Selepas berkesempatan bertemu dengan Iman dan
ibunya, aku dan teman2 bergerak lagi ke sekitar ibu kota. Berdekatan kedai New
Fuyang berlatarkan pemandangan rel LRT dan sesekali menyusur laju LRT sebuah
demi sebuah mengeluarkan latar suara lagu ngilu geserannya. Itulah lagu ibukota
yang menemani para manusia yang mundar mandir di situ, juga sesekali kedengaran
bunyi trompet sumbang- hon daripada kenderaan yang kurang sabar di jalan. Malam
Ramadhan, pasti lagu2 indah sedang beralun di masjid oleh para imam dengan
lirik indah yang tak tertirukan oleh siapapun, bacaan alQuran yang malam itu
aku jadi rindu, tidak pula kedengaran walau seperlahan bunyi bisikan di sini.
Sekali aku tertinggal terawih awal Ramadhan. Tapi, lagu2 bingit yang kudengar
malam itu memberikan aku lebih banyak kesan yang menginsafkan, lagu2 bingit ibu
kota itu mengiringi kisah hidup yang menyedihkan, yang kurang juga mendapat
perhatian.
Di situlah, berdekatan kedai New Fuyang itulah
puncak aku dan teman2 diberi syarahan oleh Pakcik Jo. Seorang penagih yang
sudah berusia 54 tahun dan masih tidak meninggalkan kegiatannya mengambil
dadah. Malah Pakcik Jo juga sudah disahkan mengidap HIV+. Namun, malam itu
seorang penagih dadah dan penghidap HIV+ inilah yang banyak mengajarku tentang
hidup. Sebenarnya Pakcik Jo telah meluaskan mindaku untuk melihat nasib manusia
lain yang berbeza daripadaku. Pada awalnya aku seperti kurang berminat untuk
tahu banyak hal daripadanya tapi banyak kata2nya telah menyebabkan aku dan
teman2 terpaku dis itu. Kata Pakcik Jo, 'Sedih, dalam banyak2 perhatian yang
kami dapat, kerajaan langsung tak bantu kami.'
Mendengarkan luahan rasa sebegitu, aku lebih
terpaku. Mungkin akulah seorang wakil yang mendengar yang harus menyampaikan
kepada masyarakat bahawa jangan pandang sinis kepada mereka ini, ada kisah yang
ingin mereka sampaikan. Dengarlah sekejap, semoga ada manfaatnya. Pakcik Jo
terus menyambung apabila melihat kami diam. Aku merenung lantai, sesekali aku
membuka penutup pen, bersedia untuk menulis yang mana kurasakan penting, juga
menulis tentang perasaanku saat itu. Ya, aku harus menulis atau aku akan cepat
lupa akan kisah2 begini.
'Saya orang Islam, dan kebanyakan penagih
adalah orang Islam... Ya, mungkin kami silap memilih jalan, tapi, setiap
manusia itukan melakukan kesilapan. Silap kami adalah memilih jalan- mengambil
dadah yang kami rasakan sebuah penyelesaian kepada masalah yang kami hadapi.
Tapi, saya sendiri sedih bila tengok realiti hidup ni. Seorang penagih akan
selamanya dianggap kotor sehingga orang Islam sendiri menyisihkan kami padahal
kami ini juga seakidah. Saya ini... saya ini Alhamdulillah masih kenal Islam
sedikit sebanyak, masih percaya, masih berpegang pada akidah Islam....'
Mukadimah Pakcik Jo. Memang aku tak sempat menyalin setiap yang dikatakan Pakcik Jo, tapi, aku cuba mengingat setiap jis dan isi yang cuba disampaikan Pakcik Jo yang pada fizikalnya kelihatan seperti seorang yang normal. Tubuhnya perkasa, usianya 54tahun tetapi kelihatan sangat gagah seperti orang muda. Kami diberitahu bahawa dia masih punya anak dan isteri malah dah punya beberapa orang cucu.
Mukadimah Pakcik Jo. Memang aku tak sempat menyalin setiap yang dikatakan Pakcik Jo, tapi, aku cuba mengingat setiap jis dan isi yang cuba disampaikan Pakcik Jo yang pada fizikalnya kelihatan seperti seorang yang normal. Tubuhnya perkasa, usianya 54tahun tetapi kelihatan sangat gagah seperti orang muda. Kami diberitahu bahawa dia masih punya anak dan isteri malah dah punya beberapa orang cucu.
Pakcik Jo menyambung lagi, 'Ada sebuah gereja
di ...(lupa dimana), dan dalam organisasi gereja tu ada satu unit pembelaan
untuk gelandangan dan drug addict. Setiap minggu drug addicts dibawa ke gereja
untuk diberikan bantuan dan saya tahu mereka sedang cuba untuk menarik kami ke
agama Kristian. Sedih dengan keadaan ni, kita Islam tetapi yang banyak memberi
pertolongan adalah golongan bukan Islam, kadanag2 bukan hanya gereja, kuil2 pun
ada datang tolong. tapi...orang Islam. jarang sangat2. Sebab tu, saya rasa
gembira bila melihat kamu semua hari ini sanggup turun beri bantuan pada
kami...' Nah, sekali lagi aku mendengar tentang bantuan dan dakyah gereja
terhadap gelandangan. Tidak hanya itu, yang menyebabkan hatiku bagai ingin
gugur apabila Pakcik Jo sebut, 'Ada antara kami dah pun keluar agama Islam,
hasil dakyah gereja... dan antara kami ini juga sebab jasa baik gereja mereka
berubah, tak lagi menagih!' Maka saat itu, gugurlah jantungku mendengar khabar
seorang Islam telah keluar daripada agamanya hanya kerana disisihkan kuam
agamanya sendiri.
Pernah aku melihat secara langsung pengislaman
seorang cina di masjid, saat itu gugur air mataku melihat seorang insan yang
telah dituntun kembali ke fitrahnya. Dan, waktu mendengar khabar murtad begini,
aku membayangkan adakah para mubaligh kristian sedang bergembira dan menitis
air mata melihat dakyah mereka berjaya? Sanggupkah kita terus membiarkan hal
ini terus berlaku sedang kita yakin agama kita inilah satu2nya yang akan
membawa kita ke syurga? Atau masih ada yang ragu lalu rela melepaskan sahabat
seagama kita ini? Ah! Celaru fikiranku, hal ini membuatkan aku sedikit terfikir
masalah umat. Memang layaklah Nabi Muhammad junjungan kita merisaukan kita saat
baginda meninggalkan kita. Tiga patah kata yang sama, 'Ummati, ummati, ummati'
di saat wafatnya benar2 mengandungi jutaan makna. Pertama, baginda terlalu
sayangkan kita, Kedua, baginda terlalu risaukan kita, apabila ditinggalkan maka
pasti berlaku onar yang banyak dikalangan umatnya. Onar yang dilakukan sendiri
oleh umat yang tidak taat hari ini. Dan aku risau andai akulah antara sang
pembuat onar itu kerana pasif dalam menyambungkan tali dakwah baginda.
naudzubillah~
'Kami semua disini manusia, sama macam semua
orang yang normal macam kamu semua. Kami ni punya perasaan. Dan, jangan ingat
kami ini hanya orang2 miskin yang menagih. Tapi hakikatnya, jangan terkejut
apabila kamu bertemu dengan kakitangan kerajaan, bila berjumpa dengan penjawat2
besar kerajaan, jangan terkejut bertemu dengan orang yang pernah mendapat
ijazah, atau jangan terkejut terjumpa orang bijak pandai berada di kaki lima
sedang menagih.'
Dan kata2 Pakcik Jo antara yang paling aku
ingat dan terkesan, 'Saya ni mungkin nampak miskin, tapi, sebenarnya ramai
orang lebih miskin daripada saya. Saya mungkin perlukan bantuan, tapi, ramai
orang lebih perlukan bantuan daripada saya.' Dengan kata2 ini aku merenung
diriku sendiri.
Selama ini aku terlalu bergantung harap dengan
wang yang diberikan mak dan ayah, Hanya
sekejap aku bergantung dengan usahaku, iaitu sewaktu aku bekerja selama
beberapa bulan. Memang tak senang mencari duit sendiri tapi, jangan pula
sesekali kita anggapkan wang itu seratus peratus daripada usaha kita sendiri
sehingga lokek untuk memberi. Hakikat rezeki yang kita peroleh itu tidak satu
pun milik kita, kita untung diberi pinjam oleh Allah rezeki yang cukup, jadi,
mengapa masih sombong tidak mahu berkongsi? Itulah pelajaran yang aku dapat
dan, saat itu memang aku kesempitan wang, tapi, melihatkan ada yang lebih
memerlukan, wang terakhir yang ada dalam poketku, hanya itu yang ada, aku
hulurkan pada si kecil yang sangat menyentuh hatiku. Aku yakin, Allah pasti
akan membalasnya. =) insyaAllah amiin~
***
Selain pakcik Jo,aku tersentuh apabila bertemu
seorang wanita yang mungkin berpangkat kakak sedikit berbandingku, dia cina
muallaf dan aku simpati apabila dibagitahu bahawa dia tak punya ayah. Matanya
meliar, dan aku tahu mata yang meliar itulah tandanya dia seperti tidak sedia
menceritakan hal peribadinya kepadaku. Aku pegang tangannya dan mengajaknya turut
serta bersama kami, dia turutiku dan banyak juga bicaranya bagi melepaskan rasa
janggal berada dikalangan kami. Kemudian sekejap, dia hilang. Aku tak sempat memegangnya erat lagi. Allah lindungi wanita muallaf tadi!~
***
9.45pm, kami bergerak untuk pulang. Dan,
sewaktu hampir tiba di CCSC, kami terserempak lagi dengan Iman dan ibunya. Aku
mendukung Iman dan mendodoinya dengan menyebut kalimah tauhid. Ibunya
mengajarku, 'Ustaz ajar setiap kali dodoikan Iman, sebut Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar. Saya dodoi dia macam tu...' Hampir mengalir air
mataku waktu itu. Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.
'Ustaz mana yang ajar akak?' Soalku.
'Tiap hari Jumaat, saya ke Perkim, Ustaz2 suka
sangat main dengan Iman. Ustaz tulah yang bagi nama pada Iman. Saya diajar
agama kat Perkim. Saya Muallaf.' Aku mendengar, kagum dengan kesungguhan ibu
muda di hadapanku ini. Aku yakin satu hari penampilannya pasti berubah andai
dia terus istiqamah mendapat didikan di Perkim. insyaAllah. Doaku mengiringinya.
'Ustaz cakap, bila besar nak suruh Iman jadi
Ustaz.' Parah- hatiku tersentuh lagi. =') Amiin Ya Rabb!
Aku mencium Iman. 'Semoga Iman jadi anak yang
soleh kelak.'
kredit : Kak Aiza =)
***
Aku pulang dengan bermacam perasaan, dan
esoknya, Ramadhan kesembilan sehingga 3 hari lamanya aku jatuh demam.
***
PUISI
KETIGA
Di kotaraya- Kuala
Lumpur,
Malam, sedang umat sujud pada pencipta,
Meraikan 8 Ramadhan yang sempat tiba,
Sesekali tidak terawih berjemaah.
Pujuk hatiku, tak mengapalah~
Kami seakan berpeleseran di ibu kota,
Di jalanan,
Jalan Chow Kit,
Juga Lorong Hj Taib.
Mendengarkannya saja, perutku kecut,
Malam, sedang umat sujud pada pencipta,
Meraikan 8 Ramadhan yang sempat tiba,
Sesekali tidak terawih berjemaah.
Pujuk hatiku, tak mengapalah~
Kami seakan berpeleseran di ibu kota,
Di jalanan,
Jalan Chow Kit,
Juga Lorong Hj Taib.
Mendengarkannya saja, perutku kecut,
Pedih ibarat
seharian berpuasa, dan masih belum berbuka.
Badanku menggigil,
menolak prasangka buruk yang hadir silih berganti.
Mataku, mata sahabatku sedang melihat sebuah sketsa
Mengganti drama hari sabtu dikaca TV3,
Drama yang kami lihat,
ibarat wayang kulit yang berlaku secara langsung
Drama ini adalah drama realiti kehidupan
Manusia, manusia dibezakan oleh satu perkataan
NASIB!
Hanya kerana aku bernasib sedikit baik berbanding mereka
Bukan bermakna aku harus pejamkan mata.
'Lihat guna mata hatimu, dengar guna telinga empatimu.
Di situ ada seseorang perlukan sedikit kasihmu.'
Suara hatiku sekali lagi meraung agar turun egoku.
Ya, aku ego!
Ya, aku sombong!
Ya, aku terlalu berbangga dengan nasib baik diriku!
Tapi, mendengarkan satu kata,
Sekali lagi kudengar,
setelah sekali minggu lepas di Masjid Jamek,
'Gereja banyak bantu kita!'
Egoku terus hancur.
Sombongku terus jatuh.
Hatiku terus luluh.
Serta merta,
Aku mula mencintai tugasku ini.
Sukarela membela nasib manusia~
Badanku menggigil,
menolak prasangka buruk yang hadir silih berganti.
Mataku, mata sahabatku sedang melihat sebuah sketsa
Mengganti drama hari sabtu dikaca TV3,
Drama yang kami lihat,
ibarat wayang kulit yang berlaku secara langsung
Drama ini adalah drama realiti kehidupan
Manusia, manusia dibezakan oleh satu perkataan
NASIB!
Hanya kerana aku bernasib sedikit baik berbanding mereka
Bukan bermakna aku harus pejamkan mata.
'Lihat guna mata hatimu, dengar guna telinga empatimu.
Di situ ada seseorang perlukan sedikit kasihmu.'
Suara hatiku sekali lagi meraung agar turun egoku.
Ya, aku ego!
Ya, aku sombong!
Ya, aku terlalu berbangga dengan nasib baik diriku!
Tapi, mendengarkan satu kata,
Sekali lagi kudengar,
setelah sekali minggu lepas di Masjid Jamek,
'Gereja banyak bantu kita!'
Egoku terus hancur.
Sombongku terus jatuh.
Hatiku terus luluh.
Serta merta,
Aku mula mencintai tugasku ini.
Sukarela membela nasib manusia~
***
PUISI
AKHIR
Bersahur,
berpagian
Sambil
menanti subuh, aku bangkit.
Cuba
mengingatkan mimpi semalam.
Mencari
ibrah hari semalam
Mencari
hikmah hari semalam
Tak semua
orang tegar melihat kesusahan
dan
kepayahan yang dihadapi segelintir manusia
'Ini nasib
kita!'
Itulah
seolah ingin disampaikan umat gelandangan
juga umat
bertuhankan dadah di kaki lima~
Mereka
ibarat sedang berlayar
berlayar
ke sebuah dunia asing,
dunia
magika!
Mereka
sedang berlayar di dunia khayalan
dunia yang
tidak di dunia
dunia yang
tidak juga di planet mana2
melainkan
di dunia yang mereka cipta sendiri.
Begitulah
yang mereka sangka,
Jalan
terbaik lari daripada segala masalah hidup.
Tak
terfikirkan masalah maha dasyat akan lahir kemudiannya,
dari dadah
yang mereka wajibkan atas mereka
'Ini nasib
kami!'
Ya, senang
tutur, ibarat nasib itu sering tidak adil bagi mereka.
Sedangkan
setiap nasib itu boleh berubah
Allah Yang
Kuasa memberi jaminan itu
Bahawa
manusia itu sendiri yang harus berusaha mengubah nasibnya
Telaah
kalamNya,
'Allah
tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka
sendiri.'
Mungkin...
mereka tidak tahu hukum nasib
Maka
mereka terus hanyut dalam hujah, 'Ini nasib kami.'
Tapi,
kita?
Bagaimana
pula usaha kita dalam mengubah nasib kaum kita ini?
Adakah
membiarkan mereka hanyut itu usaha kita?
Atau
dengan menegakkan slogan, 'sampah masyarakat' itu usaha kita?
Atau,
mereka itu tidak layak diakui sebagai kaum kita?
Lalu
persetankan mereka?
Maka tidak
terlingkung dalam kewajipan kita mengubah mereka?
Fikirkanlah.
Apa usaha
kita yang tahu ini dalam mengubah nasib kaum kita sendiri?
Andai
tegar melihat mereka hanyut,
bernyanyi
riangkah kita?
'Biarkan
dia terjun dengan dadah2nya?'
kredit : Kak Aiza =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan