Rabu, Ogos 18, 2010

Agar Kau Terus Bertahan, Agar Kau Terus Berjuang!


-sekadar gambar comel dari google-

‘Nik, kita janji ngan diri kita, buat terbaik sem ni. Kita taknak ulangi kesilapan yang sama!’ Apabila seorang sahabat menyuntik semangat dalam diriku, aku tertanya2, sebenarnya… mampukah aku berjanji dan menunaikan janji pada diriku sendiri?

Hari ini (Isnin) consultation seperti biasa. Bagi yang tidak mengetahui kisah hidup sebagai pelajar senibina, ketahuilah bahawa kami sangat unik! ;p Sesi pembelajaran bukan biasa bukan juga luar biasa tapi, kami punya dunia kami yang harus penuh khayalan dan anganan. ‘Kalau kamu seorang klien, kamu nak design yang macam mana? Bermain dengan psikologi dan perasaan. Nak perasaan berada di kampung ke, Bandar ke…Kamu yang tentukannya!’

***

‘Nik, mulai hari ni, kita sama2 kena janji dengan diri, tak boleh down, tak boleh stress, design diterima atau tak, kena consult juga sekurang2nya dua kali setiap masa studio!’ Berdebar sebaik mendengar kata2 semangat daripada Mardhiah. Aku takut untuk berjanji dengan diriku sendiri. Benar2 takut. Tapi, setakat ini semangat masih ada kerana aku pernah melalui saat kejatuhan yang menyebabkan aku tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama. Semoga Allah mudahkan~

‘Mar, kita tak boleh janji dengan diri kita sendiri, tapi, kita cuba!’ Mardhiah genggam tanganku. Sejuk!

‘Kita berdebar!’ Entah mengapa apabila naik tahun 3, terasa lebih berdebar sebaik ingin bertemu lecturer dan consult. Bukan susah, sekadar duduk di hadapan lecturer dan consult. Sekadar terangkan apa yang ingin diterangkan dan mungkinlah kadang2 akan dibetulkan here and there. Dan, mungkinlah kadang2 akan direject terus design tersebut. Tapi, itukan lumrah sebagai pelajar senibina. Apabila kutanya abang situasi di UiTM bagaimana, abang kata sama sahaja kondisinya. As long as you are in architecture field, nah rasakan kritikan atau pujian~

Diri terus disibukkan dengan bermacam hal. Jauh dalam diri nekad ingin berusaha sehabis baik. ‘Tidur tak semalam?’ Persoalan biasa bagi pelajar senibina. ‘Kalaulah jaga2 sekejap dan lelap2 sekejap itu boleh dinamakan tidur maksudnya tidurlah.’ Bagus sekurang2nya ada sedikit rehat!

Allah SWT berfirman bermaksud;

‘dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.’ (At-Taubah : 105)

‘bekerjalah, belajarlah dan beramallah- rasakan ia sebagai satu ibadah…’

***

Di sini bukan bermaksud ingin mengadu, sekadar ingin menyuntik semangat baru dalam diri. Seorang sahabat yang memahami kondisiku, sebenarnya aku mengharapkan lebih ramai memahami kondisiku. Tapi, siapalah aku, sedang aku sendiri tidak memahami kondisi orang di sekelilingku. ‘Yan, kita takkan berehat selagi Izrail belum datang mencabut nyawa kita! Kita sentiasa belajar dan sentiasa berjuang sehingga ke nafas terakhir kita!’ Subhanallah, berderau darahku, meremang bulu romaku mendengar kata2 sahabat tersebut. ‘Yan, sabarlah!’ Kadang2 aku tidak suka kata2 yang datang daripada seorang sahabat baik sebab aku tidak suka hatiku terusik dan aku tidak suka mataku basah. Terima kasih sahabat~

‘Yan, dalam hidup kita ni, Allah telah pilih kita untuk lalui jalan ni. Kita sangat bertuah. Disibukkan dengan sesuatu yang Allah janjikan ganjaran lumayan kelak. Perjuangan seperti ini perlukan banyak pengorbanan. Selagi jasad masih bernyawa selagi itu perjuangan belum selesai. Kuncinya adalah sabar!’

‘Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.


‘Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.’ –Fathi Yakan, Bahtera Penyelamat.


Aku terlupa, masih banyak tanggungjawab yang belum terlaksana dengan baik, sebagai pelajar, daie dan pejuang… Makanya, adakah aku layak digelar dengan ketiga2 ‘term’ ini – pelajar, daie dan pejuang?


‘Nik, hang udah2 la busy2 lagi. Hang dah 3rd year. Cukuplah 1st year dan 2nd year tu…’ Aku tahu seorang sahabatku ini juga risau melihat kondisiku. Tapi kalaulah aku boleh memahamkan dirinya… ‘Aku tak mampu untuk berhenti tapi aku tak mampu juga untuk terus bertahan kadangnya… Kadang terpaksa menguatkan diri sendiri yang sebenarnya langsung tak punya kekuatan. Bila ditanya, ‘nik, boleh catch up ke semua subjek?’ kadang aku tidak mampu menjawab dengan baik sebab aku sendiri tidak pasti jawapannya.’… ‘Aku cuba yang terbaik! insyaAllah…’


‘Nota Buat diriku : Semoga hidup sentiasa positif!’ =)


***


Just a quick update while doing minor project yang meng’konfius’kan. sekadar mengisi masa kebuntuan. ;p

Telah ditulis pada Isnin, 6 Ramadhan.

Dilayangkan Jam Malaysia 4 pagi : Catatan 9 Ramadhan.

Sekadar nota buat diri ... ‘Agar aku terus bertahan, agar aku terus berjuang!’

Sabtu, Ogos 14, 2010

Diari Ramadhan 3


Kerap menulis dan kalau boleh ingin terus menulis. Menyelinap di sebalik kepadatan waktu. Mencelah di sebalik kekangan masa. Lagipun, bila naik tahun 3, setiap projek lebih banyak menggunakan komputer. Makanya, agak senang bagiku untuk menulis. Bila tertekan, aku akan mula menulis. Hilang sedikit tekanan insyaAllah. =)


Hari ini(Khamis) kelas agak padat juga selain hari Selasa. Dan hujan petang menyebabkanperjalananku sukar untuk pulang ke mahallah. Terlupa untuk sediakan payung sebelum hujan maka terpaksa mencari jalan jauh untuk pulang. Jam 6.30petang, dan terus ke Cafeteria Hafsa yang baru beberapa hari dibuka. Apabila pulang ke bilik, ku dapati teman sebilikku masih tidur. Mungkin sangat penat. Teman sebilikku kali ini berasal dari Jordan dan ini merupakan kali kedua aku diletakkan bersama foreigner. Kalau dahulu teman sebilikku dari India, Hindustan. Apabila bagitahu ayah, ayah seakan excited, ‘Muna, kecek la Hindustan!’ Dia memperkenalkan dirinya, ‘My name is Kushi.’ ‘Owh… I know… Kushi is happy? Is it right?’ Kushi tersenyum. Penting untuk memenangi hati seseorang dengan mencari ‘interest’ dalam dirinya. Atau mengetahui sesuatu tentang dirinya. Dan, bahasa antara penghubung yang boleh mendekatkan yang jauh.


Kali ini roommate ku berasal dari Jordan cukup ramah bernama Tasneem. Apabila bagitahu ayah, ‘Ayah, muna serumate dengan orang arab.’ Ayah kata, ‘Bagus2, kecek la arab nga dia.’ Makanya aku jawab, ‘Muna mana pandai kecek arab.’ Ayah cakap, ‘Belajarlah!’


Hari ini aku belajar sesuatu daripada Tasneem. Apabila Tasneem berbuka puasa aku sebut, ‘Selamat berbuka puasa.’ Tasneem senyum, ‘Terima kasih!’ dan apabila Tasneem ingin berterawikh, aku cakap, ‘Selamat berterawikh.’ Tasneem tanya aku, ‘Waah, Malaysian always used selamat-selamat. Selamat pagi, selamat petang…’


‘Owh…selamat is something like, happy in English. Like… Happy fasting, Happy Ramadhan. For a wish.’


‘But, we don’t practice this wishing…’


‘Owh… so, what will you say if you want to say selamat to somebody?’


‘A prayer… Taqabalallah… Hoping that your ibadah is acceptable by Him…’ Aku mengangguk. Aku masih ingat sewaktu awal aku mengenali Tasneem, dia selalu bertanya padaku tentang makanan melayu. Katanya susah untuk dia bagitahu penjual apabila inginkan sesuatu.


‘Izyan, can I ask something?’


‘Yeah, please come have a sit…’ Aku tak fasih berbahasa Inggeris, tapi, aku cuba. Tasneem duduk bersebelahanku dan dihulurkan kertas.


‘Please write to me I want some vegetable in malay.’ Dan aku tulis, ‘Saya nak sayur.’


‘What is it called if I want vegetables but I don’t want beef or chicken in it?’ Lama aku berfikir… Masakan apa yang sekadar sayur je? Aku sendiri tidak arif. Takkan lah aku nak tulis, ‘ulam’. Tasneem makan ke ulaman?


‘You mean, you want sayur campur but there’s no lauk in it?’ Aku tidak pasti Tasneem faham atau tidak. Usianya baya aku tapi, gayanya lebih matang berbandingku.


‘No, I don’t want sayur campur. Bosan. Is there any other vegetables in Malaysian dishes?’


‘Err…’ Aku buntu…Kalau aku pandai cakap arab kan senang. Dan, aku sendiri tak arif tentang nama makanan. Pandai makan saja.


***


Apabila Tasneem pulang dari kafe aku bertanya, ‘Tasneem, bought some sayur?’


‘Yes, but I just told them saya nak sayur. They suggest me to have this.’ Ditunjukkan padaku lauk dalam bungkusan. Aku sekadar senyum. Rasa kelakar pun ada. Situasi ni sedikit sebanyak mengingatkanku tentang perkenalanku dengan sepasang suami isteri warga Australia. Mereka belajar di UIA untuk 3 bulan. Semacam membuat research di sini. Rasa seronok apabila boleh bergaul dengan berlainan bangsa. Dapat mengenali dan mempelajari sedikit sebanyak budaya mereka. Sebagaimana pasangan suami isteri Australia itu begitu berminat untuk mengetahui tentang Malaysia. Dan aku dengan Bahasa Inggeris yang merangkak2 cuba juga menceritakan keistimewaan dan budaya masyarakat melayu. Kukira sekarang pasangan tersebut telah pulang ke Australia. Semoga berpeluang bertemu mereka lagi. =)


***


Ramadhan terus berjalan hari demi hari. Kadang tidak cukup sehari untuk memaksimumkan amalan. Tapi, sentiasa juga harus mengingatkan diri, ‘Ini Ramadhan, rebut peluang ini untuk mencari dan meraih fadhilatnya.’ Semoga amalan Ramadhan terus istiqamah ke Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah dan seterus2nya. insyaAllah.


‘Taqaballahuminna wa minkum. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. insyaAllah.amiin~’


***


Tamu mulia sudah datang, adakah sudah kita sediakan pelbagai juadah amalan? Bila tamu mulia ingin pergi, sehari demi sehari adakah kita sudah memberinya layanan yang terbaik? Menghidupkan malamnya dengan qiammullail, I’tikaf, zikir, amal kebaikan merupakan juadah yang lumayan dalam Ramadhan.


Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat, - Allah Ta'ala berfirman: “ kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. (Dalam puasa, anak Adam) meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi." (HR Bukhari dan Muslim)


Sekadar coretan. Wallahu’alam. =)