Rabu, September 23, 2009

Hari Keluarga Kali Pertama


Salam'alaik.

Alhamdulillah, raya pada kali ini aku dapat bertemu hampir semua sanak saudara belah ibuku.

Perhimpunan Hari Keluarga Engku Haji Ngah bin Tuan Dalam diadakan buat pertama kali di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut Terengganu. Diadakan di Besut Terengganu kerana di sinilah bermulanya salah silah keluarga Allahyarham Engku Haji Ngah (moyangku). Perkahwinan Engku Haji Ngah dan Aminah Abdul Rahman dikurniakan 11 orang cahaya mata (datuk dan nenek saudaraku) iaitu : Engku Ibrahim (sulung), Engku Taib (kedua), Engku Rahmah (keempat), Engku Abu Bakar (kelima), Engku Mustafa (keenam), Engku Datuk Zainal Abidin (ketujuh), Engku Mohd Ali (kelapan), Engku Aishah (kesembilan), Engku Yusof (kesepuluh) dan yang kesebelas, Engku Ahmad Dahlan.

Anak ketiga merupakan Allahyarhamah Engku Khadijah @ Engku Nik yang juga merupakan nenekku. Beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu menunaikan haji di tanah suci Mekah. Jumlah keseluruhan ahli keluarga besar Engku Haji Ngah (daripada anak, cucu, cicit dan cuit) pada masa sekarang adalah seramai 270 orang.

Engku Haji Ngah meninggal dunia pada tahun 1986 disusuli oleh isterinya Aminah Abdul Rahman pada tahun 2001.

Sekadar sebuah catatan untuk pengetahuanku. (Kalau takde hari keluarga pasti aku tidak kenal sanak saudaraku. Alhamdulillah, aku dikurniakan ahli keluarga yang sangat besar =))

Keluarga Engku Ngah

3 ulasan:

keretasorong berkata...

wow ramai nyer...^_^

smpi wt kt skolah + nostalgic... :)

kluarga Engku, bce paper ari tuh suami erra n anak dier ader engku gak, akeluarga raje or ape ekk ...=]

munadhia berkata...

kt skol tgku mahmud ni skol turun temurun. that's y.. ritu mak sedara kata buat kt besut ni sbb tmpat ni byk nostalgia. jd, insyaAllah, every year wat kt sini gak. =)

bgus gak wat fmily day, bleh knal sanak saudara. kalu x msti sush sgt nk jmpa.huhu~

silalah wat hari keluarga jugak... =)

keretasorong berkata...

owh,

ader buat tp tak formal smpi wt skolah n tak kumpul dr mmoyang.

just start dr datuk, tu pn dh ramai :P

ape pn epy eid...

moga selamat perjalanan kembali ke uia ^_^