Sabtu, April 09, 2011

Pre-Dhaka

Demam Dhaka. Macam2 yang difikirkan, macam2 kemungkinan diandaikan, macam2 persediaan harus disediakan.

6 hari lagi aku dan kumpulanku akan terbang ke Dhaka Bangladesh. Sekarang masih di Besut menyiapkan diri dengan keperluan2 di Dhaka. Pasport, Visa, Vaksin, ubat-ubatan dan yang paling penting maklumat harus lebih cukup untuk ke sana. Target 60 peratus team report telah menyiapkan bahagian kajian tentang Bangladesh dan Dhaka. Tapi, setakat ini, progress sangat lambat dan maklumat sangat susah didapatkan. Haih, rupanya susah jadi report team dan research team. Banyak pembacaan harus dilakukan. Dan tanggungjawab kami juga untuk menyusun kembali perjalanan sejarah Bangladesh dan bangunan kajian dengan tepat-Lalbagh Fort, Dhaka.

InsyaAllah, akan berada di Dhaka selama 15 hari untuk kajian bagunan bersejarah Lalbagh Fort. Menginap di Sel Nibash dan bekerjasama dengan University Asia Pasific Dhaka. Bulan 4 dijangkakan panas terik di Dhaka dengan suhu 34C dan petang dijangkakan hujan lebat dengan guruh dan kilat. Kami telah dipesan supaya tidak terkejut dengan cuaca di sana. Dan kemungkinan banjir juga akan berlaku apabil hujan lebat dan kami harus bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Kedengaran pelik apabila Bangladesh menjadi negara pilihan untuk membuat kajian 'heritage studies' tapi, inilah yang telah kami pilih setelah beberapa proposal negara telah ditolak oleh coordinator. Negara pertama India, kemudian Vietnam dan Thailand dan akhirnya, kami sepakat memilih Bangladesh atas nasihat daripada penasihat kami. Tambahan pula budget tidak lebih banyak daripada negara2 yang kami pilih sebelumnya.

Akan bertolak jam 5 petang 17 April ke KLIA. penerbangan insyaAllah pada jam 10malam Malaysia dan mengambil kira2 4jam penerbangan ke International Airport Dhaka. Jadual di sana padat dengan kerja2 ukur bagunan, temuramah experts, dan persiapan untuk exhibition di Dhaka. Mungkin ini adalah journal pertama ku untuk pre-Dhaka. Sebagai pengenalan kepada Heritage Studies, salah satu subjek wajib BSc Architecture. Semoga banyak pengalaman berharga dapat kami kutip di sana. insyaAllah. =)

Mohon doa semua mengiringi perjalanan kami ke sana. insyaAllah.terima kasih. =)

Wallahu'alam.

5 ulasan:

Kak Aini berkata...

semoga selamat nanti di sna dik yan

moment berharga berkata...

selamat jalan muna..
hope this time of journey wil be listed under ur moment2 berharga;))
baaaaaaaiii..

p/s:jgn tsangkut dgn mat bangla sna sudehh.kt cni pn rmai;D

munadhia berkata...

kak aini>> insyaAllah.trima kasih kak aini.=)

munadhia berkata...

kak moment>> insyaAllah amiin. =) nt yan wat balik sari kat akak. ;p

Tanpa Nama berkata...

wahhh..amt besh
like1000x

tp jgn lupa amek mnfaat & pengajaran dr ayat ni...

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."
(al-haj:46)

Have a nice & save journey