Ahad, Mei 17, 2009

Kenangan Pencetus Kebangkitan

‘Adik2 kasih dan sayang are you ready?’ Semua peserta melaungkan sambil menunjukkan ibu jari ke hadapan, ‘Yes, yes, yes!’

‘Adik2 kasih dan sayang, you are the….’ ‘ Best, Best, best’

Tersenyum sendiri aku apabila teringatkan wajah dan gelagat Kak Lin yang lucu dan ceria. Pertemuan kami pada sebuah program. Program yang banyak memberikanku inspirasi bagaimana harus aku melayan dan cuba memahami masalah pelajar2 sekolah menengah.

Satu inspirasi buatku, pagi itu aku diminta untuk membuat sebuah halaqah ringkas untuk mengisi sedikit masa luang. Secara tiba2 sahaja aku diarahkan begitu. Terfikir2 apa yang ingin aku berikan kepada mereka? Lalu aku teringat sesuatu. ‘Adik2, adik2 tahu tak kisah tentang bahtera Nabi Nuh?’ Semua diam, awal2 pagi sudah disuruh untuk berfikir. Aku tahu pasti ramai yang masih teringat2 katil di asrama. Terngiang2 mimpi semalam yang tidak sempat diketahui kesudahannya. ‘Baiklah, akak yakin mesti adik2 tahu tentang kisah bahtera Nabi Nuh, orang2 beriman semua selamat berada di dalam bahtera Nabi Nuh semasa banjir besar melanda. Tapi, apa jadi dengan orang2 yang tak beriman?’ Aku memandang satu demi satu wajah adik2 yang ada setengahnya ku kenal dan setengah lagi aku lupa namanya. Perkenalan yang singkat sudah mampu membuat aku selesa bersama pelajar di situ.

‘Orang2 yang tidak beriman akhirnya hanyut dan mati lemas akibat keingkaran mereka. Mereka ketinggalan kapal. Tapi, ini pilihan mereka sendiri kerana tidak mendengar malah mengejek seruan Nabi Nuh untuk mentauhidkan Allah yang satu. Jadi, adik2 rasa apa yang akak cuba sampaikan?’ Aku menyambung. Senyap seketika. Kelihatan seperti mereka hanya mahu mendengar jawapan daripadaku. Aku tahu, pagi2 begini, pastilah enjin masih belum panas.

‘Sekadar pesanan daripada kami kakak2 fasi, janganlah kita tertinggal kapal tersebut. Mestilah kita tidak sanggup menerima nasib yang sama dengan orang yang ditenggelami banjir. Keduanya, Nabi Nuh dengan orang2 yang beriman langsung tidak mengendahkan kritikan dan kejian orang lain, jadi, kita juga harus begitu, tak boleh terlalu mengambil kira akan kutukan dan pandangan orang lain dalam mengecapi kejayaan. Teruskan usaha, jangan berhenti! Ketiganya, pengajaran daripada kisah Nabi Nuh, kita kena sentiasa beringat, tidak kiralah betapa hebat ribut melanda, selagi keyakinan kita kepada Allah itu kuat, kita pasti selamat dalam lindunganNya insyaAllah.’ Pandangan seorang penyampai haruslah sentiasa pada pendengarnya, jangan pilih kasih, pandanglah wajah semuanya satu persatu. Pasti kita dapat membaca sesuatu daripada raut wajah mereka. Aku lihat ada yang mengangguk, dan ada yang hanya duduk diam. Sehinggalah mataku tertacap pada tag nama ‘Najah’. Aku tersenyum, ‘Kejayaan!’.

1 ulasan:

lailafillah berkata...

salam..yan memg mantap..insyaAllah..teruskan dakwah dik..