Rabu, Oktober 22, 2008

Salam ‘alaik..
Hari ini, AGM Archimic.
Bukan niat di hati awalnya untuk menjadi salah seorang anggota Archimic.
Tidak juga terlintas di minda bahawa aku akan terpilih menjadi anggota Archimic.
Walau apapun, Alhamdulillah.
Mungkin ini menjadi satu jalan untuk aku mengembangkan sayap perjuanganku.
Aku ini bukanlah mempunyai sebarang pengalaman hebat dalam kepimpinan.
Sekadar pernah menjadi perwakilan pelajar sekolah cuma.
Suatu ketika dahulu..
Di KOPU,
Juga tidak terlintas untuk mengisi borang BWP,
Kerana adik2 yang mendesak ku turutkan jua..
Tahun sebelumnya,
Terpilih menjadi pengawas sekolah di Menjalara,
Ku letak jawatan.
tidak tahan dengan kerenah pelajar cina yang memonopoli sekolah.
Tidak aku tahu,
Takdir ku sedikit dalam kepimpinan,
Aku hanya berserah.
Antara layak dan tidak,
Antara mampu atau tidak,
Semuanya hanya Allah yang tahu.
Sebenarnya, aku takut.
Ketakutanku adalah pada ‘riak’,
Sebenarnya aku takut,
Ketakutanku adalah pada ‘tidak mampu’,
Aku juga takut,
Takutku pada ‘tidak layak’,
Takut..
Pada ‘AMANAH’,
Tanggungjawab ini amat besar bagiku,
Walaupun jawatannya tidaklah sebesar mana.
Aku tetap takut..
Takutku adalah pada ‘diri’..
Teringat kata sahabat,
Kita sebagai pemimpin,
Ibarat sebelah kaki berada di dalam neraka,
Selebihnya bergantung kepada bagaimana kita memimpin..
Wallahu’alam.
Jadi, adakah aku benar2 mampu??
Layakkah aku??
Adakah aku dapat memberikan jasa??
Hanya Allah yang tahu.
Terasa ingin menolak,
Ayah memberikan dorongan.
Sahabat memberikan sokongan.
Kata mereka...
YAKIN!!
Kata mereka,
BOLEH!!
Kata aku,
InsyaAllah, akan aku berikan yang terbaik.
Andai ternampak Archimic sedikit goyah kerana aku,
Maka, mungkin berundur adalah yang lebih baik.
‘Ya Allah, Kau jadikanlah diri ini sebagai ‘manfaat’ dalam perjuangan ini..’

Kata Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada sahabat ketika dilantik menjadi Khalifah,
‘Aku telah mengatur urusan kamu, tetapi, aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Maka, berikanlah pertolongan kepadaku. Andai aku bertindak benar, turutilah aku, andai aku salah, maka tegurlah aku.’
Semoga, aku dapat menjalankan tugas dengan baik. Insya-Allah.

Kata Saidina Ali bin Abi Thalib,
‘sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, maka, hendaklah dia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan, dia hendaklah memperelokkan tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri dan memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia.’

Semoga ini menjadi wasilah untuk aku merubah dan memperelok diri. Ameen.

-mentarbiyah untuk ditarbiyah-
-Memimpin untuk dipimpin-

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tk slh klau mencuba...demi kebaikan izyan sendiri dan org lain..saya tahu..izyan ade kebolehan untuk memimpin..dri ape yg izyan tulis..dan dri pengalaman izyan..mungkin pengalamn yg izyan timba pda masa ini boleh dijadikan satu pengalaman yg berguna kelak..
teruskan ape yg izyan rase berguna untuk diri..
dan apabila..kita memikul stu amanah..pengurusan masa yg paling penting..dan sy sendiri mengaku yg sya tk berapa pandai dlm pengurusan masa..

ape2 pun saye juz memberi pandangan..

halim qittun berkata...

tahniah dan takziah..atas taklifan..
Allah dah buka satu jalan dari beribu jalan utk berdakwah..
kesungguhan, keyakinana, kesediaan..sume perlu disebatikan..
skiranya ada pincang, bersedia utk menegur dan ditegur..sumenya perlu dgn cara berhikmah..
tetapi berundur bukan penyelesaian..
hidayah hak mutlak Allah..sekali teguran blum tntu mbuahkan hasil..
pokoknye mafhum surah al-'asr, berpesan-pesan dengan kbenaran dan kesabaran prlu djadikan pegangan..

bawalah amanah (taklif) dan bukan kmuliaan (tasyrif) dgn baik..kerana hidup utk Allah..
hidup biar bjasa..

--qittun

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Assalamualaikum..

Buat adik..

Teruskan perjuangan..jika diberi jalan untuk meneruskan perjuangan, berusahalah sedaya mungkin...jika diberi ruang untuk memimpin, jadilah pemimpin yang terbaik...dalam setiap perkara disusuli dengan hati yang bersih, ikhlas..insyaAllah Allah S.W.T akan sentiasa memberi petunjuk ke jalan yang benar..insyaAllah..:)

Tanpa Nama berkata...

salam. trima ksh buat smua. insyaAllah sy akn buat yg terbaik.. bila dpt taklifan ni, terasa amat berat bahu ni. mcm2 yg difikirkn. ape prubahan yg blh sy bawa?? pegang pos kebajikan. terasa sy sdng memikul sebuah kapal titanic yg didlmnya ribuan pnumpang. bg sy, kebajikan mrka adlh trletak di bahu sy.. sy tkut x mampu..tp, insyaAllah i'll do my best... sy fikir knapa Allah letakkan sy pd jalan ini. Psti ada hikmah.. Tp, andai smua ini buat sy lupa diri, andai sy melepaskn tggngjwb.. mgkn jln trbaik adlh brundur. Sy harap smua2 blh brikan pndapat dn idea. Sy tahu, klian adlh org yg hebat brbndg sy.. minta tnjuk ajar. yg brada di KAED, andai nmpk ksalahn sy, mnta teguran yep.. Trimas buat smua..neway, kpd mx tq, kalau sudi silalh ta'aruf.bt qittun jga, trima ksh. bt kak nurhuda, jga trima ksh. smoga ukhwah yg trjalin brkekalan walau hany d dunia blog..insyaAllah.amin.. =)

keretasorong berkata...

tahniah...
carilah kekuatan pada selayaknya...
tanggungjawab orng kata bebanan...
kalu bebanan,so kite kene ingat Allah tidak akan membebankan makhluknya,melainkan sesuai dengan kemampuannya.so, bebanan merupakan anugerah jua dari yang Esa. tanggungjawab ia juga dikatakan peluang, peluang untuk kita mentarbiah diri dan anggota2. "musleh wa musleh" kene ada, juga peluang untuk kita memperektikkan segala teori dakwah yg kita miliki. boleh jadi tanggungjaab juga ujian, kerana pelbagaia mcm bentuk ujian boleh hadir.tetapi lebih penting ujian agar kita tak lupa pada yang MAHAKUASA dan yang menganugerahkan kita segalanya.boleh dikonklusikan tanggungjawab=amanah.apa aku merepek nih?????(@_@)hehehe sila abaikan klu mengarut giler...






:)apapn fikir2kn...
tahniah kerana menjadi insan terpilih....
all da best...
be a thinker^_^

Tanpa Nama berkata...

kereta sorong.. trimas yep..
tp,knape kereta sorong? knape bukn kereta kebal ke, kete ferrari ke?? kan ke hebat tu.. hehe.. tau2... islam mengajar kita bersederhana.. btol tak..trimas ats nasihat tu..ske ble ada org yang mengingatkan kita slalu.. Alhamdulillah.buat smua.. kita smua merupakan insan trpilih. yang diberi nikmat merasa ukhwah ats dasr Islam..Alhamdulillah..

Adlan berkata...

congratulation for the position in Archimic..

bagus la orang da sokong kamu. da dapat amanah ni, kena la tunaikan tanggungjawab.

pastikan la sem dpn ada mcm2 aktiviti yg best utk dak2 KAED. I missed KAED so much..

Tanpa Nama berkata...

tq..doakan sy yep.. risau btol...huhu~

Huda Idris berkata...

huhu... mantap2. go yan go. insyaAllah leh. oooowh, archimic tu mcm idea yea? kk best of luck.. rjen yan udate blog.. malunyeh ngan blog yg lapuk.. skang ni kami cuti..so leh lah update ket2.. heehee

Tanpa Nama berkata...

em, kopu? mrms kopu eh? ow...

Tanpa Nama berkata...

ye kot.. mrsm kopu.. jarang org tau ttg kopu pon..ade sesape skol c2 ke dlu?