Jumaat, April 01, 2011

Ya Allah, Sembuhkan Dia!

Hari ini, pagi2 lagi aku menghubungi emak. Rindukan rumah yang sangat melampau. Tak tahu kenapa, tapi, sejak aku mendapat perkhabaran ibu saudaraku ditahan di wad, membuak2 perasaanku untuk pulang ke rumah. Che Cik sudah ditahan di wad selama hampir sebulan. Sebelumnya, dia berulang alik ke hospital atas satu penyakit yang agak ganjil. Kehilangan darah yang banyak dalam masa beberapa hari tanpa sebarang luka, seolah2 darahnya ditelan secara halus. Jadi, Che Cik sentiasa terpaksa dimasukkan darah baru setiap hari. Aku pernah suruh emak bawa ibu saudaraku ke pusat perubatan islam. Dan, ustaz mengesahkan tiada kaitan dengan makhluk halus dan sebagainya. Hati sedikit lega. Tapi, tetap tertanya2, sakit apa?

***

Sebaik mengetahui perkhabaran ibu saudara, aku terus terfikirkan anak2nya Sembilan orang. Semuanya masih belum pandai berdikari. Sebelum ini juga, setiap kali cuti panjang aku kerap ke Kuantan semata2 untuk bertemu ibu saudara dan anak2nya. Keletah sembilan orang yang masih kecil sentiasa membuatkan aku ketawa dan rindu. Saat ini, sebaik mendengar cerita emak pagi tadi, hati semakin rindu. Kata emak, Ika ada bertanya tentang aku. ‘Bila Kak Muna nak balik?’ Dan, hatiku bertambah rindu. Kutatap gambar2 comel sepupu2ku. Semakin rindu apabila Sarah bagitahu, ‘Muna, aku tanya...Ika rindu sapa? Mula2 dia jawab-Ika rindu ayah, Ika rindu emak…lama lepas tu dia jawab, Ika rindu Kak Muna.’ Aku sengih. ‘ Waah, Ika rindu aku, tak rindu ke mu!’;p Aku menang! ;p

Zulaikha

***

Beberapa minggu yang lepas, menghubungi ibu saudara membuatkan hatiku sayu. Aku cuba menenangkan ‘Che Cik, kena kuat! Berserah pada Allah. InsyaAllah, takda gape2…Cuma, macam mana budak2 nanti?’ Sebaik aku bertanya pasal anak2nya, terus aku mendengar suara sebak di hujung talian. ‘Tu yang Che Cik risau…anak2 Che Cik. Muna doakan Che Cik OK, Solat hajat untuk Che Cik semoga takda penyakit berat. Kesian…Semua kecik2 lagi…’ InsyaAllah, Muna sentiasa doakan yang baik2~ Kesian sepupu2ku. Dah lama tak berjumpa ibunya.

Azzalea

***

Sepanjang ditempatkan di HUSM, anak2 Che Cik yang 3 ke bawah tinggal bersama emak di rumah. Pada awalnya semua Sembilan berada di rumahku, tapi, enam yang lain masih bersekolah. Jadi, setelah seminggu mengambil cuti, semua pulang ke Kuantan, mungkin dijaga tok saudaraku di sana. 3 yang kecik sahaja dijaga emak. Paling sayu apabila Che Cik cakap, ‘Che Cik rindu sangat nak jumpa anak2 Che Cik.’ Aku tertanya, ‘Ya Allah, apa sebenarnya penyakit Che Cik?’ Aku meminta, ‘Allah, jangan uji terlalu berat sebab Che Cik punya 9 anak yang masih kecil.’ Seolah2 aku terlupa Allah Maha Mengetahui segalanya.

Zuhairah

***

Semalam, ayah menghubungiku dan memberitahu tentang keputusan ujian air sum2 tulang. Ayah cakap Che Cik menghidap penyakit adik kepada kanser. ‘Adik kanser? Kanser ada adik ke?’ Namanya Limfoma. Aku tidak tahu tahap mana bahayanya limfoma. Tapi, mendengar suara ayah yang tenang, aku mengharapkan semuanya adalah biasa2 sahaja. Tiada yang kronik. Dan, seperti biasa, kemudahan yang ada untuk menggoogle, maka, aku menggoogle. Cuma, informasi yang kuterima tidak memuaskan hatiku. Tanda2 limfoma tidak sama dengan tanda2 atau gejala2 yang dihidapi Che Cik. Beberapa artikel yang kubaca, tiada yang menyebut, ‘kehilangan darah mendadak.’ Jadi,betul ke limfoma? Tak mungkin aku meragui kepakaran seorang doktor. Tambahan pula kajian telah dibuat selama hampir sebulan untuk mengesahkan penyakit ibu saudaraku. Apa yang pasti Limfoma adalah berkaitan kanser pada sistem limfa dalam badan. Lama aku tinggalkan Biologi, jadi, hanya ini yang dapat aku katakan mengikut pemahamanku.

Peng’google’lan aku sebenarnya adalah pada akibat dan rawatan. Dan aku menemui fakta ini yang mana sesuatu yang menakutkanku. Pejam sebelah mata dan baca;

‘Sehingga kini dianggarkan ada kira-kira sejuta pesakit kanser limfoma dengan lebih 360,000 kes baru dan 200,000 kematian setiap tahun.’

http://barah-sistem-limfa.html

Tapi, berusaha dan berdoa, insyaAllah, semua akan baik2 saja. Sekarang, Ayah bagitahu, Che Cik terpaksa menjalani kemoterapi yang berterusan.

Kemoterapi: Ubat kemoterapi bertujuan membunuh sel limfoma di seluruh badan. Ada banyak jenis ubat kemoterapi untuk merawat kanser. Jenis ubat bergantung kepada jenis kanser dihidapi.Pesakit boleh diberi rawatan kemoterapi saja tetapi biasanya doktor menggabungkan beberapa kaedah seperti ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal. Pesakit mungkin alami kesan sampingan sementara kemoterapi seperti mual, muntah, keguguran rambut dan jumlah darah yang rendah.

***

Doakan yang terbaik untuk semuanya insyaAllah. ‘Allah, sembuhkanlah~’

-Tila, Zuhairah, Zulaikha, Azzalea, Zulfa-

Athira, Atifah, Atiyah, Atila, Yie, Zulfa, Zuhairah, Zulaikha, Azzalea, kalian mungkin tidak mengerti. Kenapa ibumu tiada di sisi? tapi insyaAllah, tak berapa lama lagi, ibumu pasti kan pulang menguruskan kalian kembali. =) insyaAllah. =)

Mohon doa semua. Terima kasih.

***

Wallahu’alam.

3 ulasan:

a.j. berkata...

salam nixnadizy, subhanallah. serious nye dengar. moga2 baik kehendaknya. Doa saya bersama mereka semua inshaAllah

Tanpa Nama berkata...

moga Allah beri kesembuhan padaNYA

munadhia berkata...

aj>> doakan yep..tq aj!

ainun>> insyaAllah amin.=)