’ Dan waktu itulah baru ku ketahui, perempuan di Bangladesh tidak dibenarkan masuk ke masjid melainkan National mosque sahaja. Di sinilah bermula kesusahan kami yang perempuan untuk solat.
Hari pertama, aku dan tema tidak jama’ memandangkan kami telahpun berniat tinggal di Dhaka selama 15 hari. Akibatnya hari itu, kami semua tertinggal solat Asar akibat tidak temui tempat solat. waktu itu kami berada dalam satu taklimat padahal sudah berkali2 kami meminta kebenaran keluar untuk mencari tempat solat. Cuma, yang sempat, solat sekadar menghormati waktu solat. Masa itu Allah saja tahu betapa diri ini resah. Dan sejak itu aku banyak bertanya pendapat ayah dan teman2 di Malaysia. Apabila berbincang dengan kawan2 dan pensyarahku, pensyarah menasihatkan kami supaya jama' sebaik dapat kesempatan untuk solat. Pada awalnya, aku masih ragu2 dan aku masih solat seperti biasa, tapi, apabila sudah 2 kali aku temui kesusahan setiap kali untuk solat, hari ketiga dan seterusnya aku jama’kan asar dan zohor. Untuk maghrib dan Isya’ aku solat seperti biasa memandangkan sudah berada di zon selamat iaitu hotel.
Aku bertanya seorang kawan, ‘How women pray whereas there is no specific place for all of you to pray?’ dan jawapan yang diberikan adalah, ‘When we go home, we will qada our prayer.’ Lama juga aku berfikir, adakah ia semudah itu? Tapi kemudian aku diterangkan bahawa sebenarnya dah ramai pelajar request tempat solat untuk perempuan, tapi, dibantah oleh lecturers. Kebanyakan lecturers bearagama Islam pada zahirnya tapi, pada hakikatnya, ramai yang tidak percaya wujudnya tuhan. Itulah yang diterangkan oleh sahabat baruku dari Bangladesh. Dan aku akui kebenaran itu apabila aku lihat budaya rakyatnya sendiri masih banyak dipengaruhi budaya hindu sehingga ianya sudah menjadi culture sebagai contoh budaya memakai bindi di dahi.
‘All of you are very religious!’ Itulah pujian yang kami terima daripada pelajar di sana. Mungkin kerana kepatuhan kami untuk solat setiap masuk waktu solat. Sebenarnya, selain melakukan kerja2 ukur dan report di Dhaka, semoga, kami juga membawa budaya yang baik sebagai contoh teladan di sana. Tapi, bukan bermaksud semua rakyat Bangladesh akan qadha dan jama solat mereka, ramai juga yang solat di masjid melalui pemerhatianku. Dan, tidak kurang yang berjemaah di tepi jalan. Itulah keunikan Dhaka yang sempat aku lihat.
***
Jika bercakap soal solat, banyak pengalaman yang kami lalui, pernah bersolat di atas meja drafting, atas lantai, dalam library dan macam2lah demi memenuhi tuntutan agama yang satu. Hanya satu nasihat sewaktu post mortem selepas kejadian hari pertama dan kedua, ‘macam mana pun keadaannya, solat jangan tinggal, takut2 kita buat kerja tanpa keredhaan Allah.’
***
Pengalaman hari ke 13 di Dhaka takkan aku lupakan, aku di luar bersama teman. Kami dibawa ke tempat membeli belah bernama Aarong. Dan diberikan hanya 2 jam berada di situ. Tika itu jam 5 petang dan aku sedikit gelisah dengan keadaan masih berhutang dengan DIA. Aku bertanyakan apu (kakak) di kaunter kalau2 ada tempat solat. Dan dia menggeleng. Kemudian aku tanya, ‘Apu, where is the nearest mosque here?’ Dan Alhamdulillah, dengan bantuan Bushra, seorang lelaki bersedia membantu kami dan membawa kami ke masjid berdekatan. Di Dhaka, ‘don’t go outside alone!’ Ia sangat padat dengan manusia lebih2 lagi lelaki, jadi, apa2 boleh berlaku, kamu boleh sesat!
***
Kira2 5 minit berjalan, kami sampai di masjid.Itu pertama kali aku memasuki masjid di Dhaka. Tiada tempat solat perempuan, tiada tempat wudhu perempuan. Lama aku tercegat, macam mana nak ambil wudhu? Akhirnya aku dan beberapa teman buat muka tebal mengambil wudhu di tempat lelaki. Susah mengambil wudhu dalam masa yang sama aurat harus dijaga.
Waktu itu, aku dapat rasakan pandangan mata2 yang memandang, tapi, persetankan. Kemudian, aku terus bergegas ke aras atas yang juga tempat solat lelaki. Ada beberapa orang lelaki sedang berbaring, aku dan teman bersiap untuk solat tapi, tiba2 ada mama’ (pakcik) memanggil ku. Mama’ tersebut merupakan penjaga masjid, bertanya sesuatu dalam bahasa Bangla. Dan aku mengangkat tangan menunjukkan symbol solat. Ibarat ayam dan itik, aku cakap melayu, dia cakap bahasanya. Kemudian, ditunjukkan ke satu tempat. Melalui bahasa isyaratnya, aku faham, dia suruh kami bersolat di hujung dan belakang tempat solat. Alhamdulillah, sekurang2nya kami tidak dihalau. =) Masakan orang solat mahu dihalau. Cuma, mungkin menjadi satu kepelikan, perempuan bersolat di masjid.
Sebaik kami turun ke aras bawah kembali, aku terpegun, rupanya ramai berjemaah asar di masjid di tingkat bawah. Subhanallah.Rakyat Bangladesh, Dhaka khususnya terlalu ramai, walaupun ramai yang kita lihat tidak patuhkan agama, tetapi rupanya masih terlalu ramai yang mematuhi agama. Jemaah asar di Malaysia pun aku tidak pernah melihat seramai itu melainkan mungkin di UIA.
***
Itulah antara kesusahan yang dihadapi di Dhaka. Berbeza fahaman dan budaya menjadikan celik mata kami melihat keunikan dunia ini. Apa yang pasti banyak yang kami pelajari di sana. Sungguh, hidup tak tenang tanpa solat.
'Allah ampuni kami andai kami terlalaikan peritahMu. Lindungi kami daripada azab nerakaMu.'
…Bersambung…
2 ulasan:
wuah..pengalaman yang best ye izyan di dhaka ^_^ dah selamat pulang?
Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...sungguh berbeza dengan Malaysia...
Catat Ulasan