Semalam ayah telefon. Ayah tanya,
kenapa lama tak menulis? Kelmarin seorang adik membuat permintaan untuk aku
menulis. Rupanya, ada juga yang mengambil berat akan kesepian dan kesunyian
blog Setitik Dakwat. Bukan tak mahu menulis, sedangkan banyak yang ingin kutulis.
Berkaitan banyak hal. Tapi, oleh kerana alat yang dinamakan laptop atau desktop
tiada di tangan, maka, peluang untuk menulis sangat terhad. Jadi sekarang juga,
aku lebih selesa menulis di muka buku, bukan facebook, tapi di dada2 buku dan
journal yang dah kutinggalkan sejak mengenali diari elektronik seperti blog
ini.
Lupa macam mana nak menulis, lupa
macam mana nak mulakan penulisan. Ingin sekali menulis tentang kerjaya sebagai
seorang arkitek, bukan tentang aku, tapi tentang arkitek secara amnya. Tentang
ribuan persoalan dalam kerjaya reka dan bina ini. Isu rasuah yang ramai selesa
bermain dengannya, isu syariat yang ramai terpaksa mengabaikannya. Ada firma
yang secara berlumba2an membida rasuah tinggi untuk mendapatkan projek jutaan,
dan ada juga yang menutup mata apabila terpaksa mereka kelab malam dan tempat
maksiat. Aku sangat tabik pada seorang kawanku yang nekad berhenti kerja
apabila disuruh mereka(design) sebuah kelab malam walaupun bergaji lumayan.
Tapi, ada juga di kalangan kawan2ku dengan terpaksa menerima projek sedemikian
hanya kerana sayang untuk tinggalkan karier Pembantu Arkitek di syarikat besar.
Come on guys, kita graduate UIA, tolong lah ada prinsip untuk soal2 begini.
Rezeki kita, bukan bos kita yang tentukan bukan? Hmm…
Bos cakap, biarlah kita naik perlahan2
asalkan kita bersih daripada rasuah. Walaupun dalam banyak hal aku tidak
sependapat dengan Bos, tapi, dalam hal sebegini, aku setuju seratus peratus.
Kadang2 rasa takut untuk bekerja di luar memandangkan pelbagai situasi telah ku
dengar daripada kawan2ku yang lain. Semua mereka meniti hari di pejabat dengan
seribu satu kisah yang berbeza walaupun pada hakikatnya pekerjaan kami lebih
kurang sama. Tiba2 punya rasa untuk terus menjadi arkitek satu hari nanti
walaupun tahu hari2 yang akan dilalui sangat penuh cabaran (tapi, sekadar angan2 Mat Jenin yang belum
sampai tahap serius untuk melaksanakannya). Tapi rasa seakan tak mampu sehingga
satu hari Bos mengeluarkan kertas ujian Teori yang bertanda merah A di atasnya.
‘Ni kertas awak kan?’ Aku teliti…. Ya2, namaku di situ. Tak sangka Bos masih
menyimpannya. ‘Macam mana awak boleh dapat A?’ Hmmm… pertanyaan yang pelik.
Beliau yang memeriksa kertasku, tapi, aku tahu ada maksud di sebalik pertanyaannya.
Macam mana Teori boleh dapat A? Aku
sendiri tak tahu. Cuma yang aku tahu soalannya berkaitan dengan beza Muslim
Architecture dengan Islamic Architecture. Masa tu memang aku mengarang panjang
tapi aku rasa macam yang merepek lebih panjang… Macam mana ya boleh dapat A? ‘Owh
bro, masa tu saya doa2 semoga bro lembut hati…’ Aku sengih menjawab. Bos
renung, ‘Opps, saya gurau je…’
Kemudian Bos cakap, ‘Izyan, baik awak sambung
part2.’ Haih, entah pujukan yang keberapa kali. Dari hari pertama bekerja
sehingga hari ini, Bos asyik cakap, ‘Izyan, baik sambung part2…’ Atau, Bos akan
tanya, ‘Izyan, kenapa awak taknak sambung Part2?’
‘Kalau bro nak sponsor, saya sambung…’
Gurauku. Tapi tak sangka Bos cakap, ‘Ya2, I am thinking of that too…Kalau ada
rezeki, saya sponsor awak semua untuk sambung part2…’ Haish pulok!
Kertas ujian yang A tu Bos tunjukkan
sebab Bos nak sampaikan bahawa aku sebenarnya boleh buat. Aku boleh jadi
arkitek macam orang lain. Tapi, aku tak yakin! Dan, aku tahu sebenarnya Bos
inginkan seseorang yang berfikrah islamik dalam mendesign sebab tu masa mula2
aku masuk ofis, kerja pertama yang harus aku siapkan adalah fikirkan tentang
konsep design iaitu konsep ‘Fitrah’, sehingga aku digelar Ustazah Arkitek (Tolonglah jangan panggil begini! I’m not that
good enough la..). Jenuh aku mencari kaitan fitrah dengan design WAMY. Apa kaitan?
InsyaAllah ada kaitannya… Cuma, ia terlalu subjektif untuk diobjektifkan… =) Done,
Get ready for presentation this Monday!
Allah, permudahkanlah bagi kami urusan
kami, Rezekikanlah bagi kami walau sezarah daripada KekayaanMu.
Doa Dhuha
Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan
itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu
,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah jika
rezekiku masih di langit , turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram
sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau
limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.
4 ulasan:
suka baca coretan izyan :)
mun pun rindu menulis.
dan... Bos masih simpan kertas theory? 0_0
Teruskan menulis NIK.
Bila Islam kembali gemilang, kita perlukan arkitek Islam untuk memenuhi suasana tersebut. Dan kita sendiri adalah titik permulaan bangunnya kembali tamadun Islam
hidayah itu milik ALLAH
aku dan kamu sama2 memerlukan petunjuk hidayah ALLAH..kita tidak tahu apa yg terbaik utk ummah daripada diri kita yg lemah..
yan,trus2an kuat ye..chayok(^-^)
~moment berharga~
Catat Ulasan