Isnin, Mei 11, 2009

Bintang Hati



Salam ‘alaik. Entri yang agak lambat.

Malam itu aku berhajat. Ingin sekali melihat sebutir bintang yang cahayanya terang di langit. Aku merebahkan diri selepas seharian penat berkejar ke sana ke mari sepanjang hari itu. Lalu, tertidur. Sedar2 sahaja jam menunjukkan 4.30pagi. Aku melihat ke luar tingkap. Hampa, aku hanya dapat melihat langit gelap gelita, tiada sebutir bintang yang bersinar. Lalu, aku gagahkan diri, bangkit menuju ke bilik air. Ya Allah, aku benar2 terkejut, sebaik membuka pintu bilik. Sebutir bintang sinarnya sangat terang seperti yang aku hajatkan. Ada beberapa bintang yang lain tetapi cahayanya malap tidak seperti sebutir bintang itu. Bintang yang istimewa! Seolah2 ia tersenyum padaku.

BINTANG ISTIMEWA

Siapakah bintang di hatimu? Nama yang bersinar, yang sering kau ingati? IBU, bintang di hatiku, pasti jua bintang di hati sesiapa sahaja. Hari itu, aku mewakilkan diri untuk menjadi salah seorang fasilitator Kem Motivasi SMK Redang Panjang. Malam pertama program, pihak modul menetapkan satu modul yang menarik dan menginsafkan. Hanya sebatang lilin yang menjadi penyuluh kegelapan malam. Suasana sunyi seketika. Arahan pertama, ‘Adik2, tuliskan nama 3 orang yang paling adik sayang dalam kertas yang disediakan mengikut susunan.’ Mereka akur, menulis satu demi satu nama.

Arahan kedua, ‘Adik2, kami nak adik2 renyukkan 2 nama yang adik paling kurang sayang daripada 3 nama tersebut.’ Aku lihat ada yang teragak2, ada juga yang hanya menurut arahan tanpa sebarang perasaan. ‘Dan nama yang tinggal, bakar!’ Seperti biasa yang perempuan lebih lembut hatinya. Mereka seakan2 faham apa yang cuba kami lakukan. Kelihatan semua teagak2 untuk membakar nama walaupun hakikatnya ia hanyalah satu nama di atas kertas biasa. Paling aku sebak apabila ada yang sudah teresak2 menangis. Oh tidak! Terasa sangat tidak sanggup mengenakan mereka. Nama yang dibakar itulah bintang di hati mereka sebenarnya. Dan kebanyakannya menulis nama IBU.

IBU, engkaulah ratu hatiku.

Ibu melahirkan penuh seksa,

keperitan dan kesakitannya bagai mahu bercerai jasad dan nyawa

Sungguh, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Aku tahu itu, tapi, seringkali aku terlupa.

Sehingga terkadang menjadikan aku anak derhaka.

Ibu, maafkan aku anakmu yang hina.

Aku tahu, marahmu bukan bermakna benci.

Marahmu kerana kau sayang.

Ibu, bimbangmu bukanlah mengongkong,

Tapi, bimbang itu bermakna kau kasih.

Terima kasih ibu kerana melahirkan aku sebagai anakmu.

Segala kekuranganku kau terima seadanya.

Tidak pula kau merungut akan kesusahan membesarkanku.

Ibu, sungguh mulia hatimu.

Ketahuilah ibu, kaulah ratu, kau lah bintang di hatiku.

‘Adik, kenapa nama ayah adik yang paling adik sayang? Kenapa bukan ibu?’ Soalku. Aku terkejut apabila nama ayah dan orang lain yang ditulis yang pertama, malah ada juga yang tidak memasukkan langsung nama ibu. ‘Adik, walau macam mana sekalipun ibu kita, dia tetap ibu kita. Kadang2 kita sering tersalah tafsir sikap ibu pada kita. Sekali ibu marah, kita kata ibu benci, padahal, jauh di sudut hati ibu, ibu sangat sayangkan kita. Itu tandanya ibu tersangat mengambil berat akan kita. Dik, jangan pula kita lupa, siapa yang melahirkan kita ke dunia? Kalau bukan kerana ibu sanggup menumpangkan kita di perutnya, pasti kita bukan di sini hari ini. Beban memikul kita selama 9 bulan bukanlah satu beban kecil. Tapi tersangat besar. Penantian 9 bulan juga bukanlah satu penantian yang sekejap. Tapi sangat lama. Ibu menghitung hari untuk melihat kita selamat melihat dunia. Dan hari ini, bertahun2 sudah kita mampu melihat keindahan dunia. Bukankah ini semua jasa ibu?’

Teringat aku akan pesan Kak Madiha, ‘Yan, nanti balik rumah, ikutlah apa juga kata mak dan ayah. Ni je masa kita bersama mereka. Masa ni, masa mereka masih ada, berbaktilah sebanyak yang mungkin untuk mereka. Ingat, tanpa mereka tak mungkin kita ada di sini hari ni. Tanpa mereka juga, kita mungkin tak mampu menjejakkan kaki ke universiti.’ Sebak dadaku mendengar nasihat Kak Madiha sebelum cuti sem hari tu. Pesanan Kak Madiha sangat terkesan di hatiku. Sehingga hari ini aku ingat pesan tersebut dan telan ia menjadi satu azam. Terima kasih Kak Madiha. =)

Konklusinya, siapa lagi yang mampu menandingi jasa seorang ibu? Lahirnya kita ke dunia kerana seorang insan bergelar ibu. Adakah itu satu jasa yang kecil? Tidak! seorang Perdana Menteri juga takkan lahir tanpa jasa pengorbanan seorang ibu. Jadi, janganlah pula kita sombong dengan pangkat dan darjat sehingga melupakan seorang ibu tua di desa ibarat Si tenggang yang derhaka.

Wallahu’alam.

3 ulasan:

lailafillah berkata...

subhanaAllah..yan..suke akak bace post yan kali ni..teringt waktu zaman sekolah..akak pon pernah dilakukan sprt itu oleh fesi..sedih rasenye.. ingtlah smpai bile2 pesan kak madiha tu yer..betul..tu je mase kite bersama mak ayah..waAllahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

UMMUL MUKMIN RAMLAH ABI SUFIYAN
Inilah cth wanita yang patut dijadikan teladan bagi muslimah zaman sekarang. Mengapa? krn orang-orang terdekat dan dicintainya merupakan musuh baginya. Mereka berusaha memurtadkan dan memalingkannya dari Islam. Dialah salah seorang ummul mukminin yang banyak diuji keimanannya.
Lagenda tersebut adalah Ramlah binti Abu Sufyan, putri seorang pemimpin Quraisy dan orang-orang musyrik hingga penaklukan Mekah. tetapi, Ramlah binti Abu Sufyan tetap beriman sekalipun ayahnya memaksa dirinya untuk kafir ketika itu. Abu Sufyan tak kuasa memaksakan kehendaknya, oleh itu anaknya menunjukkan pendirian yang kuat dan kemantapan tekad. Beliau rela menanggung beban yang melelahkan dan beban berat karena memperjuangkan akidahnya.
Pada mulanya beliau menikah dengan Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluk dengan gelaran Ummu Habibah.
Ummu habibah senantiasa bersabar dalam memikul beban lantaran memperjuangkan dinnya ,hanya seorang diri, jauh dari keluarga dan kampung halaman, bahkan terjadi musibah yang tidak dia sangka sebelumnya. Beliau berkata, "Aku melihat dalam mimpi, suamiku dengan bentuk yang sangat buruk dan menakutkan. Aku pun terperanjat dan bangun, kemudian aku memohon perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. Ternyata tatkala pagi suamiku telah memeluk agama Nasrani. Kuceritakan mimpiku kepadanya, namun ia tidak mengubah pendiriannya."
Suaminya mencoba dengan segala kemampuan untuk memurtadkannya, namun Ummu Habibah tetap istiqamah. Bahkan beliau justru mengajak suaminya untuk kembali ke Islam, walaupun ditolak mentah-mentah dan malah suaminya semakin asyik dengan khamr. Hal ini berterusan hingga ia meninggal.
Hari-hari berlalu di bumi hijrah, dengan ujian-ujian berat menemani Ummu Habibah. Terapi dengan keimanan yang dikaruniakan Allah SWT, dirinya mampu menghadapinya. Suatu malam, dia melihat dalam mimpinya ada yang memanggilnya "Wahai ummu mukminin...!". Beliaupun terperanjat bangun. Beliau menakwilkan mimpi tersebut bahwa Rasulullah SAW kelak akan menikahinya.
Setelah selesai masa iddah-nya, tiba-tiba ada seorang budak wanita (jariyah) dari Raja Najasyi yang memberitahukan kepada beliau bahwa Rasulullah SAW telah meminangnya. Alangkah bahagianya beliau mendengar kabar gembira tersebut, sehingga beliau berkata, "Semoga Allah memberikan kabar gembira untukmu." Lantas karena gembiranya dengan khabar itu, beliau menanggalkan gelang kakinya lalu diberikan kepada budak wanita yang membawa kabar tersebut. Setelah itu, beliau meminta Khalid bin Sa'id bin Al-‘Ash untuk menjadi wakil baginya menerima lamaran raja Najasy. Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Kala itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.
Ummu Habibah menempatkan urusan agama pada tempat yang pertama. Beliau utamakan akidahnya daripada keluarga. Beliau menyatakan bahwa kesetiaan beliau adalah tidak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul-Nya bukan untuk seorang pun selain keduanya.

munadhia berkata...

salam. syukran k.laila. yan x nyempat nk tulis banyak 2,3 hari ni. jadi, tulisan pun cincai2 saja.ikut kata hati. =) trima ksh ye kak. kak laila pon smakin manthop skang. keep it up! smoga jmpa nanti. salam sayang dn rndu. ;)

syukran buat ano.
cinta pertama cinta Allah, kedua cinta Rasul. selepas keduanya cinta ibu bapa. =) smoga kt smua istiqamah dn teguh dalam akidah yg benar. smoga thabat juga dlm prjuangan. insyaAllah. syukran. =)