Jumaat, November 04, 2011

Memoir Kuala Ibai


‘Muna, ketam kat kaki!’ Jerit adikku Fadhil. Aku berkejaran cuba untuk menangkap ketam di paya petang itu. Bersama Fadhil dan kawannya Yo. Waktu itu usia ku 6tahun, Fadhil 5 tahun dan Yo juga 5 tahun. Aku masih boleh mengingati fizikal Yo dengn baik. Yo tidak sempurna fizikal seperti kami, aku masih ingat tangannya tidak sesempurna kami. Dia merupakan adik Azieda yang sebaya denganku dan merupakan anak orang kaya berumah ‘corner lot’ yang punya bot dan jetski di lamannya. Aku sentiasa berangan punya keluarga sekaya itu...Punya bot untuk merentas lautan luas, belayar mengelilingi dunia... Punya jetski untuk merempit di laut, dan waktu itu hanya rumah Yo yang punya ‘Mega TV’.

Rindu suasana di Kuala Ibai. Kalau orang tanya dalam banyak2 zaman seperti zaman kanak2, zaman sekolah2, atau zaman remaja , zaman mana yang paling ingin dikembalikan masa? Aku akan jawab zaman kanak2ku. Kenapa? Sebab aku bebas berlari ke segenap ruang dunia tanpa menghiraukan orang yang memandang. Terasa bebas seperti kanak2 yang bebas memasang angan mustahil dan angan ilusi. Tiada siapa menghalang cuma...

‘Muna, balik! Dah maghrib...’ Cuma, sesekali ada saja laungan ‘orang’ di rumah yang mencari2 memaksa kami pulang. Mak cakap tak elok balik dekat2 maghrib, lagi2 perempuan macam aku.

‘Fadhil, cepat kita balik... setan tengah berkeliaran ni...’ Bagitahuku. Aku selalu dengar orang kata kalau langit merah syaitan tengah berkeliaran... Tapi, aku selalu nampak kalau langit merah, dunia cantik sangat. Rasa macam nak duduk di luar lama2. Tak puas lagi main kejar2 dengan ketam paya... Tangkap ketam di paya Kuala Ibai sungguh seronok tapi, aku selalu juga dengar abang2ku bercerita, ‘kat situ kawasan bahaya, selalu tarik orang...’

‘Tarik orang?’ soalku. Waktu itu aku masih lagi merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Jadi, apa2pun aku akan sentiasa menjadi ‘follower’ adik dan abang2ku. Kadang2 mereka sendiri rimas dengan kehadiran adik perempuan yang manja ini.Hmmm... mungkin.

‘Ye la... makan orang... ramai orang lemas kat situ...’

Teringat juga cerita abang2ku tentang kawan mereka yang lemas sebab main2 di kuala. Main2 sampan kemudian salah sorang daripada mereka terjatuh daripada sampan dan lemas. Orang kata, tempat tu berhantu. Ada je yang lemas seperti ada sesuatu yang menarik daripada bawah. Ye la kalau lemas mestilah kita tenggelam dahulu kan seperti tertarik ke dasar. Pandailah si pereka cerita nak menakut2kan kanak2 sepertiku...

***

Alamat rumahku 102 Taman Purnama,rumah tempat asal dan kelahiranku. Di nombor 101 keluarga si kembar Adik dan Abang, adik si kembar iaitu Ayu seusia Fadhil rapat denganku. Hmmm...Mungkin tak, sebab aku lebih ingat banyak memori tentang kembar tak seiras-Adik dan Abang. ;p Mereka setahun lebih tua daripadaku dan merupakan kenalanku dan Fadhil sejak kecik. Selain itu, paling aku ingat Tokki Ayu, Tokki Ayu suka main kejar2 dengan kami. Usianya waktu itu sangat tua malah badannya sudah sedikit bongkok. Wajahnya berkedut seribu. Kadang2 hati baikku selalu kesiankan Tokki, selalu terpaksa berhambat dengan kami yang waktu itu sangat nakal. Pernah sekali kami main masak2 di halaman rumahnya.

‘Abang,adik...Pegi cari mancis...’ Aku berlakon2 jadi ibu yang meyuruh anak2 kembarnya mencari mancis untuk memasak.(read: mencari kayu api)

‘Ayu, pegi amik minyak...’ Hmm... Queen Control! Tapi, masalahnya, bukan rumah mak ayah aku yang jadi mangsa. Rumah Ayu lah yang jadi mangsa, habis barang dapur mak Ayu kami curi. Cari penutup tin biskut sebagai kuali. Daun2 sebagai sayur. Alhamdulillah semua bahan cukup. Oh ya, terlupa satu benda... ‘Kita kena korek tanah ni...nk masak nasik...’ Tanganku ligat mengorek tanah, mendapatkan pasir sebagai nasi. Tanah hitam dah berlubang gara2 sifat ‘tidak sayang bumi’ kami. Mujur kami tak terfikir nak makan daging, kalau tak mahunya kucing berekor2 di rumah Ayu tupun kami sembelih.

Takpe2... permainan kami hanya sekdar merosakkan tanah. Aku pernah dengar cerita lebih teruk daripada ini. Al kisahnya, bapa saudaraku sewaktu kecik dia mencangkul tanah dengan penuh semangat, mencari harta karun mungkin...Tiba2 terpancut air dari perut bumi. Dengan bahagia dan tanpa rasa bersalahnya dia memanggil Tok Ayahku, ‘Ayoh2, Ayih jumpa mata air! Ayoh, Ayih jumpa mata air ni...cepat!!!’

Tok Ayah tergesa2 ke belakang rumah, ‘Ya Allah, budak Haris ni! Tu bukan mata air...batang paip tu...’ Ish2, Ayah Yeh2... Tengok (read : see), kisah budak era 80-an lagi dasyat daripada kami yang membesar tahun 90-an. ;p At least kami korek tanah sikit2 je. =)

***

‘OK, kita masak guna api betul tau...baru best...’ Kami berusaha mencucuh api. Ambik dua batu bata sebagai penahan di kiri dan kanan. Aku selalu tengok ayah buat begini sewaktu berkhelah atau ‘camping’. Kalau ada lilin askar tu kan senang je nak nyala api. Ini kembung kempis pipi kami meniup2 bahan bakar ranting kayu dan daun kering. Sesekali api hidup, tapi tak sampai 60 saat, api padam balik. ‘Kita tak cukup daun ni...cari lagi!’ Hebat juga kanak2 Laskar Pelangi ini membuat perancangan masa depan. Berangan melihat keadaan kami 20tahun akan datang. Tak terfikir pula 20tahun akan datang orang dah masak guna dapur elektrik. ;p

Ranting2 kayu dan daun2 kering kami kutip sampai bersih halaman rumah. Bukan dengan niat untuk mengemas, tapi, dengan niat untuk mengotorkan lagi halaman rumah Ayu-Abang-Adik. Setelah api dihidupkan, maka berkepul2 asap meninggi ke udara. Masakan pertama, daun goreng dan batu goreng. Apabila naik bau, Tokki menjenguk ke luar tingkap.

‘Haish... budak2 ni, nak kena... main apa tu?’ Laung Tokki dari dalam rumah.

‘Kita main masak2 Tokki!’ Bagitahu kami dengan merasakan main masak2 tu tak salah- dengan muka ala2 Upin Ipin agaknya kami waktu itu. Innocent.

‘Ish! Apa main api2 lagi ni....’ Tokki mendengus dalam marah. Kami berpandangan...Tak sampai 5 minit Tokki dah terpacak di hadapan kami (Aku, Ayu, Fadhil, Abang dan Adik, sesekali Kak Ema kakak Ayu pun join sama)membawa ‘hanger’ di tangan. Kami terus lintang pukang.

‘Ampun Tokki, ampun...’ Dan seronok juga sebenarnya bila Tokki marah sebab dia akan berusaha sedaya mungkin mendapatkan kami. Seronok main kejar2 dengan Tokki. Sambil gelak2 kami berlari. Api yang kami nyalakan Tokki dah padamkan awal2 sambil mulutnya terkumat kamit bebelkan kami. ‘Budak2 ni... bahaya main api ni...kalau terbakar rumah etc2...’

***

Kisah kami tidak berakhir di situ. Tidak puas lagi bermain2 di luar...kami ke padang, ke tempat nenek kebayan untuk mencari ikan laga pula.

‘Muna2, jangan gi kat padang tu deh... Kawan Paih kena tarik basikal dia... Nenek kebayan tarik...’ Bagitahu abangku. Aku selalu saja ditegah ke paya berdekatan padang tersebut. Abang2ku selalu pesan, ‘orang perempuan tak boleh ke situ!’ Padahal abang2ku tak mahu aku menyibuk dalam urusan mereka yang mungkin waktu tu aku tak faham apa2. Abang2 dan kawan2nya selalu main bola di situ petang2...Tapi, ada juga kisah mereka dikejar babi hutan... Aku tanya, ‘Babi hutan tu macam mana?’ Jenuhla abang2ku menjelaskan rupanya binatang tersebut. ‘Owh... dia suka kejar orang ke?’ Dan memang dari kecik aku sangat banyak bertanya. Sehingga kadang2 selalu diberhentikan, ‘Muna ni serabut lah... banyak sangat tanya!’ Aku diam untuk beberapa minit, lepas tu... ‘ Nenek kebayan tu memang ada eh?’ ‘Muka nenek kebayan tu macam mana?’ ‘Macam mana dia boleh tarik basikal tu...’ etc2.. Menggeleng kepala abang2ku memikirkan masalah adiknya yang tak kenal erti putus asa untuk bertanya walaupun dah berkali2 disuruh diam.

'Ayah2, salah ke kalau banyak tanya?'

‘Taklah...Kalau tak tahu, kenalah tanya...Kan orang kata, malu bertanya sesat jalan...’

***

Akibat ditegah ke padang, aku pujuk ayahku untuk ke sana. Waktu itu Fathi abang sulungku baru dapat basikal baru, waktu tu aku darjah satu, E tingkatan 1. Dengan penuh semangatnya, aku berdegil untuk mengayuh Lerun yang gandaan lebih tinggi daripadaku.

‘Ayoh, Muna boleh gatih basikal ni... Tak percaya tengok ni!’ Aku cuba panjat basikal dan berjaya duduk di ‘seat’ nya. Bersedia untuk berlepas ke padang. Aku memaksa ayah duduk di belakang. Sekali basikal bergerak. Aku menjerit, ‘Ayoh2...tengok... Muna pandai dah bawak basikal ni...’ Kaki ku mengayuh basikal dengan penuh semangat kesukanan. Apabila pengayuh berada di bawah, kakiku di awangan, hanya kaki mencecah pengayuh sebaik ia berada di atas. Entah kenapa Lerun tak jatuh. Terasa kehebatan badanku yang kecil membawa basikal yang besar.

‘Tengok... siap boleh bawak ayah kat belakang lagi!’ Dengan penuh bangga aku menunjukkan skill ku. Tinggi hidung rasanya seperti pinocchio. Tapi, aku sedih,bila berpaling rupanya ayah yang menjadi tongkat basikal sambil menggerak2kan basikal.... hidung tinggi tadi terus jadi penyek... ‘Ayoh ni!’ Rupanya ayah lebih hebat daripadaku. Tapi kerana tongkatan kaki ayah la, akhirnya kami berjaya sampai ke padang. Dapat melihat abang2 dan kawan2nya bermain bola. Dari kejauhan aku nampak rumah usang di tepi padang... ‘Ayoh, tu ke rumah nenek kebayan?’ sambil tanganku menunjukkan ke rumah yang agak menakutkan tersebut.

***

Di rumah 103- sebelumnya aku terlupa siapa penghuninya, tak silapku namanya Ira. Tapi aku tiada memori tentangnya kerana keluarga mereka berpindah sebelum aku pandai membaca lagi. Tak berapa lama selepas rumah tersebut ditinggalkan kosong, sebuah lori datang dengan penuh barang2 dalamnya. Aku jenguk2 melihat siapa yang datang. Pencuri ke tu? Dan tiba sebuah kereta Wira kelabu coklat di kejiranan sebelah. Orang di dalamnya cantik2, berkulit putih... Dan aku tak pernah menyangka aku akan mengenali dan mendapat kawan baru hari itu. Waktu itu, aku baru nak melangkah ke alam sekolah darjah 1.

...Bersambung jika rajin...

Memori adalah diari yang kita sentiasa bawa bersama. Hari semalam adalah memori hari ini, hari esok adalah mimpi hari ini. =) Mencatat supaya memori tak berputar dan hanya disimpan dalam diari peribadi semata, tapi andai esok jasad dan roh ini sudah luput, memori tetap hidup bersama orang2 yang hidup di dalamnya.

So long as the memory of certain beloved friends lives in my heart, I shall say that life is good.
(Helen Keller)

Tiada ulasan: