Khamis, Oktober 16, 2008

Wal 'Asr





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Demi Masa,
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Melainkan yang beriman, dan beramal soleh,
Serta, berpesan2 dengan kebenaran, dan berpesan2 dengan kesabaran.
Al-‘Asr:1-3



Teringat aku pada suatu ketika dahulu di CFS, waktu itu beberapa ahli usrah datang lambat daripada waktu yang dijanjikan. Kakak naqibah memberikan kami pengajaran yang amat berharga. Kami disuruh membaca surah al-‘asr sebagai peringatan betapa pentingnya masa itu sehingga Allah sendiri bersumpah deminya di dalam al-Quran. Usrah dibatalkan gara2 masa dan janji yang tidak kami tepati. Sedih dan agak terkilan juga waktu itu, tapi, ia sudah cukup mengajarku dan sahabat untuk lebih menepati waktu. Tiba2 terbuka buku lama apabila semalam, Dr Aida bercakap tentang time management. Satu insiden telah berlaku yang kukira hanya budak 1st year Architecture saja yang tahu. Satu masa yang telah kami langgari, lalu kami diberi pengajaran yang setimpal. Aku tahu, Dr Aida amat penat dengan kerenah kami yang berbagai. Maklumlah, bukan seorang dua sahaja pelajar senibina tahun satu, tapi, lebih daripada 100 orang. Setiap pelajar ini membawa karakter yang berbeza.Fuuhh, kesian Dr Aida.
Kami ini ibarat anak2 kepada seorang pendidik, pendidik ibarat ibu atau bapa kedua kami. Yang tugasnya bukan sahaja mendidik, malah turut menjaga kami. Bukankah itu merupakan sesuatu yang amat memenatkan?? Jutaan maaf buat Dr Aida juga buat semua lecturer.

Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian...

Aku menghitung balik, adakah aku ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kerugian. Dalam islam itu sendiri amat menitikberatkan tentang masa. Andai masa tidak dimanfaatkan, kita boleh terlepas segalanya. Bukankah itu sesuatu yang rugi buat kita?? Dari kerana MASA, yang mempunyai kuasa.. Pepatah Arab mengatakan ‘masa ibarat pedang, jika kita tidak memotong, dia akan memotong kita.’ Samalah juga, andai kita tidak mengejar masa, dia akan kejar kita. Jadi, siapa yang menang..masa atau kita??

Teladan kisah sang arnab dan kura2, sang arnab bongkak, sangat yakin dia akan menang dalam perlumbaan dengan sang kura2, tapi, akhirnya dia kalah gara2 sikap menangguhnya. Begitulah kita, sang arnab itu kita, sang kura2 itu masa.. kita yakin kita boleh menang dengan masa, sehinggakan kita telah mengabaikan dan melambatkan banyak perkara yang disangka remeh.. Kita ingat, masa masih panjang tapi, sebenarnya, ia amat pendek. Kita perlu beringat, masa tak pernah berhenti berlari.. Lalu, terjadilah ‘pejam celik, pejam celik, dah hari ni..’ Ini merupakan aplikasi yang baik sebagai pelajar arkitek dalam menyiapkan beribu projek. Sedikit masa yang diabaikan telah menyebabkan kita dalam kerugian. Maka terjadilah insiden ‘tidak tidur’ dalam kalangan pelajar arkitek. (aku juga, sangat lemah dari segi pengurusan masa..huhu~ sama juga, kalau tidur tak siap projek, tak tidur pun masih tak cukup masa untuk siapkan projek...emmm.. macam mane yep??)

Mereka yang teruk dalam pengurusan masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa-La Bruyere.

Masa... satu waktu yang tidak pernah berhenti. Bak kata pepatah arab, masa itu hidup, jika kamu tidak menggunakan masa seolah2 kamu mati walaupun kamu bernyawa..’

Masa itu penting, apatah lagi bagi pejuang2 Islam seperti kita. Andai hanya satu saat masa kita tidak manfaatkan, pihak musuh sudah boleh mengalahkan kita dengan senang. Hanya petik satu jari, habis tumbang kita hanya kerana masa yang diabaikan. Sanggupkah kita??Sanggupkah kita (pejuang Islam) tumbang di tangan musuh hanya kerana sedikit masa yang tidak dimanfaatkan/terlambat?? (teringat latihan perang suatu ketika dahulu..sedikit masa yang kami terlambat menyebabkan seksaan yang teruk ke atas orang tebusan..juga boleh menyebabkan kematian tebusan ku rasa..kesian orang yang menjadi tebusan tersebut..huhu~)

Dalam wasiat ke sepuluh Hasan Al Banna sendiri ada bercakap tentang masa :

Kewajipan adalah lebih banyak dari waktu, oleh itu, tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatlah waktu penunaiannya.’

Dalam wasiat ini, Hasan Al Banna menasihatkan supaya kita bijak dalam menguruskan masa.. Masa diri sendiri, masa sahabat2, juga masa orang lain. Kita perlulah hormatinya. Kita juga mestilah mengerjakan sesuatu pekerjaan pada kadar yang tidak lebih dan tidak kurang dengan waktu yang sepatutnya untuk pekerjaan tersebut. Andai terlebih bermaksud sia2. Manakala, andai terkurang bermaksud kecuaian.

Oleh itu.. cuba kita nilai kembali, sudah berapa banyak masa yang telah kita kerugian. Aku sendiri, tersangat banyak rasanya...huhu~ Jadi,di manakah letaknya muhasabah kita?? Jom, sekarang kita gunakan muhasabah.. Cuba untuk tepati masa, cuba untuk manfaatkan masa sebaiknya, dan cuba untuk menjaga masa orang lain juga...Hormati masa orang lain, jangan pula gara2 kita yang tidak menghormati masa orang lain, kita turut menyumbang kepada kerugian orang tersebut... Setakat ini sahaja, sekadar pandangan dan peringatan buat diri dan sahabat...Wallahu’alam.

p/s: mungkin boleh belajar dari Jepun cara mereka menguruskan masa.. =)

Sumber : pengalaman diri dan Sepuluh Wasiat Hasan Al Banna, Pustaka Salam

2 ulasan:

Adlan berkata...

memang kita selalunya akan membuang masa. kadang terasa byk masa tak dimanfaatkan sebaiknya time praktikal ni.. hm..

halim qittun berkata...

btol tu..kdg2 ble muhasabah balik, trase btol yg kte x anggap sume bnde serius..
sebb tu kite abai tggungjawab, kte xhairan pasal kpentingan mase..
dan lg kte xtau kte akn dpersoalkan Allah pasal usia muda kte, kt ne kte habiskan..
Allah pun dah bersumpah atas name mase..
smoga kite batch bru ni amek iktibar dan pgajaran dari hukuman dr aida..

qittun..