Semua kita punya masalah? Ya, orang biasa kata masalah
sebolehnya jangan dicari, tapi, kalau masalah mendatangi, ia harus juga
dihadapi. Jangan sewenang2nya lari! Jangan takut menghadapi masalah, jangan
gugup menyelesaikan masalah, jangan gentar perangi masalah. Hakikatnya masalah
pasti datang iaitu sebagai cubaan dan dugaan hidup. Cuba sebutkan siapa dalam
dunia ini tidak pernah punya masalah? Bahkan manusia kenamaan punya masalah,
manusia kaya punya masalah, manusia sihat punya masalah, manusia baik punya
masalah, apatah lagi manusia jahat memang bermasalah.
Orang kenamaan sentiasa
bingung bagaimana ingin menjaga namanya, orang kaya sentiasa menghitung untuk
tidak kurang hartanya, orang sihat sentiasa lupa untuk mengekalkan
kesihatannya. Lihat ini semua masalah yang akan mengundang masalah. Maksudnya,
kita juga bermasalah apabila kita merasakan tiada masalah. Andai sahaja kita
merasakan tidak bermasalah di sini(dunia), takut2, kita kelak akan lebih
bermasalah sebaik berhadapan denganNya kelak. Faham kan? Entah, aku sendiri
masih cuba untuk memahami apa yang sedang cuba kusampaikan. Nah, ini penulisan
daripada orang yang sedang bermasalah dan ditimpa ujian tika ini.
Diri cuba lari dan cuba menghindari daripada berhadapan
dengan masalah atau ujian yang datang. Inilah ujian yang Allah datangkan, bukan
kerana DIA tak sayang bahkan lebih melimpah ruah sayangnya DIA sewaktu kita
ditimpakan ujian. Ujian atau masalah datang sebagai tanda cinta DIA pada kita.
Kenapa begitu? Sebab bukankah ujian itu satu peringatan buat kita? Mungkin Allah
ingin mengingatkan kita akan satu kelalaian yang telah kita lakukan. Mungkin
juga Allah ingin memberitahu kita nilaian iman yang kita miliki agar kita
sentiasa memperbaikinya. Mungkin! Dan, masih banyak kemungkinannya yang lain.
Analoginya begini…Andai ibu ayah memarahi kita, merotan kita…
Adakah itu tandanya mereka membenci kita? Fikirku begitu di zaman aku masih tak
mengerti apa maksud di sebalik kemarahan ayah ibu. Tapi, apabila diberikan
kematangan fikiran, sebenarnya ayah ibu memarahi kita kerana itulah cara mendidik
dan mengajar kita secara tidak langsung. Andai saja ayah ibu tidak menegah kita
melakukan kesalahan di waktu kecil, takut2, bila sudah dewasa buluh yang
terbentuk tidak lagi boleh dilenturkan. Kata
orang, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Fikirkan, kalau Allah tidak
menegur kita dengan ujian, adakah sempat kita tersedar sebelum hari kematian?
Allah, semoga kita memperoleh hidayahNya pada setiap desah nafas kita. Semoga
kita menjadi orang2 yang diberi teguran sentiasa sebelum semuanya sudah terlambat.
Semoga kita ini menjadi orang yang bahagia apabila berhadapan denganNya kelak.
Begitulah apabila Allah ingin mentarbiyah kita secara langsung.
Allah akan datangkan ujian dan permasalahan untuk kita rasai. Setelah itu, Allah
ingin melihat cara kita dalam mencari penyelesaian ujian dan permasalahan. Andai
kita lebih banyak bergantung kepada makhluk dalam mencari penyelesaian, boleh
saja kita tewas dan kalah dalam ujian tersebut. Andai kita letakkan
pergantungan kepada Allah dalam mencari penyelesaian, insyaAllah kita pasti
akan menang dalam ujian tersebut. Jangan melampaui batas dan harus berfikiran
waras dalam menangani ujian dan masalah. Andai nafsu menguasai akal, habislah
gagal kita dalam ujian, tapi, andai akal menguasai nafsu, insyaAllah kita akan
peroleh gred terbaik dalam ujian. Gunakanlah akal sebaiknya sebagaimana ia
merupakan anugerah Allah termahal yang tiada pada lain makhlukNya.
Berfikirlah secara baik saat ditimpa ujian. Tidak dapat
dinafikan, kadang kita tak mampu berfikir secara waras sebaik ditimpa ujian,
lalu, kita sering melampaui batas, hilang kesabaran dan mula berbuat derhaka.
Tarik nafas sedalamnya, sentiasa wujudkan kesabaran dalam diri, sentiasa
berusaha wujudkan ketenangan dan berusaha menjadi faktor penenang di dalam
permasalahan dan ujian. Tegah diri daripada membuat perlakuan dan keputusan
melulu dalam kemarahan. Boleh jadi ianya
datang daripada syaitan yang cuba mencari ruang di sebalik kelemahan
kita. Syaitan itukan pantang ada celah sezarah, pasti akan disuntiknya virus2
kebencian dan kederhakaan. Naudzubillah.
Inilah pesan buat diri saat ditimpa ujian. Kadang aku kalah,
bahkan sering saja aku kalah. Sebaik ditimpa ujian dan masalah aku sering
menjadi seorang yang cengeng terlupa terus untuk berteguh. Terus lemah dan hilang
daya untuk bertahan…Terlupa, la tahzan, Allahuma’ana. Allah itukan ada,
sentiasa ada dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat marih yang di leher
kita. Rasai kehadiranNya dengan meletakkan Dia yang tertinggi. Dengan cara itu
insyaAllah kita akan sentiasa berada di lapangan yang selamat, tidak akan
terbabas dengan panduanNya insyaAllah.
Muna, mantapkan diri dengan hati yang teguh. Jangan mudah
rapuh dengan badai masalah yang datang. Hadapinya dengan tenang dan cari jalan
penyelesaian dengan tenang juga. Selagi masih dikurniakan umur, jadilah
sebagaimana sebatang pokok yang rendang. Pohon rendang lebat daunannya, banyak
buahnya dan kuat akarnya. Pohon rendang itu daunnya menjadi atap peneduh,
buahnya menjadi alas perut manusia, boleh juga menjadi mata pencarian manusia.
Jadilah dirimu seorang yang berbakti kepada makhlukNya, jadilah dirimu orang
yang berguna dan memberi manfaat kepada manusia sekaliannya, jadilah juga
dirimu sumber ketenangan dan kesenangan orang di sekelilingmu.
Jadi sebagaimana
pokok rendang. Andai dipukul ribut akarnya tetap kuat mencengkam, batangnya mungkin
hanya goyang tapi tetap teguh, daunnnya mungkin berguguran tapi hanya sedikit,
rantingnya mungkin patah tapi tidak semua. Andai datang badai, teguhkan dan
pasakkan akarmu iaitu iman dan islam agar ia terus kuat mencengkam, mungkin
sesekali pendirianmu akan goyah tapi harus berusaha pertahankan, mungkin air mata
berguguran tapi harus berusaha redakan, mungkin hati kan resah gelisah, tapi,
harus berusaha pulihkan.
Muna, jangan terus larutkan diri dalam kesedihan dan
kegundahan yang berterusan. Harus cari jalan penyelesaian! Jangan lari kerana
dirimu yang cuba lari daripada masalah itu tidak ubah seperti pohon pokok mati
yang tidak diendahkan, tidak memberi manfaat kepada manusia, dan senang sekali
ia rapuh sebaik diberi tekanan. Mohonlah pada DIA agar diberikan jalan
penyelesaian kerana yang terbaik itu juga datang daripadaNya. =) BERUSAHALAH!
Kita manusia biasa
dan masalah itu biasa bagi manusia biasa. =) Allah kan ada. =)
Andai Allah memecahkan kebuntuan dengan penyelesaian, jangan
lupa, penyelesaian juga merupakan satu ujian.
Selamat bermuhasabah dan sebarang kelemahan dan kesalahan mohon
di betulkan dan diberi teguran.=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan