Isnin, Mei 31, 2010

Kisah Tukang Cat


Salam'alaik.

Apa yang akan dilihat sebaik kita memulakan satu2 kerja? Adakah kita hanya melihat apa yang kita kerjakan atau melihat pada hasil yang bakal kita dapatkan?

Bertuah rasanya dapat menimba sedikit ilmu luar daripada lapangan kaed. Berpeluang ke MSC beberapa hari lepas. Sebentar cuma.Mendengar sedikit taklimat daripada wakil2 MDEC berkaitan MSC dan yang berkaitannya.

Sewaktu berbual bersama Kak Mazwan yang merupakan wakil MDEC, ada sesuatu yang aku dapat. Kami benar2 kagum dengan kehebatan warga ICT dalam menggerakkan dan merealisasikan MSC. Aku kurang jelas apa yang cuba diterangkan dan dibualkan, ada tentang bahasa computer- java dan c++. Ada juga berkaitan Microsoft, programming. Dan, ‘I’m lost!’. Semua tentang ICT yang aku tidak jelas dan kurang berminat barangkali. Lalu, bertanyalah seorang sahabat ‘bagaimana mahu memupuk minat dalam satu2 bidang tersebut?’

Jawapan Kak Mazwan begini, dibawa beliau satu analogi. Terdapat dua orang tukang cat pada satu tempat. Seorang daripadanya membuat kerjanya seolah2 dengan penuh terpaksa. Terpaksa kerana dirasakan dia sekadar tukang cat biasa. Terpaksa hanya kerana niatnya hanya ingin mencari sesuap makan. Tiada keseronokan baginya tentang kerja2 mengecat. Semuanya nampak biasa. Baginya dia sekadar berhadapan dengan cat, berus cat dan dinding yang membosankan, yang tidak cerah masa hadapan. Kerjanya menjadi semakin lambat dan seakan tidak bermaya. Wajahnya terus masam mencuka.

Seorang lagi tukang cat begitu cepat kerjanya dan tidak pernah mengeluh dengan tugasannya. Dia seolah2 redha dengan kerjanya sebagai tukang cat. Dahinya tidak berkerut dan wajahnya menyenangkan. Kerjanya sangat cepat tapi, sangat teliti dan kemas berbanding kawannya. Kelihatan pelik begitu. Bagaimana seorang boleh 'mencuka' dan seorang boleh 'menggula' dengan kerja2 hanya sekadar sebagai tukang cat?

Lalu ditanya, ‘bagaimana kau masih boleh tersenyum dan gembira dengan kerja membosankan ini?’

Jawab si kawan, ‘Memang aku sedang mengecat. Memang sewaktu kau mengecat kau akan nampak sekadar sebuah dinding yang kosong yang kemudiannya dicalit cat berwarna… Tapi, tidakkah kau lihat apa ada dan akan berlaku di sebalik dinding yang kau cat?’

‘Apabila aku mengecat, aku bukan hanya nampak sebuah dinding yang membosankan tapi aku melihat anak2 aku kelak akan berada di sebalik dinding ini atau di bangunan ini untuk menuntut ilmu dan sebagainya. Bukankah kita mahu melihat dan berikan yang terbaik untuk anak2 kita kelak?’

Maksudnya di sini adalah, apabila melakukan sesuatu kerja, jangan kita sekadar melihat apa yang berada di hadapan kita tika itu, tapi, kita perlu berpandangan lebih jauh. Melihat jauh di luar kotak (think out of the box) atau bermula dengan pengakhir di minda (begins with the end in mind). Apabila kita mampu melihat siapa kita di masa hadapan, atau menjangka apa yang akan terjadi di masa hadapan, pasti kita akan lebih bersungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Maka harus pupuk minat dengan melihat siapa kita di masa hadapan. (sedang berusaha melihat siapa aku di masa hadapan. Masih kelam tapi, masih berusaha dan merancang~insyaAllah~)

GAMBATTEY NEY!~ =)

Tiada ulasan: