Di Dhaka, kami berasa sangat terasing pada awalnya. Rimas, terasa seperti dilirik2 dari atas ke bawah, dikerling2 dari tubir mata, ditenung2 seolah2 kami ini makhluk asing yang pertama kali turun ke bumi. Aku sendiri cuba bersikap selamba tapi, memang banyak perkara pelik di Dhaka sejak pertama kali menjejakkan kaki. Terasa aku yang terlebih jakun.. ‘Waaah.. tengok tu, lori dia berwarna warni...’, ‘Waahhh, jalan dia pun ada cat2...’, ‘Waah...Tengok orang tu bawak barang besar gila atas beca..’, ‘Waah!’, ‘Waaah!’ dan ‘Waah..’ Sungguh takjub dengan keunikan Kota Dhaka. Tapi, mereka juga mungkin takjub dengan kehadiran kami di sana... ‘Waahh, ada orang asing lawat Negara kita!’ =D
Jakoon : 'Waahh... lori berwarna warni!'
'Waah... jalan berwarna warni juga...'
'Waah...besarnya!'
Bekerja keras untuk mencari sesuap nasi
***
Sebelum ke site Lalbagh Fort, kami terlebih dahulu dibawa ke University of Asia Pacific. Kami diperkenalkan dengan Dr Sayid yang juga merupakan seorang pensyarah di UAP. Kedatangan kami sangat dialu2kan dan kami dibawa masuk ke studio tahun tiga senibina. Pada awalnya, aku sedikit terkejut dengan keadaan UAP. Sangat dhaif. Fikirku, ‘kalau inilah dikatakan university, aku seharusnya jutaan kali bersyukur sebab selama di Malaysia aku belajar dan menuntut ilmu dalam keadaan sangat selesa.’
Mula2 sampai di studio UAP
Teman pertama yang aku kenali adalah Moureen. Pertama kali aku masuk ke studio aku telahpun tertarik dengan gaya dan pemakaiannya. Moureen memakai tudung persis perempuan melayu, berjubah tidak seperti perempuan Bangladesh yang lain selesa bersalwar kameez dan berselendang di leher. Tapi, ramai juga yang aku dapati bertudung litup sebagaimana Afrina dan Muniya tunang Yasir dan ada juga berniqab seperti.... aku lupa namanya. ;p
Moureen atau dipangil Mou =)
***
Yasir merupakan antara pelajar yang paling rapat dengan kami. Dimana ada kami disitu ada Yasir. Dialah yang paling bersemangat membantu kami seperti superhero lagaknya. Bayangkan, sewaktu van yang kami naiki tersekat dalam jutaan rickshaw, dialah yang berani2 turun menjadi Polis trafik meleraikan keegoaan pemandu2 rickshaw dan kereta. Dan, bayangkan pula, setiap kali kami dalam kesusahan, dialah yang banyak membantu memudahkan yang susah. Perkara yang paling sinonim dengan Yasir adalah perkataan ‘Obviously’ yang selalu keluar dari bibirnya. Kalau kami cakap, ‘we want to eat...’ Yasir akan jawab, ‘Obviously we all are hungry...’ Kemudian kami ketawa. Masa mula mengetahui namanya Yasir, aku menambah, ‘Owh... like Yasir Arafat!’ dan dia menjawab, ‘Obviously, my name is Yasir Arafat.’ Kusangkakan hanya gurauan rupanya benar2 namanya Yasir Arafat. =)
***
Kalau nak diceritakan tentang semua kenalan di sana jawabnya sepuluh kali update pun tidak habis ceritanya. Tapi, yang paling aku terharu apabila sebelum pulang aku mendapat beberapa pemberian daripada teman2 di sana. Muneem dan Moureen berikan aku mini al Quran berserta rehal, Shawon apu (kakak Moureen) berikan sepasang Salwar Kameez ungu, Moureen sendiri berikan churi (gelang India) dan clay pot, Afrina berikan gelang kayu, Busyra berikan churi sama seperti Moureen, Muniya tunang Yasir berikan kekacang manis yang panjang, dan Yasir berikan gelang utas. Tapi, bukan aku seorang yang diberikan hadiah2 ini, semua kami pun dapat. =) Alhamdulillah, rezeki kami. =)
Churi (gelang kaca) pemberian Moureen dan Busyra
Tabung tanah liat yang dibuat oleh Mouren
***
Oh ya, kami berkenalan bukan setakat di university, malah Moureen menjemput kami ke rumahnya. Pertama kali ke rumah Moureen, kami disajikan dengan manisan bernama misti dan beberapa kuih muih Bangladesh. Kemudian kami disajikan pula dengan Kacchi Beriani yang menjadi kegemaran orang di sana. Kali kedua kami ke rumah Moureen adalah hari terakhir kami di Dhaka. Waktu itu, ibu saudara Moureen dan bapa saudaranya ada bersama. Aku sempat berbual dengan bapa saudara Mou yang merupakan seorang lawyer. Bercerita tentang pembangunan Malaysia dan Bangladesh. Perbualan menjadi panjang apabila satu keluarga Mou turut serta di ruang tamu.
Yang paling aku terharu adalah apabila setiap mereka mengingati namaku dengan baik lebih2 lagi Pranjol, adik bongsu Moureen yang berusia 5tahun. Pranjol memanggilku Izyan apu yang bermaksud kakak Izyan tapi kami selalu berbahasa isyarat sebab dia tidak tahu berbahasa Inggeris. ;p Cuma satu dua perkataan yang mampu aku sebut, ‘Pranjol, cholo(jom)...kaw (makan)’ dan selalunya dia menggeleng dan sebut, ‘Naa (tidak)’. Kadang2 juga Pranjol menarik tanganku membawaku ke beranda sambil rancak bercerita dalam Bahasa Bengali. Apabila usai bercerita aku akan cakap, ‘ami Bangla janina (saya tak tahu bahasa Bengali)’ ataupun aku sebut, ‘ki?’ bermaksud ‘apa?’.Itupun setelah diajar oleh Moureen. Kemudian Pranjol diam dan senyum2 manja.
Pranjol yang comel, adik bongsu Moureen
Di rumah Mou jugalah kami berkesempatan mencuba saree. Bermula dengan Maisarah dipakaikan oleh ibu Mou. Kemudian Kak Nurul kemudian, Mou menyuruhku pakai sama. Pada awalnya aku tidak mahu kerana segan, tapi, kali ini ibu Mou pula yang beria2 menarikku untuk memakai saree. Dan aku biarkan tubuhku dililit2 6meter kain saree berwarna hijau-hitam milik ibunya. Itupun dipilih ibunya sendiri. Pemakaian saree sangat unik dan sangat sukar. Lilitannya harus kemas dan betul atau ia akan cepat longgar dan tercabut. Apabila siap dipakaikan, ibu Mou membuat ‘thumbs up’, ‘perfect bride’ katanya. Aku hanya sengih tidak terkata. Itu pertama kali dan mungkin buat terakhir kali juga aku melihat diriku berbungkus dalam kain saree yang panjang. Dhonnobad (terima kasih) Moureen, Autie and Shawon apu. =)
Pemakaian saree
With students from Dhaka University
***
Jemputan ke rumah Moureen hanyalah untuk kami yang perempuan. Yang lelaki pula dijemput Yasir ke rumahnya. Dan, aku tidak tahu apakah kisah2 di rumah Yasir. Biarlah jadi rahsia mereka dan biarlah kisah kami di rumah Moureen juga menjadi rahsia kami. Cuma...Adakah mereka juga dipakaikan saree seperti kami? Oh, mestilah tidak! Rahsia mereka adalah, mereka shopping Punjabi dan fatoa sepuasnya di kedai berdekatan rumah Yasir. (dah terbongkar pun ;p).
Sampai sini dahulu.
Wallahu’alam.