Universal Studio Singapore (USS), 17 Disember 2011 bersama keluarga Melati dan keluarga Sabri+Nani.
Dulu2, selalu saja keluargaku akan berkhemah bersama keluarga adik ayahku (bapa saudaraku, Ayah Yee). Setiap tahun pasti ada aktivti keluarga bersama. Alhamdulillah, Allah berikan aku sebuah keluarga yang suka beraktiviti dan suka meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti. Baru2 ni pulang ke kampung ayah mengajak aku mendaki, tapi, disebabkan hari tersebut aku berpuasa jadi aku tak turut serta mendaki. Dan, baru2 ini juga, ayah menelefon bertanya samada ada masa lapang ataupun tidak pada hujung minggu ni. Sedang elok, projek WAMY dan disiapkan dan dah pun dibentangkan jadi, sementara menunggu projek lain masuk, aku dengan penuh semangatnya memberikan kata putus 'ya' untuk ke Singapore. Aku tak tahu apa perancangan sebenarnya ke sana, samada sekadar tengok negara jiran atau ada agenda lain. Sampai hari yang dimaksudkan, aku diberikan pamphlet Sentosa Island, Universal Studio Singapore oleh Che Nani ibu saudaraku...Rupanya, kami ke sini, ke dunia fantasi Universal Studio. Sedikit gambar yang sempat diambil (sebanyaknya lebih banyak bermain) adalah seperti berikut...=) (maaf, tak sempat nak susun gambar elok2. mula2 tangkap gambar banyak2, lepas tu, semua takmo pegang kamera dah sebab nak main2 je tahu...)
ni kat dalam kapal besar tu... kami OTW ke madagascar
ni penguin jahat dalam madagascar tu kan? watched madagascar dah lama, lupa nama watak2nya... tangkap gambar atas bot.
live show Waterworld, best! tapi, sapa2 yang duk depan, tengah memang senang je kena sembur air dan rasa bahang panas api.
setting props menarik dan ada bom segala buatkan semua lakonan nampak real. just imagine dalam tempat sempit ni boleh masuk kapal terbang, bot, dan boleh main2 jetski lagi. from top, actor tu terjun dalam kolam. ok, not bad sebab aku boleh terima la jugak action movie.
Jurassic Park, sempat naik roller coaster sopan dia je...=) (sopan sama maksud dengan roller coaster yang tak mencabutkan jantungku)
supposely ni last, tapi, takpe lah...ini masa jam 9malam, fireworks dia sangat chanteq, sangat rasakan hidup dalam fairytale.
ni supposely at the beginning cerita, before masuk USS, kami bergambar di hadapan globe ni. tapi, sayangnya, aku dan Ayah Yee tak sempat nak berlari masuk dalam gambar....=)
Ayah Yee with his biwi
Fadhil dan si kecil Afif yang nampak je berani (mereka berdua melarikan diri daripada roller coaster, last skali naik gelas berpusing je...haih! tapi, yang best, mereka ini sempat masuk 3d transformers. macam real je duduk dalam robot katanya...)
parents beratur nak masuk roller coaster tanpa diketahuinya itu adalah roller coaster, dah sampai depan, semua keluar balik...pergi USS untuk beratur je. ;p
Selepas merasai pengembaraan di Madagascar...=) Mula2 memang semua acara sopan jadi, mak2 dan ayah2 dengan bangganya dapat menyertai anak2 mengembara sama. Tapi, bila sampai part2 adventure, semua dah berpecah. sorang nak naik roller coaster, sorang nak tengok show, sorang nak naik bot2 sopan. tapi, yang pasti semua tu kami perlu hadapi cabaran beratur panjang sekurang2nya setengah jam dahulu.
Shrek house! Beware Ogre! Rasanya ni rumah shrek dengan anak2 dia tu kan?
Far2 Away castle yang tak far2 away sangat. Depan mata je. =)
Ni la Shrek dan Fiona, tapi, panjang betul giliran untuk ambik gambar. so, ambik daripada jauhpon jadilah.=) (frust tak dapat tangkap gambar dengan Kungfu Panda)
Very cute corner. Stroller parking. Jutaan stroller park di sini. Comel OK!
Far2 Away castle with 4D Shrek Animation
Waterworld at 2pm canceled due to bad weather, ada orang frust buang je 7D di sini. haih!
Ni la orang2 frust tak dapat tengok Waterworld 2pm, tapi jam 4.30, cuaca Ok, jadi, kami ke sini lagi. =)
Woody Wood Pecker I guess. Entah zaman bila pernah tengok 'iklan' kartun ni...
In front of Waterworld props after the show.
Tak tengok transformers, tapi, aku tahu ni Bumble Bee. kan2? kenal sikit2 transformers selepas kem DIA : the rise of the fallen.
Dan ni mungkin Bumble Bee sebelum transform. Sangat tak logik OK! how come a very tiny2 Chevrolet can transform to big2 Bumble Bee? tapi, still, nice car! =)
Bumblee Bee lagi. Ada pics dengan Optimus Prime tapi, rasa gergasi sangatlah nak tarok kat sini. Lagipun, Bumble Bee ni lagi comel. =)
OK, rasanya sampai sini dulu. Mungkin tak thiqah sikit bila pergi tempat2 gini, tapi, one good thing is, aku sangat suka pergi ke mana saja asalkan bersama keluarga. kalau sebelum ni pergi ke hutan2, laut2, kali ni pergi ke dunia fantasi pulak. Secara jujurnya, sangat seronok sekali seumur hidup (mungkin) ke sana. Lepas2 ni mungkin dah susah nak gather2 dengan famili cam gini. Lots of thanx to Encik jamil (ayah) dan Encik Mohd Sabri (ayah yee) sebab bawa kami ke sini. =) muchos2 gracias ayah2 dan mak2 kerana meluangkan masa bersama anak2... =)
Selepas bunga api, kami terus pulang semula ke Malaysia, maksudnya, memang tak sempat pun nak ronda2 Singapore. sekadar sempat ronda2 Hollywood je...;p tak nampak jugak Marina Bay Sands yang 'kapal terbang terkandas atas bagunan tu'....Lain kali lah, insyaallah. =) Apapun, suka bandar singapore sebab rekabentuk bandarnya dalam kehijauan. Malah highway dan jambatanpun akan ditanam creepers pada tiang2nya. Kesimpulannya, Green tech di Singapore 'macam' lebih maju! till now!
Salam. =)
2 ulasan:
seronoknya! tak pernah terasa nak pegi before neh, tp tetiba teruja nak gi. hehe. spend time dgn family mmg the best event ever!
supposedly ... not supposely
Catat Ulasan