Rabu, Ogos 20, 2008

Tanggal 21Ogos...


Masjid Al-Aqsa


Kanak2 mati di Gaza

Hari ini merupakan 21Ogos.. Andai aku tidak dimaklumkan, pasti aku terlupa terus akan hari ini yang penuh sejarah.. Pada tarikh inilah Masjidil Aqsa dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland,Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila…Mungkin ramai yang tidak menyedari malah ada yang tidak mengendahkan langsung akan hal ini.. Ada yang kata aku amat bersemangat dengan berpakaian serba hitam.. jadi, adakah kita ingin berdiam diri sahaja di bumi Malaysia yang dikatakan aman ini???Aku tidak mampu menyumbangkan apa2, tapi aku amat berharap aku dapat menyumbang apa2.. Andai saja aku dapat terbang ke bumi Palestin, rasanya ingin saja menyelami nasib diri mereka di sana..Ingin berjuang b

ersama2 mereka.. Tapi aku tahu, sukar bagiku untuk menjadi setabah anak2 Palestin..Mungkin aku tidak kuat untuk menahan peluru dengan badan sendiri.. Mungkin juga aku tak sanggup untuk melihat darah memancut dari tubuhku..Entah lah.. aku amat lemah.. Oleh itu, hanya satu yang dapat aku lakukan saat ini, aku ingin membawa sahabat2 semua untuk menghayati kisah ADIK dan ISRAEL.. Kisahnya amat menyayat hati. Tapi, di sini aku hanya sertakan ringkasan ceritanya.. Kalau boleh, kita turut berjihad bersama mereka dengan menyelami semangat jihad mereka.. Cuba letakkan diri kita pada diri mereka…Wallahu`alam.

ADIK DAN ISRAEL

Adik ada seorang walid.

Walid adik syahid seusai solat sunat Aidil Fitri.

Adik nampak walid ditembak.

Adik sedih sangat.

Adik baru berumur 3tahun.

Adik selalu dengar orang bercakap tentang Israel.

Adik tahu Israel jahat.

Israel mahukan negeri adik.

Israel jugak yang bunuh walid adik.

Adik benci Israel.

Hari ini adik bangun awal pagi.

Adik sedih, adik nak menangis.

Walid tiada lagi untuk kejutkan adik. setiap pagi.

Tapi adik seorang lelaki.

Adik kena kuat.

Ummi kata walid pergi ke tempat yang sangat cantik.

'Ummi, adik mahu ikut walid'

Satu hari, adik nampak abang bersiap2.

Abang cium tangan ummi.

Abang bawa bola di tangannya.

Abang kata itu bukan bola tapi bom.Adik terpinga2.

Abang datang dekat adik.

Abang dukung dan usap kepala adik.

'Adik jaga ummi ya..'

Adik tanya,'Abang mau ke mana??'

Abang tersenyum. 'Abang mahu berjuang.'

Selepas abang pergi,ummi banyak bercerita tentang Israel pada adik.

Adik bencikan Israel sebab Israel bencikan Islam.

Israel hina Islam.

Israel jahat.

Adik bencikan musuh Allah, adik bencikan musuh Islam.

Adik mahu ikut abang.

Adik mahu berjuang.

Adik berlari keluar rumah.

Adik nampak kanak2 sedang membaling batu pada seorang tentera.

Adik tahu itu tentera Israel.

Tentera itulah yang bunuh walid.

Adik ambik beberapa biji batu.

Adik baling padanya.

Begitu juga kanak2 yang lain.

Kadang2 tentera itu menyerang balas.

Tentera yang jahat.

Kawan2 adik ramai tumbang angkara pelurunya.

Adik terus berlari pulang. menyelamatkan diri.

Pulang kerumah, adik dapat tahu bahawa abang sudah tiada.

'Syukur ya Huda, anakmu Yassin, telah syahid.'

'Anakmu salah seorang pengebom berani mati.'

'Kerana anakmu, ramai tentera Israel terkorban.'

Adik dengar Mak Cik Fatima maklumkan pada ummi.

Sorang lagi orang yang adik sayang telah syahid.

Semoga abang ditempatkan dalam golongan yang beriman. Amin.

Esoknya, rumah adik dikepung Israel.

Mereka berniat untuk membalas tindakan abang.

Adik nampak ummi disepak terajang.

Ummi tetap sabar.

Tidak lekang dari bibir ummi perkataan Ahad, ahad.

Adik takut.

Adik takut ummi mati.

Adik tiada sesiapa lagi di dunia ini.

Adik nampak, seorang tentera Israel mengacukan senapang pada ummi.

Ummi tetap tenang.

Tiada garisan gusar pada wajah ummi.

'Ummi, jangan tinggalkan adik!!'

Adik pejam mata.

Adik dengar bunyi tembakan yang kuat…….

KEJAM!! Peluru tetap dilepaskan…

MUHAMMAD!!!!!

Adik dengar suara ummi panggil adik..

Adik dengar ummi menangis.

Adik rasa sentuhan ummi pada tubuh adik.

Ada sesuatu mengalir dari tubuh adik..

Adik raba tubuh adik.

Ada darah. Merah. Pekat.

Adik rasa sangat sakit.

Sakit yang mencucuk2.

Adik nampak air mata ummi mengalir.

Adik cuba untuk tersenyum.

'Ummi, adik mahu jadi mujahid.'

'Ummi, adik rasa mengantuk. adik mahu tidur..'

'Ummi, adik nampak walid, adik nampak abang, adik nampak Jamal kawan adik..'

'Ummiiii……'


Buat para syuhada..Semoga syurga menanti mereka kelak.. Amin…


Zi yadii in maddati dunya yada

kami mempunyai kekuatan jika dunia memberikan kekuatan.

Abadan lan tastakiini abada

selamanya kami takkan menyerah selamanya.

huwa mai`e qalbi wa `azmi lil jihad…….

bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad.

likifaahi wal jihadi lil bilad……

untuk perjuangan dan jihad membela negeri…..

(Islami Ya Quds)


Betapa semangat juang mereka tinggi. Mereka perlukan kekuatan dari kita. Andai mampu untuk menyumbang, sumbanglah.. Kita mempunyai segala kekuatan, kita mempunyai sebuah keamanan..Kita berkongsi satu tali yang sama iaitu Islam.. Tidak rugi merasakan sedikit kesusahan mereka walaupun hanya terlahir di hati..


Buat yang membaca...Andai ada tersalah di mana2, harap ada yang sudi membetulkan…Walahu'alam

Isnin, Ogos 18, 2008

Kiblat yang satu..Jom solat...



Lets solat campaign

Solat-satu perkara yang amat penting tetapi, kadang2 amat dipandang remeh oleh kita…sekadar memenuhi tuntutan wajib, tanpa mengira kehadiran hati seiring dengannya.. Seringkali yang bergerak hanyalah jasad di atas sejadah, tetapi, hati dan fikiran entah di mana letaknya...

Jom Solat…

Memang senang untuk menunaikan solat.. Dalam masa lebih kurang lima minit.. maka, langsailah hutang kita dengan Allah.. Tapi.. Adakah kita telah memenuhi kriteria solat yang sempurna???

Firman Allah SWT yang bermaksud,

Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang2 yang lalai dalam solatnya..

(Al-Ma’un : 4-5)


Persoalan...adakah kita benar2 mengingati Allah dalam solat kita??Adakah hati kita benar2 hadir bersama nya??


Petikan Khusyuk Dalam Solat-TG Nik Abd. Aziz Nik Mat,

Hadir hati dalam solat itu adalah nyawa kepada solat tersebut. Sesungguhnya sesiapa yang tahu rahsia hadir hati dalam solat, maka dengan sendirinya ia perlu tahu bahawa lalai itu ialah lawan bagi solat, kerana lalai itu bercanggah dengan tujuan solat seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui firman Allah yang bermaksud :


Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu.
(Thaahaa:14)


Terkadang aku sendiri gagal untuk meletakkan Allah di hadapan segalanya.. teringat pasal projek dan sebagainya.. Kadang2 bila kesuntukan masa, sentiasa saja solat dalam terkejar2.. Langsung lupa untuk menghayati maksud solat… Sedihnya saat tu.. Kadang2 bila mengantuk..pergerakan ku amat longlai, malah dirasakan mahu rebah menyembah tanah..Dan kadang2, bila saat tenang datang, seratus peratus penumpuan pada solat yang akan didirikan, ada pula suara2 yang mengganggu di sekeliling… Bila kufikir balik.. Jadi, bilakah masanya aku benar2 dapat menghayati solat?? Macam mana dengan solatku pada tahun2 sebelum??? Aku menulis tentang solat kerana tertarik dengan Lets Solat Campaign yang sedang berlangsung di UIA .. Satu langkah dan kempen yang bagus bagi anak2 muda sepertiku yang mudah lupa…Jom bermuhasabah!!!Jom solat..dengan sebenar2 solat.. jom...~ =)

Alhamdulillah,akhirnya habis jugak projek minor 3..The transformation… Masa untuk membaca.. dan tadi,aku terbaca tentang malam untuk beristirehat, siang untuk bekerja dalam buku karya Harun Yahya yang bertajuk keindahan hidup dalam al Quran..Agak terkena dengan kehidupan ku yang kontra.. Malam bekerja siang berehat.. Antara isi tentang artikel ini adalah…

Firman Allah yang bermaksud

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang supaya kamu mencari kurnia Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi orang2 yang mendengar. (Yunus : 67)

Pengkajian tentang badan manusia mendedahkan bahawa proses metabolismanya ditetapkan untuk berehat pada waktu malam dan bekerja pada waktu siang. Bila matahari terbenam, glan (kelenjar) pineal (terletak di bawah otak),mula merembeskan melatonin. Rembesan ini membuatkan manusia rasa kurang cergas. Fungsi otak mula menurun dan suhu badan mula jatuh. Semua tindakbalas badan terhadap keadaan gelap, lama-kelamaan merendahkan produktiviti seseorang.

Apabila subuh menjelang, paras melatonin menurun dan pelbagai hormon diaktifkan. Sementara itu suhu badan meningkat dan fungsi otak sampai ke tahap maksimum. Faktor ini menyumbang kepada kecergasan, perhatian, atau minat dan produktiviti seseorang. Fakta tersebut seiring dengan ketajaman ayat, ‘Dia menjadikan malam untukmu supaya kamu beristirehat..’

Cantiknya al-Quran, dan betapa sistematiknya aturan Allah, dari segi sains dan kesihatan sendiri mengakui bahawa setiap apa yang terkandung dalam al Quran itu merupakan hikmah dan kebenaran belaka.. dan aku terfikir, sudah empat hari aku tidak tidur malam, malah waktu siang pun langsung tak sempat untuk melelapkan mata.. Maksudnya sudah 4hari jugak lah aku telah menyiksa diri.. Teringat pula aku pada Ust. Shauqi yang selalu mengajukan soalan, ‘adakah kita telah berlaku adil pada diri kita?? sanggup tak tidur kerana submission, lupa untuk makan.. malah lebih teruk, ada jugak yang lupa akan hutangnya dengan Allah..Lalu,biarkan hutang tak terlagsai walaupun sebenarnya kita mampu untuk melangsaikannya…’ Emm.. ni baru betul orang kata.. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang… Memang betul kata Ust Shauqi, sebenarnya, aku tidak berlaku adil pada diri sendiri.. dah lama aku cuba mencari cara yang lebih efektif untuk menjadi ‘budak archi’ yang pandai arrange masa.. tapi, aku masih lagi tak berjaya mencapai objektif.. emmm…macam mane yep???!! Walau macam mana pun cara, aku mesti berusaha ke arah itu..

Kesibukan mengajar kita untuk lebih menghargai masa...

Selasa, Ogos 05, 2008


Section 2
COLMAR

....sampailah kami ke Botanical Garden.. Bro Hisyam men 'divide'kan kami kepada beberapa kumpulan.. Aku bersama 9 rakan yang lain diarahkan untuk mengkaji tentang sejarah tempat yang bernama Botanical Garden tersebut...Lalu, kalutlah kami mencari sumber.. Pada awalnya, kami buntu.. tidak tahu siapakah gerangannya yang arif tentang tempat tersebut.. Ku tanya sister di kaunter kedai cenderamata, tak jugak beliau tahu.. Dan Alhamdulillah, Allah telah memudahkan jalan kami, akhirnya seorang yang bernama Kak Nor dapat menyelesaikan masalah kami.. Dengan pengalaman bekerja di situ sudah agak lama menyebabkan beliau antara orang yang arif tentang Botanical Garden.. Lalu, kami meng'interview' beliau dengan lagak orang pro....


Jika nak diceritakan satu2, panjang ceritanya.. dipendekkan cerita, kami pulang kira2 pukul 5.30pm.. Pergi dengan tangan kosong, setidak2nya kami pulang dengan membawa seribu pengalaman dan kenangan.. Mungkin tidak seindah Studio9 ke Pangkor, mungkin tak seindah memori bersama Studio 9, tapi ia cukup untuk mengukir kisah baru di dalam kotak memoriku.. Kalau bukan kerana Site Analysis, entah bila aku dapat melawat Kota Perancis Malaysia..

Sebenarnya, kisahku tidak mati di sini.. Tibanya kami di UIA, masing2 terbaring kepenatan di bilik.. Seusai solat isya' aku lihat seorang teman teresak2 di sebelahku.. sebenarnya aku sudah dapat mengagak apa yang terjadi.. dan, bila kutanya, sangkaan ku nyata benar.. innalillah...al-Fatihah buat datuknya sahabatku yang telah kembali ke rahmatullah 3pm semalam.. Aku cepat2 menyusun kata untuk diutarakan.. Sungguh aku buntu.. Tapi, sebagai sahabat, aku perlu menenangkannya.. tambahan pula, tanpa sengaja aku terbaca artikel tentang kematian di IluvIslam.. Memang aku berperanan dalam meredakan sedihnya.. Apa yep perlu ku buat?? Dengan berhati2 aku cuba memujuk hatinya... Alhamdulillah, dia dapat bertenang.. dan, sejenak aku membiarkan dia melayan perasaan...

Pengajaran daripada sebuah kematian.. Aku andaikan aku berada di tempat sahabatku itu..Bagaimanalah aku, andai aku menerima khabar sebuah kematian??? Mampukah aku menerimanya dengan tenang..Sedangkan tadi baru aku ketawa senang...

Saat itu juga bermain di mataku, baru sepanjang hari tadi kami semua bergelak ketawa, masalah semua kami lupa.. alih2, di sebelah malamnya kesedihan melanda.. Allah Maha Mengetahui segala..

Andainya pula, saat tadi aku bergelak ketawa.. dan sekelip mata, aku menjadi jasad yang tidak bernyawa.. sudah cukupkah amalanku???Sungguh, kurasa amat sedikit sekali.. sudah langsaikah hutangku semua.. Sungguh masih banyak yang tidak terbayar.. (Aja-RM1, Bella-RM10.20, Dol-RM12.50, UIA-RM 2,xxx...Ohhh,tidakk!!)Baru kutahu, aku benar2 tidak bersedia.. Tapi, sampai bila?? Bukankah mati itu datang tanpa kita duga?? Sesaat lagi mungkin, sedetik lagi, atau selepas satu huruf yang aku taip ini??? Ianya menjadi persoalan...Hanya Allah yang tahu bila masanya akan tiba..



Nampaknya, sampai sini sahaja dulu.. Sebenarnya, banyak yang ingin aku katakan tentang kematian.. Tapi, masa sekali lagi tidak mengizinkan.. Moga aku dapat menulis lagi di masa akan datang... insya-Allah..

Isnin, Ogos 04, 2008




Section 2
-Cormal, Bukit Tinggi-


Salam pembuka hari ini..
Semalam, kami (student archi 1st year) ber'trip' ke Bukit Tinggi, Pahang.. Menghadapi hari suka di sana.. Semua kelihatan gembira.. termasuklah aku.. al-maklumlah, ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Kota Perancis Malaysia..Bangunan di sana mencuri pandanganku..Yang paling aku gemari adalah Japanese Village..Teringat pulak aku akan impianku untuk ke Jepun yang tidak kesampaian dulu..sedih..Tapi, takpe..one day, i'll be there.. insya-Allah.. Moga2nya..
Kami bertolak dalam pukul 8.20pg, berhenti sebentar di Genting Sempah untuk sarapan pagi..Minum teh tarik sebagai pemanas perut.. mungkin sebagai sedikit bekalan tenaga untuk berjalan jauh..Setengah jam berhenti di Genting Sempah menbuatkan hati benar2 tidak sabar untuk tiba di Bukit Tinggi...Sabar saja lah...
Tiba di Cormal, Bukit Tinggi sekitar jam 9.40 pg.. Turun saja dari bas, masing2 sibuk bergambar kenangan..ala2 melancong, (padahal pada hakikatnya, kami ke Bukit Tinggi untuk site analysis)..Seronok jugak.. sambil menyelam minum air.. (menjelezkan adik2ku di rumah..kononnya..)
Kami berkumpul dan diagihkan tugas mengikut section.. luckily, section 2 dapat site Botanical Garden near to the Jappanese Village.. Makanya, kami menaiki trak/lori/?? (tak pasti apa nama kenderaannya) menuju ke Botanical Garden..Yey!!!...

Oopps.. takleh tulis pepanjang.. actually cerita ini akan berkesinambungan dengan satu kisah sedih..tapi, masa tak mengizinkan.. got to go.. lunch, pastu kelas BCM.. makanya.. salam..