PENGENALAN
Siapakah arkitek dan konconya? Di KAED terdapat 5 ‘department based society’. Mereka adalah : Architecture, Landscape Architecture, Applied Art & Design, Quantity Surveyor, dan Urban & Regional Planning. Kami ada satu subjek yang dipanggil MULTIDISCIPLINARY a.k.a The Apprentice. Gabungan 4 department membentuk beberapa kumpulan yang akan menggerakkan beberapa syarikat. Selalunya antara 15-18 ahli dalam satu kumpulan yang terdiri daripada Archi, QS, AAD, dan LA. Membentuk satu nama, satu tujuan dan satu matlamat. Menerima satu tekanan yang sangat hebat!
Aku sebenarnya sudah melepasi subjek wajib multidip ini. Tetapi setelah melihat sahabat2ku yang bertungkus lumus dalam menyiapkan projek ini, tergerak hatiku untuk menulis. Satu kehidupan yang kurang normal harus dijalani. Inilah hakikat pekerjaan kami kelak. Masing2 punya kehendak dan cara yang kadang sukar difahami. QS, dengan mata kira2nya, Archi dengan core design nya, AAD dengan interior designnya, dan LA dengan rekabentuk tamannya. Masing2 berperanan dalam bidang masing2, tapi, tetap perlukan satu perkara yang dinamakan KESATUAN.
Hilang KESATUAN, maka boleh jadi, hilang juga projek yang nilainya RIBUAN dan boleh jadi hilang kepercayaan di kalangan ahli. Dan paling penting dikira dalam 3 jam kredit. Bukan sekadar satu tugasan suka2. Seriously, ia sangat serius!~’ Tapi, bagaimana caranya untuk wujudkan KESATUAN ini?
I was an architect (kononnya) di LANTERA consultant. Alhamdulillah, kumpulanku yang terbaik pernah aku dapat. Walau tertekan, kami penuh dengan gelak tawa… Kenangan ‘burger emo’ masakan boleh dilupakan. Kenangan patung2 comel LANTERA made by Shazou and the gang. Kenangan…. Dan banyak sangat kenangan. Crit pertama kami sangat membuahkan perasaan puas hati dan gembira di kalangan ahli, ‘apa yang penting?’ ‘KERJASAMA!’ Tapi, sekali terleka, kejayaan pertama boleh menjadi kejatuhan dan kegagalan pertama juga. So, watch out! Ia berlaku di saat akhir LANTERA, dan begitulah kebiasaanya apabila masing2 dilanda tekanan melampau. Bersabarlah, dan cuba selesaikan dengan bijak dan berhikmah. insyaAllah~
Dan, apa yang dialami inilah juga dialami oleh batch2 yang akan datang (mungkin) Cuma, mungkin pada berbeza situasi, berbeza projek dan berbeza ahli. Dealing with people is not that easy. Touching2 itu pasti berlaku. Tidak kata mesti tapi pasti! Adab kerja berkumpulan, bukan bekerja dengan robot yang tiada hati dan perasaan yang hanya mengikut arahan tanpa bantahan. Kita bukan robot, kita ciptaan yang mulia yang dikurniakan sekeping hati dan akal untuk digunakan dan dijaga sebaiknya.
Being a good teammate is when you try to sprint down a ball that everyone thinks is going out of bounds. But you go after it anyways and you get it.
FAHAM dan MEMAHAMI
KERJASAMA~ Benarkah kerjasama itu sangat penting? Dalam bekerja secara berkumpulan begitulah kata wonderpet. Tapi, Kata John Maxwell, perkara penting apabila berurusan dengan manusia adalah dengan memenangi hati mereka. Daripada memenangi hati maka baru akan wujud kerjasama yang baik. Perkara bodek membodek itu kadang2 perlu. (I guess). Dan, bagiku, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan usha meng’usha’. Maksudku, kita kena tahu terlebih dahulu mengenali, mengetahui, dan memahami sifat2 ahli kumpulan kita. Aku sendiri tidak pakar dalam bab begini, tapi, perkara ini banyak dilakukan khususnya dalam hal2 dakwah. Bukankah memahami dan mengetahui sifat seseorang itu penting? Agar tidak berlaku kau ikut kepala kau, aku ikut kepala aku. ‘Letakkan diri anda dalam kasut mereka.’ Kedengaran mustahil, tapi, sekurng2nya kita cuba. =) Muat tak muat belakang kira.
JAGA HATI
Dalam berkumpulan, jangan menjadi seorang yang ‘selfish’. Jangan terlalu fikirkan dan kisah dengan hati kita yang terluka atau terasa (adakala baik begini), tapi, jadilah seorang yang professional (lebih baik begini). Sudah itu adat berkumpulan. Cubalah kita merendahkan ego, dan cuba menjadi seorang yang rendah diri dalam memberikan pendapat dan pandangan. Jangan memandang lekeh pada lontaran idea seseorang. Hargailah~ =) Kerana aku sendiri seorang yang sukar mendapat idea yang bernas. Lambat ‘pickup’. Andai mereka arnab, akulah kura2. Tapi, sang kura2 jangan disangka tidak mampu memenangi perlumbaan. ;p (jangan lihat pada kelemahan orang, jangan berbangga dengan kelebihan diri atau jangan lihat kelemahan seseorang sebagai satu kelemahan, dan jangan lihat kelebihan diri sebagai satu kelebihan).
Ada satu perkara dalam menjaga hati sahabat atau ahli kumpulan iaitu dengan semudah se’ukir’an senyuman. =)
SUMBANGAN KECIL ITU BESAR NILAINYA
Setiap ahli dalam kumpulan ada peranan masing2. Masing2 bertangungjawab atas setiap tugasan yang diberikan. Kadang ada yang bekerja di balik tabir dan perlu juga pada yang bekerja di hadapan tabir. Maksudnya, janganlah terlalu cepat kita menganggap seseorang itu tidak melakukan kerja andai tidak kelihatan kelibatnya. Boleh jadi sumbangannya lebih banyak berbanding kita. Dan, boleh jadi, walau sumbangannya kecil, tetapi sekecil2 sumbangan itulah yang membantu kepada kemenangan kelak. InsyaAllah~
CIPTA KEMENANGAN
Dalam mengharungi MULTIDIP, kadang2 akan ada perasaan ingin menang di akhirnya, kerana itu, apabila matlamat setiap ahli tidak sama, di situlah antara punca berlakunya pergaduhan. Akan ada ahli yang memang visi dan misinya untuk menang, dan ada ahli yang targetnya untuk mencapai keseronokan, ada yang target ala kadar dan akan ada yang mementingkan ikatan antara ahli. Dan kami di LANTERA, target untuk mencipta kemenangan sangat sedikit. Tapi, yang sangat kami titik beratkan adalah untuk mencipta kenangan, mencipta ikatan persahabatan yang berpanjangan. Itu yang lebih berharga daripada sebuah kemenangan.
Dan, tika MULTIDIP, di situ juga terbuka ruang berdakwah. Masa yang dihabiskan 24 jam di pejabat tidak bermaksud hanya dengan membuat dan bertungkus lumus menyiapkan projek. Masih ada ruang untuk menyelitkan unsur dakwah. insyaAllah. =) Yakinlah, bekerja dalam keberkatan itu akan mencipta kemenangan yang lebih besar kelak.insyaAllah. =) Hablunminallah, hablunminannas~
***
Sekadar sedikit perkongsian daripada sedikit pengalaman sepanjang berada dalam LANTERA dan sepanjang MULTIDIP 09. Buat sahabat2ku yang sedang menjalani multidip, kira2 dua minggu bersisa, SILA JADI LEBIH KUAT DAN TABAH! Khas buat sahabat2 baikku. =) ARIGATOU MINNA! Kalian membuatkan aku teringat kembali saat multidip. Tidak lama lagi, ia akan jadi memori berharga buat kalian. Pernah makan gula2 sweet sour? Apabila ia masuk ke mulut rasanya sangat masam, tapi, apabila kita telan, rasanya manis bukan? ;P Begitulah kehidupan dalam meraih pengalaman. Laluinya sangat pahit tapi apabila mengingatinya sangat manis. Till now, ALL THE BEST!
***
*quotes by mia hamm- soccer player
Tiada ulasan:
Catat Ulasan