Khamis, September 17, 2009

Sedarlah... Kita Serba Cukup!


Salam’alaik.

Astaghfirullahal’adzhim…

Diri beristighfar panjang. Kalaulah ada sesiapa yang boleh membaca apa yang ada di hatiku tika ini, pasti terserlah jua sedikit sebanyak kejahatan nafsuku yang sering mendera hatiku. Sungguh, tidak mampu lagi aku menipu diri ini, kadang hadir di fikiranku penuh dengan kata ‘andaikan’. Andaikan aku seperti ini, dan andaikan aku seperti itu. Semua ini menggambarkan betapa diri ini kurang sekali bersyukur kepada nikmat Allah SWT. Astaghfirullah… Aku sangat lemah hingga tidak mampu menghindarkan diri daripada perkataan ‘andaikan’. Sifat seorang manusia yang tidak pernah merasakan ‘cukup’ dengan hidupnya. Itulah aku!

Tetapi, andaikan itu dapat aku buang tatkala aku berada di samping mereka yang kurang bernasib baik berbanding diriku. Pertemuan antara aku dan anak2 yatim sangat bermakna dan terkesan di hatiku. Malam itu aku bermalam di rumah Nadia di Subang Jaya. Tapi, pagi esoknya aku punya program bersama anak2 yatim dari Darul Kifayah. Maksudnya, aku perlu bergegas pulang ke UIA segera pagi esoknya.Risau juga kalau2 tidak sempat sampai. Tapi, InsyaAllah aku mesti boleh selesaikan semuanya dengan baik.

Malam itu memang tersangat penat, satu malam tidak tidur. Kami bertungkus lumus untuk menyiapkan projek subjek Environmental Science and System : Lighting Appraisal. Dan, jam 7 pagi selewat2nya aku harus bertolak pulang ke UIA untuk mengejar masa program yang bermula pukul 8.30 pagi. Dari rumah Nadia, Mardhiah menghantar aku, Hajar dan Bella ke stesen komuter Subang Jaya. Dan, kami bergerak pulang ke UIA.

Alhamdulillah,kami selamat sampai tapi agak terlewat sedikit. Kira2 jam 9 pagi, tapi, mujurlah program baru sahaja bermula. Melihat wajah adik2 yang seakan penuh menaruh harapan , kepenatan aku berkejar2 dan tidak tidur seakan tidak lagi terasa. Dan, yang paling tidak aku sangka ada di kalangan mereka yang mengenaliku. Rupanya mereka ini juga yang pernah hadir dalam majlis Ifthar IRK tahun lepas. Alhamdulillah, mudah sedikit bagiku untuk mendekati mereka. =)biiznillah.

HAKIKAT KEHIDUPAN : MENDIDIK DAN DIDIDIK

Dalam program kali ini aku ditaklifkan sebagai salah seorang fasilitator yang akan berada bersama mereka untuk beberapa slot sehingga majlis ifthar. Dan, melalui pertemuan ini aku telah mempelajari banyak perkara. Rasanya adik2 yang datang ini telah banyak membantu ku untuk merasa puas dengan nikmat yang aku peroleh. Dan, aku merupakan seorang yang tersangat beruntung di dunia ini. Alhamdulillah, baru aku sedari akan hakikat ini.

Cukup mudah hati mereka tersentuh tatkala aku menuturkan kata. Aku sebenarnya sangat takut untuk bersuara memandangkan aku tahu, adik2 yang tidak lagi punya ibu bapa, pasti hatinya sangat rapuh. Tapi, di wajah mereka tergambar satu sifat cekal dan tabah. Sukar juga bagiku untuk menyelami hati2 mereka ini. Tapi, setelah beberapa jam bersama barulah mereka senang meluahkan perasaan mereka. Aku masih ingat pesanan kakak2 naqibahku, dalam kita menyampaikan, dalam kita cuba untuk menyentuh hati mad’u, seharusnya kita bawa juga hati kita dalam tutur bicara kita. Memang susah pada awalnya, tapi, insyaAllah, andai tautan ukhwah sudah terjalin, andai tautan hati sudah bersatu, pasti segalanya jadi mudah. Dan itulah yang cuba aku lakukan.

ANDAI KITA ADALAH MEREKA

Pertama, kita letakkan diri kita dalam diri adik2. Dengan ini, lebih mudah bagi kita untuk menyelami dan memahami setiap kelakuan mereka. Adik2 yang bersama aku semua punya kisah yang perit dalam hidup. Ada antara mereka tak pernah sedikitpun merasa bahagia. Ya Allah, lihatlah betapa beruntungnya kita semua. Secebis kebahagiaan sekurang2nya pernah kita kecapi. Tapi, bagi adik2 yang umurnya baru sahaja mencecah 13tahun, mereka sangat matang dalam mengharungi liku hidup. Dan, inilah sesuatu yang mungkin tidak ada dalam diriku yang menjadi salah satu kelebihan mereka.

‘Kak, kitorang semua selalu kena buli kat asrama.’ Salah seorang adik mula berani bersuara. Aku terkejut dengan pengakuan tersebut, tapi, aku tidak terus mencelah… Seakan, mereka mula berani dan selesa untuk bercerita. Aku dan Kak Nor(ketua fasi kumpulan ku) membiarkan mereka bercerita.

‘Kadang2 kitorang disepak terajang, ditumbuk… Dan, dia ni baru je kena tampar kelmarin.’ Salah seorang adik meneruskan cerita sambil mencuit kawannya yang dikatakan baru sahaja ditampar wajahnya. Aku pelik. Siapa yang buli mereka?

‘Sapa buli adik2? Senior? Dekat situ pun ada kes buli ke dik?’

‘Banyak sangat. Hampir setiap hari pon ada kes kak. Kadang2 lebam-lebam kami dibuatnya. Ada sorang budak laki tu satu hari datang sekolah pakai mask H1N1 tu. Kitorang ingatkan dia demam ke apa, padahal dia cuba sembunyikan pipi dia tu. Lebam teruk kena tumbuk ngan senior.’

‘Astaghfirullah… sampai macam tu sekali? Pastu adik2 buat apa? Ada bagitahu cikgu tak?’

‘Kitorang tak berani buat apa2. Pernah mengadu kat cikgu tapi,kadang2 cikgu sendiri tak mampu nak buat apa2. Diorang (senior) kepala kat asrama. Kalau kitorang mengadu, mesti kitorang kena lagi teruk.’

Dan, mereka terus bercerita. Aku yakin, semua ini pasti berlaku pada setiap generasi. Kes turun temurun. Begitulah yang selalunya berlaku apabila tinggal di asrama. Tapi, tidak pernah pula aku mendengar kes seteruk ini berlaku. Dan, tidak lain tidak bukan, pasti kerana dendam atau saja suka2.

‘Adik2, walau seteruk mana pun adik2 diperlakukan, adik2 kena ingat… Dalam hidup kita sentiasa perlu ada sifat memaafkan. Adik2 tak boleh simpan dendam. Tak baik…’

‘Tapi kak, macam mana nak maafkan kalau teruk macam tu diorang buat.’ Pintas seorang adik. Ada di kalangan adik2ku yang sudah mula mengalirkan air mata. Aku tahu, pasti perit. Mereka tidak pernah meluahkan masalah ini, malah dipendamkan saja tanpa pengetahuan sesiapa. Sungguh, andai aku di tempat mereka, pasti aku tidak sekuat dan setabah itu.

‘Adik2, tahu satu perkara. Akak bangga sangat dengan adik2. Adik2 kuat. Adik2 tabah. Kadang2 akak malu dengan adik2. Akak tak sekuat ni walaupun ujian yang datang pada akak kecik je. Akak nak adik2 terus bersabar dengan ujian ni. Kepada senior adik2, biarlah bagaimana teruk sekalipun layanan mereka, maafkanlah… Adik2 tahu tak? Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain ni sangat mulia di sisi Allah tau…’ Kami mula berpelukan, ada antara mereka sudah teresak2 menangis. Sebenarnya bukan sekadar kes buli, tapi, banyak lagi perkara yang membuatkan mereka mengalirkan air mata. Aduhai, kuatnya hati mereka menyembunyikan setiap masalah mereka.

‘Kak, saya selalu diejek…’ Seorang adik yang paling banyak berahsia antara kami kemudiannya bersuara.

‘Diejek apa dik?’

‘Mak ayah saya dah meninggal. Dari umur saya 7tahun lagi. Saya boleh hadapi, tapi, saya tak suka bila diorang suka ejek saya….’ Air mata laju mengalir di pipinya. Aku cuba menenangkan dan menunggu butir bicaranya seterusnya. ‘ Diorang ejek saya…. Diorang ejek saya anak luar nikah…’

‘Astaghfirullahal’adzhim… Adik, jangan main2 dengan perkataan tu… Sanggup diorang ejek macam tu? Diorang tahu ke apa maksudnya?’ Tak tahu kenapa, aku sendiri terasa berang dengan ejekan seperti itu. Adik yang aku kenal ini sangat baik orangnya. Tapi, dia memang seorang yang sangat pendiam. Aku agak sukar untuk menyelami hatinya, tapi, setelah lama bersama barulah dia berani bersuara. Menceritakan keperitan hidup yang dilaluinya. Rupanya, dia juga sering dibuli. Malah, dia mula menunjukkan kesan tumbukan di tangannya kepadaku. ‘Ya Allah, bagaimana mereka boleh menjadi setabah itu?’

‘Adik, akak bangga dengan adik2 semua. Adik2 masih mampu bertahan dengan semua ni. Akak tahu sangat perit kan… Allah pasti balas kesabaran dan ketabahan adik2 semua dengan kebaikan kelak. insyaAllah. Tapi, dengan syarat… Jangan ada dalam diri adik2 sifat dendam. Jangan sesekali berdendam dengan sesiapapun. Adik2 taknak berkawan dengan syaitan kan? Jadi, kikis sifat dendam tu…’ Aku bimbang, aku takut kelak adik2 yang aku jumpa hari ini menjadi seperti kakak senior mereka kelak kerana aku tahu… Senior tersebut pasti mengalami perkara yang sama sebelumnya.

Aku kemudiannya menghampiri seorang lagi adik kumpulanku. Kecil molek orangnya. Tapi, dialah yang paling tidak berhenti menangis dari tadi. Serba salah aku dibuatnya. ‘Dik, kenapa ni?’

‘Kak, saya teringat kakak saya.’ Dia mengesat2 matanya yang basah dengan air mata… ‘Laaa… ingatkan apa tadi… Alah, janganlah nangis… akak2 kan ada. Kitorang semua pun macam kakak adik juga…’ Aku cuba memujuk. Seronok aku dengan kerenah adik2 yang berbeza. Ada antara mereka menangis kerana teringat pada mak ayah, ada yang teringat pada kakak, ada juga yang teringat pada perjalanan hidup mereka yang tidak menentu.

KITA SANGAT BERUNTUNG!

Aku terfikir, apabila melihat pada adik2ku yang hidupnya penuh onak dan duri, barulah aku menyedari bahawa hakikat hidup ini bagi setiap manusia adalah berbeza sama sekali. Kadang2 aku merasakan aku lah yang paling susah, kadang2 aku merasakan akulah yang paling penat menghadapi ujian, tapi, pada hakikatnya, masih ramai yang lebih tidak bernasib baik berbanding diri ini. Aku sebenarnya sangat beruntung, sangat sangat sangat beruntung! punya keluarga yang cukup lengkap, punya sahabat yang sangat rapat dan memahami, punya semuanya yang menjadi keperluan dan kehendak. Ya, aku sangat beruntung! Terlebih beruntung! Alhamdulillah.

CUKUPLAH ALLAH BAGI DIRI INI!

Jika ingin aku ceritakan sehingga akhir pertemuan kami, sangatlah panjang kisahnya. Cukuplah setakat ini coretanku. Coretan kali ini dengan tujuan supaya kita semua merasa bersyukur dengan keadaan diri kita sekarang. Cuba lihat di sekeliling kita, serba cukup dengan semua yang kita perlu ada. Kita tidak sedikitpun kekurangan. Andai adapun kekurangan dari segi harta, kita masih kaya dengan kasih sayang. Andai adapun kita kekurangan dari segi pelajaran, kita masih punya peluang untuk menuntut ilmu, adapun kita kekurangan dari segi rupa paras, kita masih punya kesempurnaan sebagai seorang manusia. Kita punya akal yang mampu berfikir, kita punya hati yang masih boleh disentuh (dengan kata hikmah). Andai adapun kita kekurangan dari banyak perkara… Ingatlah, kita punya Allah. Cukuplah Allah bagi diri ini. Adanya Allah di hati, maka tidak akan lagi kita merasa kekurangan malah, terlebih cukup. Itulah nikmat yang paling bermakna buat kita. Di hati kita punya keimanan dan pada kita adanya Islam… insyaAllah.

Andai, masih juga kita merasakan kekurangan… Cuba kita hidup bersama mereka yang kurang bernasib baik berbanding kita. Dan, aku sangat beruntung boleh merasainya melalui pengalamanku berkongsi cerita dengan adik2 Darul Kifayah. Baru aku tahu aku sangat beruntung hidup di dunia ini!

Harus tabah dan harus kuat! insyaAllah.

Wallahu’alam. Wassalam.

Tiada ulasan: