Taare Zameen Par, Ibarat bintang di bumi atau secara maksud
tersiratnya adalah, 'setiap kanak2 itu adalah istimewa'.
Rasanya sudah kali ke tiga menonton filem ini selepas direkemen oleh Munira Hamzah. Antara filem hindustan yang menjadi kegemaranku selain 3 Idiots.
Taare Zameen Par berkisah tentang seorang kanak2 dyslexia yang selama ini dianggap bodoh dan nakal tanpa disedari bahawa dia sebenarnya merupakan seorang insan istimewa. Menyedari setiap manusia itu punya kekurangan dan kelebihan, kelebihan Ishaan berbeza daripada kanak2 seusianya- Ishaan penuh dengan imaginasi diluar kemampuan manusia 'pandai' walaupun dia sering dianggap bodoh dan pemalas akibat selalu mendapat markah yang rendah di kelasnya. Dan, disebabkan tinggi berimaginasi jugalah, Ishaan dapat menghasilkan karya2 yang lebih hebat berbanding penjawat rank tertinggi di kelasnya. Amir Khan selaku seorang guru yang juga pernah mengalami nasib yang sama seperti Ishaan semasa kecilnya penuh keyakinan dapat menjadikan Ishaan sebagai orang yang tidak lagi dipandang rendah kelak. Mendatangkan ramai tokoh genius dunia yang waktu usia kecilnya sukar untuk menulis dan membaca, membuktikan, kanak2 seperti Ishaan sebenarnya mempunyai potensi yang luar biasa. Inilah yang cuba dibuktikan Cikgu Ram (Amir Khan).
Selebihnya, silalah tonton~ =D anda akan menemui sesuatu daripada filem ini.
Apa yang aku temui? Aku berjumpa dengan satu niat bahawa satu hari ingin sekali bertemu dan berbakti kepada kanak2 yang 'Ibarat Bintang Di Bumi' ini. Lalu terhasillah sebuah imaginasi novelku- imaginasi novelku adalah ingin menjadi seperti Adam (Patch Adam) yang menggembirakan para pesakit dan penghuni hospital, imaginasi novelku lagi ingin sentiasa melawat rumah kebajikan dan hospital untuk memberikan sedikit bahagia buat mereka yang sedikit kekurangan berbanding kita. Imaginasi novelku adalah ingin menjadi 'hero' yang mengubah persepsi dunia yang menganggap golongan kelainan upaya ini tidak layak menerima bahagia seperti insan sempurna (buktinya, ramai memandang lekeh golongan ini- dan kadang2 aku tergolong dalam kumpulan ini, bukan mudah membangun ikhlas kan?). Semoga imaginasi novelku ini menjadi nyata, walau hanya sekali berpeluang melaksanakannya. insyaAllah.
Admire watak Cikgu Ram sangat2~ =D Harap dapat menjadi seikhlas dirinya dalam mendidik insan istimewa. =')
***
Maksud Lirik lagu Taare Zameen Par
dan mahu tahu lanjut tentang filem ini, boleh klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan