Selasa, Disember 20, 2011

Us at USS

Universal Studio Singapore (USS), 17 Disember 2011 bersama keluarga Melati dan keluarga Sabri+Nani. 

Dulu2, selalu saja keluargaku akan berkhemah bersama keluarga adik ayahku (bapa saudaraku, Ayah Yee). Setiap tahun pasti ada aktivti keluarga bersama. Alhamdulillah, Allah berikan aku sebuah keluarga yang suka beraktiviti dan suka meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti. Baru2 ni pulang ke kampung ayah mengajak aku mendaki, tapi, disebabkan hari tersebut aku berpuasa jadi aku tak turut serta mendaki. Dan, baru2 ini juga, ayah menelefon bertanya samada ada masa lapang ataupun tidak pada hujung minggu ni. Sedang elok, projek WAMY dan disiapkan dan dah pun dibentangkan jadi, sementara menunggu projek lain masuk, aku dengan penuh semangatnya memberikan kata putus 'ya' untuk ke Singapore. Aku tak tahu apa perancangan sebenarnya ke sana, samada sekadar tengok negara jiran atau ada agenda lain. Sampai hari yang dimaksudkan, aku diberikan pamphlet Sentosa Island, Universal Studio Singapore oleh Che Nani ibu saudaraku...Rupanya, kami ke sini, ke dunia fantasi Universal Studio. Sedikit gambar yang sempat diambil (sebanyaknya lebih banyak bermain) adalah seperti berikut...=) (maaf, tak sempat nak susun gambar elok2. mula2 tangkap gambar banyak2, lepas tu, semua takmo pegang kamera dah sebab nak main2 je tahu...)

ni kat dalam kapal besar tu... kami OTW ke madagascar

ni penguin jahat dalam madagascar tu kan? watched madagascar dah lama, lupa nama watak2nya... tangkap gambar atas bot.


live show Waterworld, best! tapi, sapa2 yang duk depan, tengah memang senang je kena sembur air dan rasa bahang panas api.

setting props menarik dan ada bom segala buatkan semua lakonan nampak real. just imagine dalam tempat sempit ni boleh masuk kapal terbang, bot, dan boleh main2 jetski lagi. from top, actor tu terjun dalam kolam. ok, not bad sebab aku boleh terima la jugak action movie.

Jurassic Park, sempat naik roller coaster sopan dia je...=) (sopan sama maksud dengan roller coaster yang tak mencabutkan jantungku)

supposely ni last, tapi, takpe lah...ini masa jam 9malam, fireworks dia sangat chanteq, sangat rasakan hidup dalam fairytale. 

ni supposely at the beginning cerita, before masuk USS, kami bergambar di hadapan globe ni. tapi, sayangnya, aku dan Ayah Yee tak sempat nak berlari masuk dalam gambar....=)

Ayah Yee with his biwi

Fadhil dan si kecil Afif yang nampak je berani (mereka berdua melarikan diri daripada roller coaster, last skali naik gelas berpusing je...haih! tapi, yang best, mereka ini sempat masuk 3d transformers. macam real je duduk dalam robot katanya...)

parents beratur nak masuk roller coaster tanpa diketahuinya itu adalah roller coaster, dah sampai depan, semua keluar balik...pergi USS untuk beratur je. ;p

Selepas merasai pengembaraan di Madagascar...=) Mula2 memang semua acara sopan jadi, mak2 dan ayah2 dengan bangganya dapat menyertai anak2 mengembara sama. Tapi, bila sampai part2 adventure, semua dah berpecah. sorang nak naik roller coaster, sorang nak tengok show, sorang nak naik bot2 sopan. tapi, yang pasti semua tu kami perlu hadapi cabaran beratur panjang sekurang2nya setengah jam dahulu. 

Shrek house! Beware Ogre! Rasanya ni rumah shrek dengan anak2 dia tu kan? 

Far2 Away castle yang tak far2 away sangat. Depan mata je. =)

Ni la Shrek dan Fiona, tapi, panjang betul giliran untuk ambik gambar. so, ambik daripada jauhpon jadilah.=) (frust tak dapat tangkap gambar dengan Kungfu Panda)

Very cute corner. Stroller parking. Jutaan stroller park di sini. Comel OK!

Far2 Away castle with 4D Shrek Animation


Waterworld at 2pm canceled due to bad weather, ada orang frust buang je 7D di sini. haih!

Ni la orang2 frust tak dapat tengok Waterworld 2pm, tapi jam 4.30, cuaca Ok, jadi, kami ke sini lagi. =)

Woody Wood Pecker I guess. Entah zaman bila pernah tengok 'iklan' kartun ni... 

In front of Waterworld props after the show.

Tak tengok transformers, tapi, aku tahu ni Bumble Bee. kan2? kenal sikit2 transformers selepas kem DIA : the rise of the fallen. 

Dan ni mungkin Bumble Bee sebelum transform. Sangat tak logik OK! how come a very tiny2 Chevrolet can transform to big2 Bumble Bee? tapi, still, nice car! =)

Bumblee Bee lagi. Ada pics dengan Optimus Prime tapi, rasa gergasi sangatlah nak tarok kat sini. Lagipun, Bumble Bee ni lagi comel. =)

OK, rasanya sampai sini dulu. Mungkin tak thiqah sikit bila pergi tempat2 gini, tapi, one good thing is, aku sangat suka pergi ke mana saja asalkan bersama keluarga. kalau sebelum ni pergi ke hutan2, laut2, kali ni pergi ke dunia fantasi pulak. Secara jujurnya, sangat seronok sekali seumur hidup (mungkin) ke sana. Lepas2 ni mungkin dah susah nak gather2 dengan famili cam gini. Lots of thanx to Encik jamil (ayah) dan Encik Mohd Sabri (ayah yee) sebab bawa kami ke sini. =) muchos2 gracias ayah2 dan mak2 kerana meluangkan masa bersama anak2... =)

Selepas bunga api, kami terus pulang semula ke Malaysia, maksudnya, memang tak sempat pun nak ronda2 Singapore. sekadar sempat ronda2 Hollywood je...;p tak nampak jugak Marina Bay Sands yang 'kapal terbang terkandas atas bagunan tu'....Lain kali lah, insyaallah. =)  Apapun, suka bandar singapore sebab rekabentuk bandarnya dalam kehijauan. Malah highway dan jambatanpun akan ditanam creepers pada tiang2nya. Kesimpulannya, Green tech di Singapore 'macam' lebih maju! till now!

Salam. =)


Jumaat, Disember 09, 2011

Sekadar Coretan


Semalam ayah telefon. Ayah tanya, kenapa lama tak menulis? Kelmarin seorang adik membuat permintaan untuk aku menulis. Rupanya, ada juga yang mengambil berat akan kesepian dan kesunyian blog Setitik Dakwat. Bukan tak mahu menulis, sedangkan banyak yang ingin kutulis. Berkaitan banyak hal. Tapi, oleh kerana alat yang dinamakan laptop atau desktop tiada di tangan, maka, peluang untuk menulis sangat terhad. Jadi sekarang juga, aku lebih selesa menulis di muka buku, bukan facebook, tapi di dada2 buku dan journal yang dah kutinggalkan sejak mengenali diari elektronik seperti blog ini.

Lupa macam mana nak menulis, lupa macam mana nak mulakan penulisan. Ingin sekali menulis tentang kerjaya sebagai seorang arkitek, bukan tentang aku, tapi tentang arkitek secara amnya. Tentang ribuan persoalan dalam kerjaya reka dan bina ini. Isu rasuah yang ramai selesa bermain dengannya, isu syariat yang ramai terpaksa mengabaikannya. Ada firma yang secara berlumba2an membida rasuah tinggi untuk mendapatkan projek jutaan, dan ada juga yang menutup mata apabila terpaksa mereka kelab malam dan tempat maksiat. Aku sangat tabik pada seorang kawanku yang nekad berhenti kerja apabila disuruh mereka(design) sebuah kelab malam walaupun bergaji lumayan. Tapi, ada juga di kalangan kawan2ku dengan terpaksa menerima projek sedemikian hanya kerana sayang untuk tinggalkan karier Pembantu Arkitek di syarikat besar. Come on guys, kita graduate UIA, tolong lah ada prinsip untuk soal2 begini. Rezeki kita, bukan bos kita yang tentukan bukan? Hmm…

Bos cakap, biarlah kita naik perlahan2 asalkan kita bersih daripada rasuah. Walaupun dalam banyak hal aku tidak sependapat dengan Bos, tapi, dalam hal sebegini, aku setuju seratus peratus. Kadang2 rasa takut untuk bekerja di luar memandangkan pelbagai situasi telah ku dengar daripada kawan2ku yang lain. Semua mereka meniti hari di pejabat dengan seribu satu kisah yang berbeza walaupun pada hakikatnya pekerjaan kami lebih kurang sama. Tiba2 punya rasa untuk terus menjadi arkitek satu hari nanti walaupun tahu hari2 yang akan dilalui sangat penuh cabaran (tapi, sekadar angan2 Mat Jenin yang belum sampai tahap serius untuk melaksanakannya). Tapi rasa seakan tak mampu sehingga satu hari Bos mengeluarkan kertas ujian Teori yang bertanda merah A di atasnya. ‘Ni kertas awak kan?’ Aku teliti…. Ya2, namaku di situ. Tak sangka Bos masih menyimpannya. ‘Macam mana awak boleh dapat A?’ Hmmm… pertanyaan yang pelik. Beliau yang memeriksa kertasku, tapi, aku tahu ada maksud di sebalik pertanyaannya.

Macam mana Teori boleh dapat A? Aku sendiri tak tahu. Cuma yang aku tahu soalannya berkaitan dengan beza Muslim Architecture dengan Islamic Architecture. Masa tu memang aku mengarang panjang tapi aku rasa macam yang merepek lebih panjang… Macam mana ya boleh dapat A? ‘Owh bro, masa tu saya doa2 semoga bro lembut hati…’ Aku sengih menjawab. Bos renung, ‘Opps, saya gurau je…’

 Kemudian Bos cakap, ‘Izyan, baik awak sambung part2.’ Haih, entah pujukan yang keberapa kali. Dari hari pertama bekerja sehingga hari ini, Bos asyik cakap, ‘Izyan, baik sambung part2…’ Atau, Bos akan tanya, ‘Izyan, kenapa awak taknak sambung Part2?’

‘Kalau bro nak sponsor, saya sambung…’ Gurauku. Tapi tak sangka Bos cakap, ‘Ya2, I am thinking of that too…Kalau ada rezeki, saya sponsor awak semua untuk sambung part2…’ Haish pulok!

Kertas ujian yang A tu Bos tunjukkan sebab Bos nak sampaikan bahawa aku sebenarnya boleh buat. Aku boleh jadi arkitek macam orang lain. Tapi, aku tak yakin! Dan, aku tahu sebenarnya Bos inginkan seseorang yang berfikrah islamik dalam mendesign sebab tu masa mula2 aku masuk ofis, kerja pertama yang harus aku siapkan adalah fikirkan tentang konsep design iaitu konsep ‘Fitrah’, sehingga aku digelar Ustazah Arkitek (Tolonglah jangan panggil begini! I’m not that good enough la..). Jenuh aku mencari kaitan fitrah dengan design WAMY. Apa kaitan? InsyaAllah ada kaitannya… Cuma, ia terlalu subjektif untuk diobjektifkan… =) Done, Get ready for presentation this Monday!

Allah, permudahkanlah bagi kami urusan kami, Rezekikanlah bagi kami walau sezarah daripada KekayaanMu.

Doa Dhuha

Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu ,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

 Ya Allah jika rezekiku masih di  langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.

Khamis, November 17, 2011

Masalah Itu Ujian

Semua kita punya masalah? Ya, orang biasa kata masalah sebolehnya jangan dicari, tapi, kalau masalah mendatangi, ia harus juga dihadapi. Jangan sewenang2nya lari! Jangan takut menghadapi masalah, jangan gugup menyelesaikan masalah, jangan gentar perangi masalah. Hakikatnya masalah pasti datang iaitu sebagai cubaan dan dugaan hidup. Cuba sebutkan siapa dalam dunia ini tidak pernah punya masalah? Bahkan manusia kenamaan punya masalah, manusia kaya punya masalah, manusia sihat punya masalah, manusia baik punya masalah, apatah lagi manusia jahat memang bermasalah. 
Orang kenamaan sentiasa bingung bagaimana ingin menjaga namanya, orang kaya sentiasa menghitung untuk tidak kurang hartanya, orang sihat sentiasa lupa untuk mengekalkan kesihatannya. Lihat ini semua masalah yang akan mengundang masalah. Maksudnya, kita juga bermasalah apabila kita merasakan tiada masalah. Andai sahaja kita merasakan tidak bermasalah di sini(dunia), takut2, kita kelak akan lebih bermasalah sebaik berhadapan denganNya kelak. Faham kan? Entah, aku sendiri masih cuba untuk memahami apa yang sedang cuba kusampaikan. Nah, ini penulisan daripada orang yang sedang bermasalah dan ditimpa ujian tika ini.

Diri cuba lari dan cuba menghindari daripada berhadapan dengan masalah atau ujian yang datang. Inilah ujian yang Allah datangkan, bukan kerana DIA tak sayang bahkan lebih melimpah ruah sayangnya DIA sewaktu kita ditimpakan ujian. Ujian atau masalah datang sebagai tanda cinta DIA pada kita. Kenapa begitu? Sebab bukankah ujian itu satu peringatan buat kita? Mungkin Allah ingin mengingatkan kita akan satu kelalaian yang telah kita lakukan. Mungkin juga Allah ingin memberitahu kita nilaian iman yang kita miliki agar kita sentiasa memperbaikinya. Mungkin! Dan, masih banyak kemungkinannya yang lain.  

Analoginya begini…Andai ibu ayah memarahi kita, merotan kita… Adakah itu tandanya mereka membenci kita? Fikirku begitu di zaman aku masih tak mengerti apa maksud di sebalik kemarahan ayah ibu. Tapi, apabila diberikan kematangan fikiran, sebenarnya ayah ibu memarahi kita kerana itulah cara mendidik dan mengajar kita secara tidak langsung. Andai saja ayah ibu tidak menegah kita melakukan kesalahan di waktu kecil, takut2, bila sudah dewasa buluh yang terbentuk tidak lagi boleh dilenturkan.  Kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Fikirkan, kalau Allah tidak menegur kita dengan ujian, adakah sempat kita tersedar sebelum hari kematian? Allah, semoga kita memperoleh hidayahNya pada setiap desah nafas kita. Semoga kita menjadi orang2 yang diberi teguran sentiasa sebelum semuanya sudah terlambat. Semoga kita ini menjadi orang yang bahagia apabila berhadapan denganNya kelak.

Begitulah apabila Allah ingin mentarbiyah kita secara langsung. Allah akan datangkan ujian dan permasalahan untuk kita rasai. Setelah itu, Allah ingin melihat cara kita dalam mencari penyelesaian ujian dan permasalahan. Andai kita lebih banyak bergantung kepada makhluk dalam mencari penyelesaian, boleh saja kita tewas dan kalah dalam ujian tersebut. Andai kita letakkan pergantungan kepada Allah dalam mencari penyelesaian, insyaAllah kita pasti akan menang dalam ujian tersebut. Jangan melampaui batas dan harus berfikiran waras dalam menangani ujian dan masalah. Andai nafsu menguasai akal, habislah gagal kita dalam ujian, tapi, andai akal menguasai nafsu, insyaAllah kita akan peroleh gred terbaik dalam ujian. Gunakanlah akal sebaiknya sebagaimana ia merupakan anugerah Allah termahal yang tiada pada lain makhlukNya.

Berfikirlah secara baik saat ditimpa ujian. Tidak dapat dinafikan, kadang kita tak mampu berfikir secara waras sebaik ditimpa ujian, lalu, kita sering melampaui batas, hilang kesabaran dan mula berbuat derhaka. Tarik nafas sedalamnya, sentiasa wujudkan kesabaran dalam diri, sentiasa berusaha wujudkan ketenangan dan berusaha menjadi faktor penenang di dalam permasalahan dan ujian. Tegah diri daripada membuat perlakuan dan keputusan melulu dalam kemarahan. Boleh jadi ianya  datang daripada syaitan yang cuba mencari ruang di sebalik kelemahan kita. Syaitan itukan pantang ada celah sezarah, pasti akan disuntiknya virus2 kebencian dan kederhakaan. Naudzubillah.

Inilah pesan buat diri saat ditimpa ujian. Kadang aku kalah, bahkan sering saja aku kalah. Sebaik ditimpa ujian dan masalah aku sering menjadi seorang yang cengeng terlupa terus untuk berteguh. Terus lemah dan hilang daya untuk bertahan…Terlupa, la tahzan, Allahuma’ana. Allah itukan ada, sentiasa ada dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat marih yang di leher kita. Rasai kehadiranNya dengan meletakkan Dia yang tertinggi. Dengan cara itu insyaAllah kita akan sentiasa berada di lapangan yang selamat, tidak akan terbabas dengan panduanNya insyaAllah.

Muna, mantapkan diri dengan hati yang teguh. Jangan mudah rapuh dengan badai masalah yang datang. Hadapinya dengan tenang dan cari jalan penyelesaian dengan tenang juga. Selagi masih dikurniakan umur, jadilah sebagaimana sebatang pokok yang rendang. Pohon rendang lebat daunannya, banyak buahnya dan kuat akarnya. Pohon rendang itu daunnya menjadi atap peneduh, buahnya menjadi alas perut manusia, boleh juga menjadi mata pencarian manusia. Jadilah dirimu seorang yang berbakti kepada makhlukNya, jadilah dirimu orang yang berguna dan memberi manfaat kepada manusia sekaliannya, jadilah juga dirimu sumber ketenangan dan kesenangan orang di sekelilingmu. 
Jadi sebagaimana pokok rendang. Andai dipukul ribut akarnya tetap kuat mencengkam, batangnya mungkin hanya goyang tapi tetap teguh, daunnnya mungkin berguguran tapi hanya sedikit, rantingnya mungkin patah tapi tidak semua. Andai datang badai, teguhkan dan pasakkan akarmu iaitu iman dan islam agar ia terus kuat mencengkam, mungkin sesekali pendirianmu akan goyah tapi harus berusaha pertahankan, mungkin air mata berguguran tapi harus berusaha redakan, mungkin hati kan resah gelisah, tapi, harus berusaha pulihkan. 
Muna, jangan terus larutkan diri dalam kesedihan dan kegundahan yang berterusan. Harus cari jalan penyelesaian! Jangan lari kerana dirimu yang cuba lari daripada masalah itu tidak ubah seperti pohon pokok mati yang tidak diendahkan, tidak memberi manfaat kepada manusia, dan senang sekali ia rapuh sebaik diberi tekanan. Mohonlah pada DIA agar diberikan jalan penyelesaian kerana yang terbaik itu juga datang daripadaNya. =) BERUSAHALAH!    

 Kita manusia biasa dan masalah itu biasa bagi manusia biasa. =) Allah kan ada. =)

Andai Allah memecahkan kebuntuan dengan penyelesaian, jangan lupa, penyelesaian juga merupakan satu ujian.

Selamat bermuhasabah dan sebarang kelemahan dan kesalahan mohon di betulkan dan diberi teguran.=)

Jumaat, November 04, 2011

Memoir Kuala Ibai


‘Muna, ketam kat kaki!’ Jerit adikku Fadhil. Aku berkejaran cuba untuk menangkap ketam di paya petang itu. Bersama Fadhil dan kawannya Yo. Waktu itu usia ku 6tahun, Fadhil 5 tahun dan Yo juga 5 tahun. Aku masih boleh mengingati fizikal Yo dengn baik. Yo tidak sempurna fizikal seperti kami, aku masih ingat tangannya tidak sesempurna kami. Dia merupakan adik Azieda yang sebaya denganku dan merupakan anak orang kaya berumah ‘corner lot’ yang punya bot dan jetski di lamannya. Aku sentiasa berangan punya keluarga sekaya itu...Punya bot untuk merentas lautan luas, belayar mengelilingi dunia... Punya jetski untuk merempit di laut, dan waktu itu hanya rumah Yo yang punya ‘Mega TV’.

Rindu suasana di Kuala Ibai. Kalau orang tanya dalam banyak2 zaman seperti zaman kanak2, zaman sekolah2, atau zaman remaja , zaman mana yang paling ingin dikembalikan masa? Aku akan jawab zaman kanak2ku. Kenapa? Sebab aku bebas berlari ke segenap ruang dunia tanpa menghiraukan orang yang memandang. Terasa bebas seperti kanak2 yang bebas memasang angan mustahil dan angan ilusi. Tiada siapa menghalang cuma...

‘Muna, balik! Dah maghrib...’ Cuma, sesekali ada saja laungan ‘orang’ di rumah yang mencari2 memaksa kami pulang. Mak cakap tak elok balik dekat2 maghrib, lagi2 perempuan macam aku.

‘Fadhil, cepat kita balik... setan tengah berkeliaran ni...’ Bagitahuku. Aku selalu dengar orang kata kalau langit merah syaitan tengah berkeliaran... Tapi, aku selalu nampak kalau langit merah, dunia cantik sangat. Rasa macam nak duduk di luar lama2. Tak puas lagi main kejar2 dengan ketam paya... Tangkap ketam di paya Kuala Ibai sungguh seronok tapi, aku selalu juga dengar abang2ku bercerita, ‘kat situ kawasan bahaya, selalu tarik orang...’

‘Tarik orang?’ soalku. Waktu itu aku masih lagi merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Jadi, apa2pun aku akan sentiasa menjadi ‘follower’ adik dan abang2ku. Kadang2 mereka sendiri rimas dengan kehadiran adik perempuan yang manja ini.Hmmm... mungkin.

‘Ye la... makan orang... ramai orang lemas kat situ...’

Teringat juga cerita abang2ku tentang kawan mereka yang lemas sebab main2 di kuala. Main2 sampan kemudian salah sorang daripada mereka terjatuh daripada sampan dan lemas. Orang kata, tempat tu berhantu. Ada je yang lemas seperti ada sesuatu yang menarik daripada bawah. Ye la kalau lemas mestilah kita tenggelam dahulu kan seperti tertarik ke dasar. Pandailah si pereka cerita nak menakut2kan kanak2 sepertiku...

***

Alamat rumahku 102 Taman Purnama,rumah tempat asal dan kelahiranku. Di nombor 101 keluarga si kembar Adik dan Abang, adik si kembar iaitu Ayu seusia Fadhil rapat denganku. Hmmm...Mungkin tak, sebab aku lebih ingat banyak memori tentang kembar tak seiras-Adik dan Abang. ;p Mereka setahun lebih tua daripadaku dan merupakan kenalanku dan Fadhil sejak kecik. Selain itu, paling aku ingat Tokki Ayu, Tokki Ayu suka main kejar2 dengan kami. Usianya waktu itu sangat tua malah badannya sudah sedikit bongkok. Wajahnya berkedut seribu. Kadang2 hati baikku selalu kesiankan Tokki, selalu terpaksa berhambat dengan kami yang waktu itu sangat nakal. Pernah sekali kami main masak2 di halaman rumahnya.

‘Abang,adik...Pegi cari mancis...’ Aku berlakon2 jadi ibu yang meyuruh anak2 kembarnya mencari mancis untuk memasak.(read: mencari kayu api)

‘Ayu, pegi amik minyak...’ Hmm... Queen Control! Tapi, masalahnya, bukan rumah mak ayah aku yang jadi mangsa. Rumah Ayu lah yang jadi mangsa, habis barang dapur mak Ayu kami curi. Cari penutup tin biskut sebagai kuali. Daun2 sebagai sayur. Alhamdulillah semua bahan cukup. Oh ya, terlupa satu benda... ‘Kita kena korek tanah ni...nk masak nasik...’ Tanganku ligat mengorek tanah, mendapatkan pasir sebagai nasi. Tanah hitam dah berlubang gara2 sifat ‘tidak sayang bumi’ kami. Mujur kami tak terfikir nak makan daging, kalau tak mahunya kucing berekor2 di rumah Ayu tupun kami sembelih.

Takpe2... permainan kami hanya sekdar merosakkan tanah. Aku pernah dengar cerita lebih teruk daripada ini. Al kisahnya, bapa saudaraku sewaktu kecik dia mencangkul tanah dengan penuh semangat, mencari harta karun mungkin...Tiba2 terpancut air dari perut bumi. Dengan bahagia dan tanpa rasa bersalahnya dia memanggil Tok Ayahku, ‘Ayoh2, Ayih jumpa mata air! Ayoh, Ayih jumpa mata air ni...cepat!!!’

Tok Ayah tergesa2 ke belakang rumah, ‘Ya Allah, budak Haris ni! Tu bukan mata air...batang paip tu...’ Ish2, Ayah Yeh2... Tengok (read : see), kisah budak era 80-an lagi dasyat daripada kami yang membesar tahun 90-an. ;p At least kami korek tanah sikit2 je. =)

***

‘OK, kita masak guna api betul tau...baru best...’ Kami berusaha mencucuh api. Ambik dua batu bata sebagai penahan di kiri dan kanan. Aku selalu tengok ayah buat begini sewaktu berkhelah atau ‘camping’. Kalau ada lilin askar tu kan senang je nak nyala api. Ini kembung kempis pipi kami meniup2 bahan bakar ranting kayu dan daun kering. Sesekali api hidup, tapi tak sampai 60 saat, api padam balik. ‘Kita tak cukup daun ni...cari lagi!’ Hebat juga kanak2 Laskar Pelangi ini membuat perancangan masa depan. Berangan melihat keadaan kami 20tahun akan datang. Tak terfikir pula 20tahun akan datang orang dah masak guna dapur elektrik. ;p

Ranting2 kayu dan daun2 kering kami kutip sampai bersih halaman rumah. Bukan dengan niat untuk mengemas, tapi, dengan niat untuk mengotorkan lagi halaman rumah Ayu-Abang-Adik. Setelah api dihidupkan, maka berkepul2 asap meninggi ke udara. Masakan pertama, daun goreng dan batu goreng. Apabila naik bau, Tokki menjenguk ke luar tingkap.

‘Haish... budak2 ni, nak kena... main apa tu?’ Laung Tokki dari dalam rumah.

‘Kita main masak2 Tokki!’ Bagitahu kami dengan merasakan main masak2 tu tak salah- dengan muka ala2 Upin Ipin agaknya kami waktu itu. Innocent.

‘Ish! Apa main api2 lagi ni....’ Tokki mendengus dalam marah. Kami berpandangan...Tak sampai 5 minit Tokki dah terpacak di hadapan kami (Aku, Ayu, Fadhil, Abang dan Adik, sesekali Kak Ema kakak Ayu pun join sama)membawa ‘hanger’ di tangan. Kami terus lintang pukang.

‘Ampun Tokki, ampun...’ Dan seronok juga sebenarnya bila Tokki marah sebab dia akan berusaha sedaya mungkin mendapatkan kami. Seronok main kejar2 dengan Tokki. Sambil gelak2 kami berlari. Api yang kami nyalakan Tokki dah padamkan awal2 sambil mulutnya terkumat kamit bebelkan kami. ‘Budak2 ni... bahaya main api ni...kalau terbakar rumah etc2...’

***

Kisah kami tidak berakhir di situ. Tidak puas lagi bermain2 di luar...kami ke padang, ke tempat nenek kebayan untuk mencari ikan laga pula.

‘Muna2, jangan gi kat padang tu deh... Kawan Paih kena tarik basikal dia... Nenek kebayan tarik...’ Bagitahu abangku. Aku selalu saja ditegah ke paya berdekatan padang tersebut. Abang2ku selalu pesan, ‘orang perempuan tak boleh ke situ!’ Padahal abang2ku tak mahu aku menyibuk dalam urusan mereka yang mungkin waktu tu aku tak faham apa2. Abang2 dan kawan2nya selalu main bola di situ petang2...Tapi, ada juga kisah mereka dikejar babi hutan... Aku tanya, ‘Babi hutan tu macam mana?’ Jenuhla abang2ku menjelaskan rupanya binatang tersebut. ‘Owh... dia suka kejar orang ke?’ Dan memang dari kecik aku sangat banyak bertanya. Sehingga kadang2 selalu diberhentikan, ‘Muna ni serabut lah... banyak sangat tanya!’ Aku diam untuk beberapa minit, lepas tu... ‘ Nenek kebayan tu memang ada eh?’ ‘Muka nenek kebayan tu macam mana?’ ‘Macam mana dia boleh tarik basikal tu...’ etc2.. Menggeleng kepala abang2ku memikirkan masalah adiknya yang tak kenal erti putus asa untuk bertanya walaupun dah berkali2 disuruh diam.

'Ayah2, salah ke kalau banyak tanya?'

‘Taklah...Kalau tak tahu, kenalah tanya...Kan orang kata, malu bertanya sesat jalan...’

***

Akibat ditegah ke padang, aku pujuk ayahku untuk ke sana. Waktu itu Fathi abang sulungku baru dapat basikal baru, waktu tu aku darjah satu, E tingkatan 1. Dengan penuh semangatnya, aku berdegil untuk mengayuh Lerun yang gandaan lebih tinggi daripadaku.

‘Ayoh, Muna boleh gatih basikal ni... Tak percaya tengok ni!’ Aku cuba panjat basikal dan berjaya duduk di ‘seat’ nya. Bersedia untuk berlepas ke padang. Aku memaksa ayah duduk di belakang. Sekali basikal bergerak. Aku menjerit, ‘Ayoh2...tengok... Muna pandai dah bawak basikal ni...’ Kaki ku mengayuh basikal dengan penuh semangat kesukanan. Apabila pengayuh berada di bawah, kakiku di awangan, hanya kaki mencecah pengayuh sebaik ia berada di atas. Entah kenapa Lerun tak jatuh. Terasa kehebatan badanku yang kecil membawa basikal yang besar.

‘Tengok... siap boleh bawak ayah kat belakang lagi!’ Dengan penuh bangga aku menunjukkan skill ku. Tinggi hidung rasanya seperti pinocchio. Tapi, aku sedih,bila berpaling rupanya ayah yang menjadi tongkat basikal sambil menggerak2kan basikal.... hidung tinggi tadi terus jadi penyek... ‘Ayoh ni!’ Rupanya ayah lebih hebat daripadaku. Tapi kerana tongkatan kaki ayah la, akhirnya kami berjaya sampai ke padang. Dapat melihat abang2 dan kawan2nya bermain bola. Dari kejauhan aku nampak rumah usang di tepi padang... ‘Ayoh, tu ke rumah nenek kebayan?’ sambil tanganku menunjukkan ke rumah yang agak menakutkan tersebut.

***

Di rumah 103- sebelumnya aku terlupa siapa penghuninya, tak silapku namanya Ira. Tapi aku tiada memori tentangnya kerana keluarga mereka berpindah sebelum aku pandai membaca lagi. Tak berapa lama selepas rumah tersebut ditinggalkan kosong, sebuah lori datang dengan penuh barang2 dalamnya. Aku jenguk2 melihat siapa yang datang. Pencuri ke tu? Dan tiba sebuah kereta Wira kelabu coklat di kejiranan sebelah. Orang di dalamnya cantik2, berkulit putih... Dan aku tak pernah menyangka aku akan mengenali dan mendapat kawan baru hari itu. Waktu itu, aku baru nak melangkah ke alam sekolah darjah 1.

...Bersambung jika rajin...

Memori adalah diari yang kita sentiasa bawa bersama. Hari semalam adalah memori hari ini, hari esok adalah mimpi hari ini. =) Mencatat supaya memori tak berputar dan hanya disimpan dalam diari peribadi semata, tapi andai esok jasad dan roh ini sudah luput, memori tetap hidup bersama orang2 yang hidup di dalamnya.

So long as the memory of certain beloved friends lives in my heart, I shall say that life is good.
(Helen Keller)

Khamis, Oktober 27, 2011

Terus Berlari

Zulaikha dan Zuhairah di Bukit Keluang. Bertanya, 'Bila mak nak balik ni...rindu mak...' Padahal mak takkan balik selamanya...

'Kak Muna, mak dekat syurga eh skarang?'

Aku sekadar mengiyakan...Tak tahu nak jawab apa... 'Zuhairah dengan Ika nak ikut mak masuk syurga tak?'

Zuhairah mengangguk... 'Nak...Nak jumpa mak...'

'Kalau macam tu, Zuhairah kena solat...kena puasa...kena buat apa yang Allah suruh...' Zuhairah terus buka pintu bilik air. Tahu, kalau solat kena ambik wudhu'.

'Kak Muna, macam mana nak ambik air wudhu'?'

'Ok.... Mula2....basuh tangan, etc2...'

Bertabahlah budak kecik! Nanti besar kalian akan faham...=)















Suka sangat snap gambar budak2 nakal Zuhairah dan Zulaikha ni... Tak berhenti berlari, tak takut ombak besar..haih!~