Berjalan, melihat dan mentafsir erti hidup seorang bernama manusia di dunia. Menilai siapa yang mampu menilai hidup ini dengan baik. Memerhatikan siapa mampu memanfaatkan hidup ini dengan baik juga. Siapa? Sedih apabila menyaksikan dunia hari ini penuh kemusnahan sedang khalifah sendiri mencipta kemusnahan.
Berjalan, semakin jauh perjalanan, semakin ligat otak memikirkan. Memikirkan tentang ummat pada masa sekarang. Dikatakan bahawa kita benar2 manusia bertuah, ummat Muhammad SAW yang diberi banyak keistimewaan berbanding ummat2 terdahulu. Tapi, turut menyaksikan masih ramai yang lupa akan keistimewaan kita sebagai ummat Muhammad.
Apabila berada dalam kelompok yang baik, pasti kita terlupa bahawa masih ramai di luar sana terjerumus ke dalam kelompok yang tidak baik. Kita sangat selesa berada di dalam sehingga tidak mampu melihat ke luar bahagian dunia yang belum sempurna. Seyakin2nya kita katakan kita daie, tapi, kita hanya daie di zon selesa. Sewenangnya kita katakan kita pejuang sedangkan kita juga berjuang di zon selesa. Adakah sudah benar kita ini layak bergelar dai'e dan pejuang?
Hari ini mata menyaksikan betapa dunia hari ini sedang tidak seimbang. Andai bumi ini tidak bergraviti pasti dunia kucar kacir, lari daripada orbitnya. Tapi, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang sifatNya, lalu diberikan lagi masa untuk kita cuba menyeimbangkan dunia. Kita telah memusnahkan sebahagian daripadanya justeru menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya. Tapi, hanya berapa ramai manusia yang cuba menjaga dunia berbanding yang cuba memusnahkannya?
Persoalan, mengapa hari ini manusia yang tahu takut untuk menyampaikan pada manusia yang tidak tahu? Diri ini juga hanya tegar menyaksikan tanpa cuba untuk membina kekuatan. Kadang kita mencemuh manusia lain hanya kerana beberapa kekurangannya sedang kita terlupa tanggungjawab kita dan kekurangan yang ada pada diri kita. Mengapa tidak kita cuba untuk menyampaikan walau sekadar sehuruf daripada 26 yang lain? Mengapa kita sanggup melihat manusia terjerumus dalam kancah kesiaan? Sedih menyaksikan, tapi, apa lagi yang mampu kita lakukan?
Berjalan lagi dan mentafsir, mengapa manusia masih boleh bergelak tawa dan bergembira dengan hidupnya yang penuh kemaksiatan. sedang dia sendiri tidak tahu tarikh janjitemunya dengan Tuhan. Seketika cuma hidup ini, sekelip mata bercerai roh daripada jasad tika itu baru manusia sedar dia dalam kerugian. Sedih melihat fenomena manusia berlagak dialah raja di dunia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat pujian dan gelaran. Adakah mereka itu manusia yang tahu atau tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu bahawa dunia ini sementara cuma.
Tika ini mata hanya mampu melihat, telinga hanya mampu mendengar, hati hanya mampu mencegah, tapi bibir kelu seolah tidak berlidah. Hati membenci, tapi, pada siapa harus kita membenci? Adakah pada 'diri' manusia yang menyimpang daripada ajaran agamanya atau pada 'nafsu' manusia yang sedang menghasut dan merajai dirinya? Andai pada 'diri' kita membenci maka bagaimana harus wujud kasih sayang dalam berdakwah?
Ligat berfikir, siapakah aku di dunia ini dan untuk apa aku hadir ke sini? Adakah sekadar untuk melihat dunia sedang dalam kemusnahan atau turut menjadi penyumbang kepada kemusnahan atau untuk merawat dunia yang sedang tenat dalam kemusnahan ini? Semoga kita mampu merawat sedikit daripada hati2 manusia supaya berhenti melakukan kerosakan dan kemusnahan. Juga semoga kita mampu menjaga dan merawat hati sendiri yang kadang tidak sedar sedang mengalami kesakitan. Kemudian barulah dirasakan layak menggelarkan diri kita dai dan khalifah di mukabumi.insyaAllah~
** Sedih apabila melihat maksiat sedang berlaku, kadang diri hanya memandang seolah turut membenarkan, Sedih kadang diri sendiri tidak sedar bahawa sedang berada hampir dengan dosa2 yang cuba dielakkan, sedih apabila diri tidak mampu mencegah sedang hanya tegar menyaksikan. Semoga Allah kurniakan lebih kekuatan dalam jalan ini, agar kelak tidak ditarik diri ke neraka jahannam hanya kerana kita takut untuk menegur manusia lain yang sedang melalui jalan yang salah dan kelam. Sedang cuba memperbaiki kesilapan diri~ **
Tiada ulasan:
Catat Ulasan