Rabu, Mei 25, 2011

Dhaka Ke Valobashi

Pic of Uttara Dhaka

(cerita yang sudah lama ditulis, tapi terlupa untuk post. edited from Rupa Dhaka.)

Hanya dua minggu tinggal di Negara asing. Asing adat, asing budaya, asing bangsa, asing bahasa semua asing, cuma mungkin sama agama...banyak... sangat banyak pengalaman dan kenangan yang dikutip. Hingga hari ini masih teringat2 suasana Dhaka, Bangladesh.

***

Sebelum pulang ke Malaysia, aku sempat berbisik pada teman Bangladesh ku, Moureen ‘Ami Dhaka ke Valobashi’ yang bermaksud ‘I Love Dhaka’. Dan dia tersenyum. ‘See...You speak like you are Bangladeshi...Pleeaaseee.. please stay here...’

Aku senyum. Bukan susah sangat Bahasa Bengali, almost similar to Hindi dan kebanyakan mereka juga tahu berbahasa Hindi. =) Seperti ‘Tumi Kemon Nacho?’ kadang2 mereka akan bertanya dalam Hindi, ‘Tum Kese Ho?’ yang bermaksud ‘O Genki Desuka?’ atau ‘Kabarewak?’ atau ‘Awak apa khabar?’ =) dan untuk jawapan dalam Bahasa Bengali adalah, ‘bhalo acchi’, Hindi pula, ‘accha’ atau ‘thik hey’.

Aku senyum lagi, walau fasih berbahasa Bengali atau Hindi sekalipun, mana mungkin aku akan tinggal di Bangladesh. Tempat asalku Malaysia... ‘Mou, Yassir, Muneem, Pleeeasse...Please come to Malaysia!’ Dan, sampai situ kami terpisah, terperangkap di sebalik tubuh2 manusia yang berasak2 untuk masuk ke Lapangan Terbang Hazrat Shah Jalal. Tapi, beberapa ketika, bahuku dicuit dan aku berpaling. Kelihatan Moureen di belakang. ‘Hey, Izyan, can I hug you for the last time?’ Senyum, ‘Sure!’

***

Hari pertama kembali ke Malaysia, bangkit daripada tidur, tiada lagi kedengaran bunyi2 hon yang kadang2 membingitkan telinga untuk mendengar, suasana sunyi sepi. Aku di Malaysia? Rasa macam mimpi. Dua minggu di Bangladesh ibarat satu perjalanan mimpi yang pendek. Sungguh pendek tapi memberi kesan yang sangat dalam di hati. Rindu pada mimpi berada di Bangladesh!

***

Rakyatnya-mereka sangat baik, Makanannya- sangat sedap, Budayanya-sangat menarik.

Sebelum membuat keputusan memilih Dhaka sebagai lokasi Heritage Studies, kami semua ragu2. Kami sedia maklum ia antara Negara termiskin dunia, dan antara Negara padat dunia. Tiada gambaran yang jelas dapat kami bayangkan cuma masing2 tertanya2, ‘Bangladesh? Biar betul!’ Pelbagai konflik juga berlaku antara ahli kumpulan kami. Beberapa ahli bertindak menarik diri. Tapi, bagi aku Bangladesh adalah sebuah Negara yang kurang mendapat perhatian dunia, so, why dont we try?

Masa itu aku bertanya, ‘Korang, kalau untuk melancong, kita akan pilih tak Negara Bangladesh?’ Tidak terjawab soalanku. Aku menyambung, ‘Kenapa kita taknak cuba... kita gi sana untuk bekerja bukan melancong. Negara lain mungkin satu masa kita akan jejak untuk melancong, tapi Bangladesh....’ Sebenarnya, aku cuba bersifat positif, dengan harapan Bangladesh tidaklah seteruk yang didengar cakap2 orang.

Setelah agak lama berbincang, keputusan dicapai, muktamad, ‘Kita akan ke Dhaka Bangladesh!’ Aku sendiri tak pasti, apakah perasaanku ketika itu. Setiap hari persediaan, hati berdebar. Bagaimana rupa Bangladesh yang dikata orang dengan pelbagai khabar tidak elok?.... Urusan Visa lulus, tiket telah dibeli, waktu itu debaran dan pelbagai andaian semakin rancak bermain di minda.

***

4 Jam penerbangan sangat memenatkan. Tiba di Hazrat Shah Jalal Airport kira2 jam 1pagi Dhaka. Aku segera menghubungi emak dengan menggunakan nombor baru Dhaka berkod +88. Terlupa di Malaysia sudah jam 3pagi waktu itu. Kedengaran suara emak yang serak basah. ‘Mok, muna sampai Dhaka dah... ni nombor baru.’ Perbualan yang pendek dan aku terus memutuskan talian kerana topup hanya Tk50 bersamaan denga RM2, Cuma pesan mak, ‘jaga diri elok2!’

***

Malam Dhaka tidak sunyi. Dhaka masih sibuk dengan manusia lalu lalang dan tidur entah di mana2. Di ‘roundabout’ ada dua tiga kelibat lelaki sedang berbaring lesu. Di tepi jalan kelihatan seolah2 unggun api sedang dinyalakan dan kanak2 kecil mengelilingi unggun api tersebut... Dalam samar kegelapan malam juga kelihatan kelibat pengayuh2 tua mengayuh rickshaw(beca) yang penuh muatan. Begitu juga lori2 berwarna warni masih gagah menyusur jalan raya yang sudah pecah2 berlubang. Malam yang masih hidup dan mungkin tidak akan mati sampai ke pagi, terus hidup sampai malam esok berganti barangkali. Aku melihat jam hampir pukul lima pagi waktu Malaysia dan kubetulkan mengikut waktu Bangladesh-3.00 pagi. Menanti hari esok penuh debaran.

***

Kami menginap di Hotel Sel Nibash yang terletak di Green Road Dhaka. Kami sampai, suasana kejiranan Sel Nibash gelap gelita. Langsung tidak dapat menjangkakan apakah bentuk kejiranan penginapan kami. Paginya kami bangkit dalam kepenatan dan dalam kantuk yang masih bersisa. Subuh di Dhaka jam 4.30 pagi dan seawal jam 6, sinar mentari mula mencuri2 masuk di celah tirai ruang bilik 505 Sel Nibash. Tempat yang selesa juga bagi kami. Bersiap dan turun bersarapan. Sarapan biasa2 sahaja iaitu beberapa buku roti, telur mata, mentega, jem buah dan jus. Alhamdulillah, perut boleh menerima.

***

Setelah bersarapan kami dibawa ke University of Asia Pacific (UAP) Dhaka. Dan, disinilah bermulanya perkenalan kami dengan teman2 Dhaka- Moureen, Busyra, Afrina, Choti, Marya, Yassir, Muneem, Utsho, Pankaj, Ehab, Munir, Nidal dan ramai lagi...

***

Kanak2 Dhaka

"Kemiskinan tidak pernah menyekat palitan WARNA WARNI kanvas hidup mereka"

(Kalau rajin dan berkesempatan, cerita ni akan bersambung insyaAllah. =) tapi macam....)

Tiada ulasan: