Selasa, Disember 08, 2009

Tiada Banyak (Nothing Much)


Salam’alaik.

Terasa sangat lama tak menulis. Aku tidak tahu lagi ingin mulakan penulisan kali ini dari apa, dalam bentuk apa. Cumanya, tiba2 sahaja keinginan untuk meng’update’ blog datang.

Hari ini aku terasa sangat kepenatan, berlarian antara ke ‘centre’ dan ke KAED. Biasalah, awal2 sem pasti semua akan sibuk dengan ‘add and drop session’. Aku juga tidak ketinggalan. Semua ini gara2 aku terlambat menyelesaikan segala hutang piutang UIA tepat pada masanya. Akhirnya banyak subjek yang tidak sempat aku tambah menjadikan jam kreditku tidak sebanyak semester lepas (20-21jam kredit).

Bagaimana peperiksaan yang lepas? Di awal semester ini pasti ramai yang bertanya kepadaku soalan ini…Keputusan semester lepas jatuh merudum. Tapi aku tidak terkejut dengan keputusan tersebut kerana sudah kujangkakan demikian. Sudah aku bersedia untuk menerimanya insyaAllah. Syukur Alhamdulillah, aku masih mampu bertenang dengan keputusan yang tidak pernah ku terima sebelumnya.

Adakah aku telah gagal? Kelihatan ya untuk semester lepas tapi, tetapbagiku hakikat kegagalan dan kejayaan itu bukan ditentukan pada satu tempoh masa ini sahaja. Aku cuba menenangkan diriku sehingga seorang sahabat bercerita, nasibnya hampir sama sahaja sepertiku membuatkan dia bertemu dengan ustaznya untuk meminta nasihat. Menceritakan segala masalah. Ustaz cakap, ‘mujur kamu gagal!’ Andai kita mendengar bait kata seperti ini. Ah, pasti terjegil mataku memandang kearah ustaz! ‘mujur kamu gagal?!’ Adakah seorang guru memang suka andai anak didiknya gagal?

Tidak begitu, ‘mujur kamu gagal! Tu bermaksud Allah sangat sayangkan kamu. Cuba kamu fikir selama ini semasa kamu berjaya…ada kamu ingat Allah sentiasa? Mujur kamu gagal! Allah nak kamu semakin dekat denganNya. Allah nak dengar suara kamu, rintihan kamu saban hari, saban malam. Allah nak selamatkan kamu daripada kealpaan dan kelalaian. Mujur kamu gagal!’

Aku tersedar! Mujur aku gagal, benarlah sudah lama tidak aku merintih dan merayu padanya. Sudah terlalu lama aku membiarkan diriku lalai dan alpa. Sudah tersangat lama kiranya mataku tidak mengalirkan mutiara berharga. Allah menarik sedikit nikmat untuk aku merasakan nikmat yang lebih indah iaitu terasa lebih dekat denganNya. Jadi, haruskah aku membuahkan perasaan dan kata penyesalan saat ini? Ya, memang aku menyesal kerana tidak bersungguh berusaha, tetapi andai penyesalan dan keputusan ini yang membuatkan aku semakin dekat denganNya…biarlah begitu, itulah yang terbaik bagiku insyaAllah.

Banyak hikmahnya apabila Allah memberikan sesuatu yang tidak kita impikan, memang banyak hikmahnya andaipun Allah tidak mengabulkan doa kita hari ini. Allah Maha Mengetahui Segala. Siapa aku untuk menolak takdirNya? Hanya hamba biasa yang lemah tidak bermaya. Apabila aku merayu2 di hadapan pensyarah semata2 untuk mengambil subjek UNGS untuk semester ini, ditolak mentah2 rayuanku. Jam kreditku sangat sedikit tapi, mungkin inilah yang terbaik bagiku. Kerana hanya Allah yang tahu tahap kemampuanku.

InsyaAllah. Semoga semester baru kali ini membawa seribu makna dan keinsafan dalam diriku juga sahabat.insyaAllah~

Wallahu’alam.Wassalam.

4 ulasan:

sayadalilah berkata...

‘mujur kamu gagal! Tu
bermaksud Allah sangat sayangkan kamu. Cuba kamu fikir selama ini
semasa kamu berjaya…ada kamu ingat Allah sentiasa? Mujur kamu gagal!
Allah nak kamu semakin dekat denganNya. Allah nak dengar suara kamu,
rintihan kamu saban hari, saban malam. Allah nak selamatkan kamu
daripada kealpaan dan kelalaian. M...ujur kamu gagal!’....

really like dis sentence yan!!!tq..chiyok yan!pasti ada hikmah di sebalik sesuatu itu..Allah akn tentukan yang terbaik utk kita...itu pasti!

Sebiru Hari Ini© berkata...

gud motivation for me.. mjur sy gagal..:)

pencinta ilmu berkata...

salam dik yan..
"mujur kamu gagal"..
hmm..kata2 yg mgndungi sejuta makna..

"kegagalan adlh satu langkah menuju kejayaan"..renungi bersama..akk akn motivasikan dri dgn kata2 ni ble kegagalam melanda dri.huhu..Innallaha ma'ana..all d best dik yan utk sem baru ni..gambatey! (^_^)

munadhia berkata...

to all > syukran ala ziarah. =) word says 'kita bukan gagal tapi kejayaan kt tertangguh!' selagimana kt masih hidup, bukan satu jangka masa saja menentukan samada kt gagal atau berjaya. ia adalah ukuran selama mana kt hidup. dan kesudahannya hanya apabila kt menemui ajal kelak. org yg berjaya adlh org yg mendapat tmpat d syurga kelak...smoga kt smua tergolong dlm golongan ini. amiin~

'mujur kamu gagal' jika dgn gagal kamu ingat Allah. tapi, 'tidak mujurlah' bagi mereka yg gagal tapi masih lalai daripada mengingati Allah. takut juga. tidak tahu di mana diri ini berada. wallahu'alam.