Terasa nak dengar lagu Maher
Zain. Album Forgive Me yang diberikan Munirah (Moon) aku 'drag' ke playlist
Windows Media Player. Sekadar mendengar menjadi latar belakang sementara mata
sedang khusyuk pada skrin komputer riba milik ayah. Sedang berbual maya dengan
Syibrah, antara sahabat terbaikku. Lagu2 berkumandang hanya menjadi latar
belakang perbualan kami yang aku endahkan. Sehingga ada satu lagu yang menarik
minatku untuk berhenti sebentar dan menghayati bait liriknya. Sedang
berkumandang lagu So Soon, kali kedua berulang, barulah aku memahami isi
kandungan lagu tersebut. Lama aku hayati dan ulangi lagi lagu yang sama
berulang kali. Dan ulang lagi. Lama, air mata menitis setitik demi setitik.
Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

***
Untuk sesiapa yang tahu, pasti
tahu juga mengapa aku mampu menangis mendengar isi lagu ini. Untuk ramai umat
manusia yang telah pergi beralih ke kehidupan fasa seterusnya, terutama arwah
Che Cik, Inilah yang sedang aku renungi. Merenungi juga pemergian beberapa
sahabat di usia muda, Mereka ini - 'gone
so soon'.
Hari itu masih aku ingat 3
Ramadhan tarikhnya seorang sahabat pergi dan tragedi itu berlaku di UIA, ini
antara peristiwa yang paling aku ingat sebab, sahabatku itu yang sering aku
lakukan kesilapan terhadapnya. Kawanku sejak sekolah menengah dan menjadi
kepala murid sekolah waktu itu, akulah Setiausahanya. Bagaimana tidak aku
kenang?
Juga masihku ingat melihat
jenazah indah arwah Kak Hajar yang semasa hidupnya tidak sempat kukenal dekat
tapi keindahan cerita kematiannya cukup aku rindui. Mati itu indah? Ya, aku
melihat kematiannya sebagai sesuatu yang indah apabila dia pergi seolah dalam
keadaannya bersedia. Harum baunya dan cantik jenazahnya sudah cukup membuatkan
aku mengimpikan kematian sedemikian rupa. Allah, semoga akhir riwayatku ini
dalam husnul khatimah~ Juga dia pergi dalam Ramadhan.
Ini adalah antara orang2 yang aku
kenal 'gone so soon'. Dan, pagi Isnin yang lalu, aku menerima mesej daripada
seorang sahabat,
'Salam.ayah
menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 .10 pagi tadi di sisi mak,abang,kakak,dan
saya.moga keampunan dan rahmat mengiringi perjalanan ayah seterusnya. Al
fatihah.'
Aku
mengucap panjang, dua hari sebelumnya aku ke Hospital Besar Kuala Terengganu
melawat ayah sahabatku ini yang berada dalam keadaan koma. Sebab awal adalah
strok. Ayah Wan dibiasakan namanya pernah kujumpa beberapa kali. Pernah dua
kali kerumahku dan pernah aku ke rumahnya, dan terakhir berjumpa sewaktu dia
masih dalam keadaan sihat adalah sewaktu sahabatku ini akan terbang jauh ke
benua di balik Oceania. Terasa baru sangat aku melihatnya sihat, dan terasa
baru sangat aku berbual dengannya sewaktu keberangkatan anakny itu ke benua
Australia.
Tapi, kan
panggilan ajal itu tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat. Dia pergi dengan
tenang pagi Isnin, 24 Ramadhan 1433H. Aku sentiasa kehilangan kata setiap kali
menerima khabar kematian. Aku diam. Tak terucap, tak terkeluar kata ucapan yang
boleh menenagkan daripada bibirku. Otakku beku, lidahku jadi kelu. Aku diam.
Hanya kubalas pendek mesej tersebut.
***
So Soon,
nyanyian Maher Zain membuatkan aku teringatkan sahabat ku yang seorang itu,
yang sanggup pulang ke bumi Malaysia untuk melihat ayahandanya yang tanpa
diduga sahaja jatuh sakit. Gugur air mataku apabila meletakkan diriku
ditempatnya, dan gugur air mataku apabila terkenangkan sepupu2 kecilku di
Kuantan yang tidak lagi mendapat perlindungan di bawah kasih seorang ibu.
Inilah ujian yang Allah tujukan kepada mereka yang kuat. Allah lebih tahu,
Allah itu Maha Tahu. Dia tahu yang terbaik untuk hambaNya. Tinggal, para hamba
lemah ini jangan putus asa dengan setiap ujianNya. Ini hidup, wajib tempuhi
ujian!
***
Saat ini,
aku sedang berhadapan secara maya dengan sahabat baikku itu. dan, saat ini aku
sedang mendengar 'So Soon', masih
kuulang2. Kucari lagu So Soon di youtube, dan aku mesej dia sahabat baikku itu
lewat 'FB Message'. Aku taipkan lirik lagu tersebut, dan kepilkan link youtube lagu tersebut.
Syib, this song makes
me cry
"So Soon"
Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return.

Tapi ia juga memberi semangat bahawa memang semua manusia tu akan pergi, muda atau tua, miskin atau kaya. tak ada suatu pun boleh menghalang sebuah kematian. hal tu di tangan Tuhan. so soon- mungkin hari kita juga so soon. kalau kita kaya tak juga mampu menyelamatkan kita daripada mati, manakan mampu dibeli nyawa. Yang pergi akan tetap pergi dan yg dibawa adalah 3 prkara yang disebut nabi.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah
(tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan
tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah
orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
maka kita yang masih hidup ini
adalah anak2 yg solehah yang akan sentiasa mendoakannya. Yuk, kita berusaha
jadi anak yang soleh semoga setiap doa kita untuk ibubapa disalurkan apabila
mereka pergi.
Syib, Allah mendidikmu untuk berdikari, Allah mendidikmu untuk terus bersabar dan Allah mendidikmu untuk terus menghargai sebuah kehidupan. La Tahzan, kita ada Yang Maha Hidup yang tak pernah jauh bahkan lebih dekat daripada siapa juga. dekat seperti urat marih di leher. I want to see your smile yang boleh membuat dunia jadi ceria semula.
Moga Allah temukan dan kumpulkan
semua kita di syurga, jannatulfirdaus. amiin~ bertemu di sana, yg pasti lebih
bahagia insyaAllah.
***
Aku tahu, lagu tersebut pasti akan
membuatkannya menangis, bukan hanya dia, tapi aku juga. Bukan bermaksud untuk
membiarkan tangisnya berpanjangan. Tapi, melalui lagu itu, punya satu kenyataan
yang harus kita telan. Sampai bila harus bersedih sedang hakikatnya esok
mungkin hari kita pula untuk tinggalkan dunia ini. Tiada yang akan kekal abadi
hidup di dunia ini melainkan DIA Yang Maha Hidup.
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return.
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return.
Tabahlah sahabatku Wan Syibrah Hanisah binti Wan Sulaiman. Lebarkan
sayapmu mengejar citamu, jangan kesedihan terus memakan dirimu sehingga kau
lalai daripada terus menggapai sesuatu yang lebih besar dalam hidupmu. Masa
depanmu! Buktikan pada ayahanda tercinta bahawa kejayaan akan kau bawa pulang,
dan saat itu yakinlah dia sedang tersenyum melihatmu. Bangga melihat kau
sebagai anaknya yang berjaya! =)
***
Kepada Che Cik di sana, anak2 sedang merindui dan anak2 sedang berusaha
untuk berjaya- hadiah buat Che Cik walau tak sempat melihatnya. InsyaAllah,
Athilah sendiri sudah bersedia menghadapi UPSR dan masih menjadi tokoh harapan
sekolah. Alhamdulillah=) Dan, Athilah masih rindukan Che Cik, masih disebut2
sebab Che Cik lah pendorong utamanya untuk terus buat yang terbaik.
Azzalea si bongsu sangat lincah hari ini. beribu perkataan sudah dapat
disebutnya dan Azzalea dah kenal Kak Dina, Kak Sarah dan Kak Muna dengan baik
walaupun jarang berjumpa. Mak belikan kasut dan baju baru, gembiranya Zuhairah,
Zulaikha dan Azzalea memakainya sehingga tak mahu menanggalkannya.
Kakak2, selalu sebut untuk tinggal di Besut bersama Che Wo.Dan, harapan
ini bersama juga dengan harapan Muna, Sarah, Dina. Andai mereka lebih dekat,
lebih senang untuk melihat dan menjaga mereka semua. insyaAllah, semoga Ayah
Cik izinkan. Dan, sebenarnya mereka ingin lebih dekat dengan pusara bonda
mereka.
***
Muna harap senyuman Che Cik terukir di alam yang Muna sendiri tak dapat
bayangkan bagaimana- tersenyum melihatkan anak2 Che Cik yang sedang berusaha
untuk berjaya.
Semoga mereka menjadi anak yang soleh-solehah. amiin~
***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan