Selasa, September 15, 2009

Kembali ke Sekolah =]

Salam’alaik.

HARI ISTIMEWA

Hari yang istimewa. Mengimbas kenangan beberapa tahun lalu sewaktu diri masih bergelar pelajar sekolah. SMK Menjalara, SMK Hamzah Machang, MRSM Kota Putra semuanya telah aku tinggalkan dengan seribu jejak kenangan yang sangat bermakna. Sehingga kini ingatan pada zaman persekolahan masih segar di ingatanku.

Hari ini sekali lagi kaki ini melangkah memasuki perkarangan MRSM Kota Putra. Setiap sudut nya aku perhatikan dan aku cuba untuk mengimbas kembali setiap peristiwa yang berlaku di sini (MRSM Kota Putra). Ini merupakan pertama kali aku melawat MRSM Kota Putra pada petang hari iaitu bukan pada waktu persekolahan. Memang niat di hatiku untuk berbuka puasa bersama adik2 junior ku sewaktu di sekolah dahulu. Dan, tidak kusangka hari ini aku mendapat banyak pengalaman dan kenangan yang sangat berharga. Sekali lagi di MRSM Kota Putra. =)

AKU KEMBALI KE SEKOLAH – GRAND IFTHAR DAN TERAWIKH

Aku nekad untuk ke KOPU hari ini. Memenuhi impian dan hasrat hatiku untuk menziarah warga Kota Putra. Aku sekadar berniat untuk menziarah adik2 di KOPU tapi tidak kusangka langkah kakiku ke KOPU turut membawa aku berjumpa guru2ku. ‘Grand Ifthar’ dan ‘Program Khatam Quran’ kebetulan diadakan pada hari ini. Penghargaan setinggi2nya buat Miss Yani dan adik2 ku yang sangat aku kasihi dan rindui yang sudi menerima dan menyambut kehadiranku dengan layanan yang sangat baik. =) Terima Kasih semua. =)

Hari ini, aku berada disamping guru2, semeja dengan mereka. Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa segan nya diri ini. Tapi, atas pelawaan Ustaz Mamat dan Miss Yani sendiri, aku tebalkan jua muka ini. Terdetik di hatiku, ‘satu hari ingin aku kembali ke sini untuk menjadi seorang pendidik pula.’ Tapi, anganku mati apabila aku teringat impian ibu dan ayahku yang ingin aku terus maju dalam bidang senibina.

AKU KEMBALI KE SEKOLAH – KHATAM QURAN

Aku kembali ke zaman sekolah. Terasa benar2 ingin kembali ke zaman dahulu, Ramadhan di KOPU. Alhamdulillah, aku berkesempatan solat maghrib di Kota Putra. Dan yang paling tidak aku sangka, secara tiba2 Miss Yani mengajak aku menjadi salah seorang peserta khatam Quran. Sangat segan, tapi, bila difikir balik, bila lagi?! Peluang bukan datang selalu. Seronok juga. =)

AKU KEMBALI KE SEKOLAH – BADAN WAKIL PELAJAR

Aku kembali ke zaman sekolah. Usai solat terawikh berjemaah, aku nyatakan hasratku pada Miss Yani, ‘Miss, saya teringin nak tengok bilik BWP.’ Dan, Miss mengajakku ke bilik BWP memandangkan Miss Yani memegang jawatan sebagai penasihat BWP sessi 08/09. Dan, rupanya BWP bukan lagi dipanggil BWP tetapi telahpun dipanggil SRC (Student Represetative Council) sebagaimana UIA. Rupanya malam ini juga SRC mengadakan perjumpaan sesama mereka, ‘post-mortem’ program khatam Quran dan Grand Ifthar. Secara tidak langsung aku menjadi salah seorang yang turut medengar ‘post-mortem’ daripada mereka.

Dan, aku terasa benar2 aku telah kembali ke zaman sekolah. Buat sahabatku bekas pelajar KOPU 05/06, sedarlah kita semua, rupanya banyak perkara penting yang telah kita tinggalkan mentah2 kepada adik2 kita di KOPU. BWP khususnya. Aku mendengar luahan masalah yang berlaku dalam BWP, dan, ianya seakan serupa dengan masalah yang kita hadapi dulu2. Dan, rupanya ahli BWP telah dikurangkan daripada 20 kepada 14 ahli. Dan khabarnya semakin berkurang menjadi 13 ahli.

Tapi, aku tetap berbangga dengan adik2 BWP 08/09, mereka mampu membuat perubahan sedikit sebanyak walaupun baru sahaja 3 bulan memegang tampuk pimpinan. Di bawah mereka telah tertubuhnya AJK untuk setiap biro. Dan, mereka juga telah berjaya mengendalikan Minggu Aktiviti Maktab. Alhamdulillah, semoga generasi mendatang terus maju dan gemilang. =)

Dan, untuk pengetahuan sahabat2 BWP05/06 juga, dengan izin, aku telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri sepanjang bergelar BWP05/06, aku berkongsi sedikit sebanyak masalah yang kita hadapi dahulu. Dan, mereka lebih banyak bertanya kemudiannya. Dan, aku suka keadaan begitu yang membuat aku dan mereka berfikir lebih jauh. Dan dalam masa yang sama membuatkan aku mengimbas kembali kenanganku dalam BWP. Yang terindah adalah tetap di zaman sekolahku.

TERIMA KASIH KOPU

Terima kasih aku ucapkan setinggi2 kepada semua yang menyambut kedatanganku hari ini. Aku hadir bukan untuk menerima layanan istimewa, cukuplah bagiku dapat kembali ke sekolah, mengimbau kenangan lalu dan berjumpa guru2 dan adik2 di Kopu. Itu sudah sangat menyeronokkan. Dan, hari ini aku benar2 merasakan aku kembali sebagai seorang pelajar, berterawikh bersama, ifthar bersama, berbual bersama, bermesyuarat bersama. Cuma, terasa seperti ada kekurangannya, lebih2 lagi apabila melihat gambar2 BWP di bilik gerakan, hatiku sayu. Terasa benar sebuah kehilangan yang tak mungkin lagi kembali.

Terima kasih KOPU kerana masih sudi menerima kehadiran diri ini. Tercapai sudah hasratku untuk ifthar di KOPU, terasa benar diri ini masih lagi sebahagian daripada KOPU yang tak dapat lagi dipisahkan. InsyaAllah, panjang umur, tiada aral melintang pasti kaki ini melangkah ke KOPU. insyaAllah.

Kepada cikgu2 yang banyak berjasa, tidak jemu mencurahkan ilmu, Terima Kasih setingginya aku ucapkan. Jasa kalian tak mungkin aku lupakan insyaAllah selagi hayat dikandung badan. =)

Sampai di sini dahulu coretan mengimbau sebuah kenangan. Tulisan kali ini sekadar ingin meluahkan rasa di hatiku, betapa gembiranya diri ini tatkala dapat lagi melangkah ke tangga pertama menara gading.

Wallahu’alam. Wassalam.

p/s : Thanx a lot especially to Miss Yani, Diba, Jaja, All BWP Members 08/09, and all KOPURIANS. =)

gambar daripada ululalbab

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam yan..sdpnyer dpt g KOpu..huhu..yan g ngn sape..sorg ek..

munadhia berkata...

w'slm nun. =) sronok sgt.kalu blh nk ajk smua yg cuti. tapi, xtau spe lg cuti. ajk aima, ye x reply msg...huhu~ jadi, last skali malu atau x, redah je sore2 pown... nun x cuti lagi?

aizatshafiq berkata...

dh byk perubahan ek?...
still tk b'kesempatn nk pergi...
maybe boleh buat reunion lgi...insyaallah...
dh lame sgt tk smpai ke kopu...

uwais al-malizy berkata...

sudah berhari-hari menanti entri terbaru yan..(^^)

hehe memang yan ni x boleh duduk diam2 kt rumah ye..

'back to school'!! wow sangat seronok kan..hurmm ada juga hajat begitu, nak jenguk2 sekolah tp belum berkesempatan lagi..

doakan!

munadhia berkata...

salam. syukran kak madiha. =)

dah lupa mcm mana nk dok diam. hehe~ kalu blh evday pon nk g skolah. insyaAllah, if brkesempatan nk g skol hamzah. tapi, seems lyke memg xda masa lapang.

diz year, bpk sdara kawen, jadi bz sket. dan 4 d first tyme, ad gathering keluarga belah mak. kna jgk hadirkn diri. =)

balik jarang2 je kak. mcm ni lah..huhu~

tapi, tetap ad projek 2 be finishd. isnin, bka skola trus ad presentation...huhu~

neway, 2 my dearest kak madiha, slmat hari raya maaf zahir batin. yan tau yan byk wat slh dgn akak... insyaAllah, i'll try my best 2 focus on pjuangn kita. =) cba untuk fikirkan ttg adik2 kita. insya Allah, doakan yep.

maaf once again buat kak madiha dan syukran kathiran untuk sgala2nya. k.madiha byk tolong yan. jazakillah ya ukhti. =)

sampaikan salam yan pada smua. syukran. wassalam. =)

sigembala berkata...

salam, memang langkah kanan la awak ye. saya pun x sempat lagi gi kopu. insyaAllah hari khamis raya ni sy g kopu sambil nak melawat rumah Hafifi. sy pn balik dekat raya. dah 2 tahun x pegi besut. tapi Alhamdulillah sekarang free sikit. trma ksh mantan bwp 05/06

(zulfahmi)

sigembala berkata...

salam
seronok la awak dapat gi kopu. saya dah 2 tahun x g besut. InsyaAllah raya ke-5 ni kalau xde aral nak gi kopu & rumah arwah Hafifi. Alhamdulillah cuti raya panjang sem ni. terima kasih mantan bwp 05/06 sebab sudi kongsi pengalaman dengan junior2.
(zulfahmi)

munadhia berkata...

salam.lorh sigembala ni kempis ke (gini ke eja?) hehe~ alhamdulillah. dpt gak gi. nak sribu daya xnak sribu dalih... ada adik bwp tny ttg kepeh...

insyaAllah, ajat nk g lawat gak umah pipi ngan anies n aima kot..insyaAllah.

syukran yep.